Entry terakhir 2006

Hari ini hari Jumaat. Jumaat terakhir tahun 2006. Untung para jemaah haji hari ni, mendapat Haji Akhbar. 

Ikin sudah menarik nafas lega setelah memperoleh 6A 2B untuk result PMR nya. Adik aku itu bukanlah kaki study, prestasinya bukan seperti budak-budak pandai tapi Alhamdulillah, resultnya boleh membuat Mak, kakak-kakak dan abangnya tersenyum. Sebenarnya aku expect result yang lagi teruk dari itu hehe. Adik aku ini, amanah dari arwah Abah untuk kami adik beradik membesarkannya menjadi manusia yang berguna kelak. 

Sudah hampir melepasi garisan penamat 2006. Macam-macam yang terjadi tahun ni. Pemergian Abah, aku eksiden, makcik aku pulak pergi genap sebulan abah pergi, dapat tengok negara orang, kenal ramai orang. Pendek kata, macam-macam lah perkara yang berlaku. Alhamdulillah, hidup aku ada pahit dan manisnya, semuanya aku rasa, tak semuanya aku suka. Resipi kehidupan. 

Aidiladha yang akan datang, genap setahun pemergian Abah. Macam tak percaya je diri sudah tak punya Abah. Aku suka tengok arwah Abah senyum. Kalo tengok Pak Alang dan Pakcik, mesti akan dapat tengok wajah arwah Abah. Muka mereka ada sedikit persamaan dengan arwah. Ah, rindunya kat arwah.  

Akhir tulisan, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

Selamat Hari Raya Aidiladha 

Dan  

Selamat Datang 2007.

Selamat Hari Lahir

Hari ni birthday si dia.

Happy Birthday Sayang

Saya doakan yang terbaik buat awak.

banjir

Akhirnya kami balik juga ke kampung setelah mendapat kepastian yang laluan ke kampung selamat dilalui. Selamat tak lah selamat jugak, nak masuk ke pekan Pagoh, air ada sampai ke lutut, nasib baik takde ape-ape yang berlaku.

Sampai dekat Pusat banjir tu, semua seperti kelam kabut, kesian aku melihatkan mangsa banjir yang ada anak-anak kecik. Kesian melihat orang-orang tua. Ada juga anak-anak dari bandar menjemput orang tua masing-masing balik ke rumah.

Alhamdulillah keluarga aku di kampung selamat dan sihat. Kami sudah bawak atuk balik ke KL.

Minggu depan kalo banjir sudah surut sedikit, mungkin akan berpakat balik ke kampung, tolong atok membersihkan rumah. Tak raya lagi tahun nih nampaknya.

Bah besar

Dah lama tak update. 3 hari outstation.

Balik KL, Mak sudah risau-risau keadaan Atok di kampung. Banjir sudah hampir mencecah 3 meter. Atok dan orang kampung yang lain sudah dipindahkan ke penempatan di Rencong. Mak nangis-nangis mahu mendapatkan Atok di kampung. Nak dibawa balik ke KL.

Pakcik aku pulak, tengah-tengah air naik, isterinya sakit hendak bersalin. Khabarnya isterinya sudah berada di hospital Muar. Macam-mana ke hospital? Wallahualam.

Mak ajak aku balik kampung esok. Masalahnya, highway di Tangkak-Jasin sudah naik air. Dan dengar cerita pekan Pagoh pon naik air. Pakcik kata jangan balik sekarang, tapi Mak mahu balik juga. Kereta aku Cik Atoz tu dah lah ringan. Aduh la.

Bagaimana sih?

Pelangi.

Sepanjang perjalanan yang jauh ke office, dapat lihat 4 pelangi.

Subhanallah. Cantiknya.

naik naik

Seperti biasa, sudah dijangka, perbandingan harga tol akan dibuat untuk menyedapkan hati rakyat jelata.

Kalau macam tu, kenapa tiada perbandingan antara gaji rakyat malaysia dengan rakyat negara lain?

atau pon perbandingan atlet Malaysia dengan atlet negara lain?

Stupid tol

Kadar baru bagi LDP ialah RM1.60 (naik 60 sen), Lebuhraya Shah Alam RM2.20 (naik 70 sen), Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1 dan (Batu 11) 90 sen (kedua-duanya naik 30 sen), Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM5 (naik RM1) dan (Bentong) RM3 (naik 50 sen) dan Lebuhraya Koridor Guthrie RM1.40 (naik 40 sen).

------------------------- ------------------------- -----------------

@#@!#$@%$%$^&&^&a mp;^&^&*((*(*

Pergi balik tol dah jadi RM3.80. Sebulan 20 hari bekerja, 3.8x20 = RM76

Lepas ni makin rosak lah jalan-jalan shortcut.

Dan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

*sighh*

Aduh Mataku

Hari ni 'panas' hatiku. Tengah-tengah sesak, kena himpit kereta aku, sampai terpeleot side mirror. Nasib baik takde calar.

Aku nak complaint sikit pasal lampu kereta sekarang. Sekarang ni ramai betul orang make up kereta, pasang itu ini, tukar itu ini, edit itu ini. Ok, tak kesah la, poket masing-masing

Tapinya, yang lampu tu, dah elok-elok pasang yang standard punya lampu, lampu brek merah, lampu depan kuning skit, lampu signal yang kuning pekat, dia pergi tukar, yang lampu brek malap skit ala-ala kehitaman. Tu takpe lagi, mata aku masih terang lagi nak nampak.

Yang buat aku hangin time lampu depan tu kaler putih, sakit mata aku. Pastu, lampu signal dah sama warna dengan lampu depan. Dari jauh tak perasan dia bagi signal. Especially time malam.

Aku umor je 24, tapi mata sudah pakai spek, kalau malam lagi haru. huhuhuhu. Silau

Aduh la, kena buat spek baru, maybe rabun silau sudah meningkat naik.

toilet VS Panggung wayang

Dialog anak beranak. Ada-ada aje adik aku ni.

*Iklan filem Cicakman tengah ke udara di televisyen.*

Yana : Mak, jom tengok cerita cicakman ni.

Mak : Tak baik pergi tengok kat wayang. Ustaz cakap dalam tu banyak setan.

Yana : Ustaz pon cakap dalam toilet banyak setan, dah tu kenapa semua orang pergi toilet jugak?

Aku : heheheheh

...

Hari ni naik public transport. Pukul 9.30 baru sampai tehihihi.

Dengar radio melalui hp, tersenyum saja tatkala mendengarkan pemberitahuan kesesakan yang teruk di hadapan Plaza Phoenix sehingga ke Plaza Tol Batu 9.

Tapi jem-jem teruk, kalau naik kereta still boleh sampai before pukul 9.

sama binti sama

Seseorang meninggalkan message di friendster. Dan messagenya berbunyi:

assalamualaikum
pertama kali baca awk punya page ni,sy terkedu sekejap sebab
1.nama kita sama,bukan nama kita aje,nama bapak sekali sama.
2.kat sek pun org pggl faiz
3.kat U org panggil pae
4.saya pun angah,cuma adik2 x pggl angah lah.
5.ejaan nama pun sama.

x tau lah ini org keberapa yang sy jumpa,nama sama,tp ini pertama kali lah jupe nama sama+nama bapak sekali.

ramai rupanya nama faizah ni ye?hehe

------------------------- ------------------------- ------------------------- --------

Hehehe, memang tergelak aku baca message ni. Tak sangka nama aku termasuk binti sama dengan nama dia. Ni pon pertama kali aku jumpa orang yang sama nama dengan aku termasuk bintinya sekali. Faiz, pae, angah memang nama panggilan aku.

Aku start masuk sekolah kat muar, masuk U, kerja, sokmo jumpa orang nama Faizah.

Pasni tukar nama la. Waheeda Wassini hikhikhik.

Hari hari mau sesak

Dulu-dulu, aku selalu menantikan cuti sekolah. Dan kononnya menurut aku, jalan akan kurang jem.

Sekarang aku tarik balik kata-kata aku. Jalan makin jem. Kalau depan Plaza Phoenix tu, sesaknya berjela sehingga ke Plaza tol Batu 9. Kalau bukan cuti sekolah, ada juga sehari dua yang akan lapang, tak sesak. Musim cuti sekolah, hari-harimau sesak.

Aduh la.