"Adik, abang bukan ahli kumpulan gagak hitam. Nama abang Fadzli"
-Abang Satay-
|
|
"Adik, abang bukan ahli kumpulan gagak hitam. Nama abang Fadzli"
-Abang Satay-
mata belah kiri gatal-gatal. Tgk dalam cermin, sudah bengkak, ada 'mata' di tempat bengkak.
Aduh! ketumbit, patutlah gatal.
Ketumbit boleh berjangkit tak? Rasa nak amik MC je hehe
Tiap-tiap rumah yang aku pergi beraya, topik ini mesti keluar:
"Tengok cerita bawang merah, bawang putih tak?"
Aku jawab Tak. Tapi seminggu beraya, tak pernah miss, aku ikut cerita yang sungguh tak logik itu. Pergi beraya rumah orang pon suruh bukak tv nak tengok cerita tu.
Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
buat pembaca blog ini.
Pesanan sempena Hari Raya ini untuk semua amnya dan diri sendiri khasnya.
1. Berhati-hati semasa pulang ke kampung. Yang drive tu, ingat lah keluarga dekat kampung. Yang naik bas, pesan dekat pemandu berhati-hati memandu. Dia bawak ramai nyawa tu. Jangan lupa, sebelum memulakan perjalanan, baca Al-Fatihah, selawat ke atas nabi dan bacalah doa naik kenderaan.
2. Jangan lah main meriam ke, mercun ke, bunga api ke.
3. Siapa yang belom bayar zakat fitrah tu, masih ada masa lagi untuk membayarnya.
4. Jangan lupa solat sunat aidilfitri, setahun sekali je tu. Marilah kita menziarahi kubur saudara mara. Ingatlah pada yang tiada, doakan mereka. Hmm.
5. Bila hari raya nanti, rajin-rajinkan lah diri berkunjung rumah sedara mara. Jangan dok depan tv je.
6. Bila hari raya juga, jagalah permakanan. Jangan main bedal semua. Selalu kalau tiba time hari raya mesti pesta cirit birit pon sama meriah.
5. Akhir sekali, jangan lupa balik ke kota setelah beraya. Kerja weih, kerja. Tunggu raya haji pulak hehe.
p/s tak ada mood kerja dah ni. hehe
5 things I would do if I were a millionaire:
+ bayar segala mak nenek hutang, hutang kereta hutang ptptn
+ nak beli rumah banyak-banyak. Lepas tu sewakan hehe
+ nak pergi melancong
+ nak bukak stesyen minyak
+ nak beli tanah, pastu tunggu 10 tahun, jual balik. phew, kayo makcik
5 bad habits:
+ pemarah
+ kuat menangis
+ ada seseorang cakap aku ni degil hehe
+ dia cakap lagi aku ni kuat melawan hehe
+ err, ape lg eh
5 things I hate doing:
+ menunggu
+ errmmm ape ehh
+ haa dah ingat, memandu time jalan sesak
+ hmmm, ape lg ye
+ haaa, bayar duit time nak isi minyak. semedang nak free hehehe
5 things I'll never do:
+ ni fail la nak jawab. tak ingat dah tak boleh fikir buat masa ni
5 things I regret doing: (tp dapat jawab 4 je)
+ menyakitkan hati mak (samalah kita Cik Arin)
+ beli handbag
+ beli kasut tinggi, last-last tak pakai pon
+ baju raya tahun ni menyesal tak buat kebaya sehelai
5 fave toys or thing:
+ barang-barang hiasan rumah
+ handphone hehe
+ blogging tu thing ke? atau toys?
+ barang kemas hehe
+ duit (favourite tu hahaha)
5 orang yg akan menyambung sesi ini:
# zie
# cyberdad
# neezie
# blackpurple
# aiai
Iklan raya Petronas dah keluar. Dalam maksudnya. Nak tengok boleh pegi link ni
Bodoh betul perempuan dalam iklan ni. Padan muka.
Tengok iklan ni teringat dekat arwah Abah. Asyik teringat kenangan berbuka puasa bersama-sama arwah Abah masa tahun lepas. Puasa yang terakhir bersama-sama arwah. Arwah Abah memang suka tengok anak-anak berkumpul bersama-sama. Sekarang ni Mak pon macam tu.
Ingat nak cerita pasal arwah Abah masa bulan puasa tahun lepas. Tapi aku padam balik. Air mata aktif pulak keluar.
Raya kali ini tanpa Abah. Tak seronok.
Gambar ni gambar terakhir raya dengan arwah Abah. Tengok arwah Abah, kurus sbb sakit. Gelap sebab kesan radioterapi. Masa kenangan terakhir ni semua pakat pakai baju biru.

Hilang-milang
Jumaat lepas, gempar. Along hilang motor. Bila nak balik dari kerja, motor takde. Motor parking depan office pon boleh hilang. Kasihan, baru 3 bulan usia motor baru itu. Aku pon tak sempat naik motor tu. Salah Along juga, hanya kunci handle, tak letak mangga pada roda.
Along cakap "Dah tak nampak bayang motor aku".
Sabtu hari keesokannya pulak, Yana hilang handphone. Hanya sedar handphone takde semasa hendak balik ke rumah, patah balik ke kelasnya, siap buat spotcheck. Tak jumpe, juge. Salah Yana juga, sebab tak check barang-barang semasa hendak meninggalkan kelas.
Yana nyanyi "Pulangkan, handphone ku itu", ala-ala Misha Omar.
Ahad, Along beritahu aku, dia mimpi kereta aku pulak hilang (Choi sungguh). Aku tanya mimpi time bila. Dia kata, mimpi masa tido selepas subuh.
Ceh, tipulah tu. Ketakutan dibawa ke alam mimpi. hehehe
Nota pendek
Mr. Jat, Terimakasih sebab jawab pasal entry "Saya yang buta kereta" Panjang pulak tu. Terima kasih juga buat CD, Kadok dan Kemat. Aku kini rabun kereta, bukan buta lagi 
Perasan tak sekarang.
Kalau surat khabar report jerebu semakin pulih,
Mesti lepas tu, jerebu akan teruk balik.
Aku mimpi Fasha Sanda tu jadi cousin aku.
Mengarut betul
Currently otak aku takde idea la nak update. Kerja banyak dan makin susah.
Anyway, ada beberapa soalan pasal kereta yang aku nak tanya.
1. Tadi tengah-tengah jem, kereta aku tiba-tiba mati. (kereta aku auto). Apsal eh? nak kata bateri, baru je tukar bulan 4 hari tu.
2. Brek pad. Camne nak tengok brek pad weih? Den tak reti. Suruh abang aku tengok pon diorang tak reti. Adeh. Kalo bawak pegi bengkel, takut kena tipu pulak. Camne nak tau kena tukar brek pad ke tak?
3. Harga ekon belt berapa eh sekarang? ari tuh tuka ekon belt kena RM40. Mahal ke standard price tuh (ekon belt aku yang takde gigi, tokey kedai bilang, dalam ekon belt sudah ada kotoran, tu yang ekon aku bising tu). Kena tipu ke aku?
4. Minyak brek kan, kalo korang, korang top up je ke? atau pon korang replace baru punya minyak brek?
5. Gasket. Kawan aku cerita(perempuan hehe, kereta myvi) tiap-tiap kali servis dia tukar gasket. Aku pon pelik, pasal aku tak penah tukar gasket. Soalan: kena tukar ke? hehe
6. Lagi satu, kalau nak tukar tayar kereta, tukar tayar, dengan buat alignment je kan? takde kena buat servis lain kan? Aku dah tanya tokey kedai tayar, kalo nak tuka sebiji tayar (size 13) kena RM130. Betul ke price tuh?
Sudi sudikan menjawab.
Buat masa sekarang hal kereta yang merisaukan aku ialah tayar dan brek. Abang dan bf aku cakap tayar dah botak. Abang aku suruh tukar, tp aku tgk macam ada bunga lagi. Brek tu pulak, pasal dia tak macam dulu, masa mula-mula dapat kereta hehe. Tapi still ok lg brek.
Hehehe, sekian dari saya yang buta kereta.

Teruk betul jerebu. Pemandangan semasa kesesakan di MRR2 jam 8.32 a.m.
Jerebu sungguh teruk.
Dari MRR2 tak nampak bangunan KLCC dan Menara KL. Baru dengar berita dalam radio, Menteri cakap masih belum ada lagi kawasan yang diisytihar mengalami jerebu pada tahap paling teruk. Duhh!! takkan nak tunggu sampai pada tahap paling teruk kot??????
Apa agaknya sebab jerebu tiap-tiap tahun ni? aku rasa tahun ni macam setiap hari pon jerebu.
Teringat bulan Ogos sudah, staff dari UK datang. Aku tanya KL ni area mana yang dia sempat pegi. 5 hari di KL, hanya pergi ke KLCC, Petaling Street dan Bird Park. Kebanyakan masa hanya dihabiskan dengan duduk hotel saja sebab jerebu sungguh teruk.
Ya Allah, kau turunkan lah hujan setiap hari.
Semalam, Along bermimpi.
Arwah Abah balik rumah kami. Arwah Abah masuk je pintu depan, Along terus peluk Abah. Kemudian Abah ke bilik air, amik wuduk.
Aku rindu kat Abah, kami rindu kat Abah. Masa hari pertama berbuka, Along kata "First time kita berbuka tanpa Abah". Aku tahu, mak tahu, adik-adik tahu. Cuma tak terkata. Takut ternangis masa nak berbuka.
Rindu.
Seseorang SMS emak...
Dia : Assalamualaikum, Kak nanti saya bank in kan duit pada 31/9.
Mak : Waalaikumussalam, September sampai 30hb je.
Dia : Maaf kak, saya tersalah tarikh, saya tengok kalendar bulan 10. Kalau macam tu saya bank in kan duit pada 1/10, hari Isnin.
Ni orang serius tak nengok kalendar dengan betul