hehe, First time
Baca blog CyberDad, so aku pon rajin nak menjawabnya. Tapi ingatan aku tak sebagus CD la hehe.
First time, aku berpuasa.
Darjah satu, tapi tak penuh pon puasa sebulan. Lepas balik sekolah, cakap dengan mak, nak berbuka. Lepas tu mak suruh tidur. Bila bangun tidur, aku cakap dengan mak lagi aku nak berbuka, mak suruh mandi. Berkat pujukan mak, bertahan juga lah puasa aku sehari tuh. Tapi tak penuh pon masa darjah satu. Time cuti je puasa penuh, time sekolah, ada lubang.
Dulu-dulu kalau tak tahan sangat, berbuka la, amik biskut cecah air kopi sejuk belen sahur nya. Lepas berbuka rasa menyesal, hehehe. Menyesal pasal takde benda nak dimakan time tu, nak masak maggie tak reti lagi.
First time, aku berpuasa penuh.
Darjah 4. Hahahaha, so dapatlah duit raya RM30 dari arwah Abah masa tu :)
First time, aku berpuasa jauh dari family.
Masa tingkatan lima. Masa tu nak amik SPM. Sedih la jugak, dengan nak exam besar, dengan nak puasa, tapi terubat dengan makanan yang mewah kat hostel time berbuka puasa, hari-hari mesti ada lauk ayam. Tahun tuh first time makan sup ayam dengan makaroni. Kalau tak puasa, lauk tak sedap pon hehe.
First time, aku bayar zakat fitrah sendiri.
Tahun 2004, tahun mula bekerja. Sudah ada duit sendiri
First time, jatuh sakit semasa berpuasa.
Ni tak ingat, aku rasa tiap kali puasa aku akan dapat pakej demam. demam+sakit tekak+selsema+batuk.
First time puasa di oversea dan ofis
Tak pernah. Sanggup harung traffic jam demi taknak berbuka puasa dekat ofis.
First time berpuasa terlupa sahur
Tak ingat la hehe. Tiap kali puasa mesti akan ada 1, 2 hari terlepas sahur. Tapi selalunya terlepas masa dah nak akhir puasa, awal-awal ni mesti bangun.
Hehehe, tu jek la, Yang first time berbuka puasa sebagai suami/ayah tu tak boleh jawab hehe.
09.29.06 (11:04 am) [
edit]
2
Comments
Cekodok leper
Aku goreng cekodok pisang untuk berbuka. Tiba-tiba datang jiran hantarkan kuih apam untuk kami. Sambil borak-borak dengan jiran, Mak kosongkan pinggan berisi kuih apam tadi dan gantikan dengan cekodok pisang yang baru digoreng tu.
"Kak, cekodok ni leper, samalah macam tangan yang membuatnya".
Adeh, sabo je la.
09.28.06 (9:54 am) [
edit]
4
Comments
Turun? Tidak
Wah, harga petrol dunia sudah turun.
Harga petrol dekat Malaysia tak nak turun sama ke?
Ohh, aku lupa, dia reti naik jek, tak reti turun.
09.25.06 (10:39 am) [
edit]
12
Comments
Tingkatan 24
Semalam aku temankan Mak pergi majlis solat hajat, sempena adik aku Ikin nak PMR. Juga solat hajat untuk budak-budak yang nak amik SPM.
Tiba-tiba Makcik yang duduk sebelah Mak tanya aku
"Ni tingkatan berapa?"
Aku. "Saya dah keja makcik"
Patutnya aku jawab dengan makcik tu "Saya tingkatan 24 makcik" huhuhu
09.22.06 (10:21 am) [
edit]
7
Comments
Apa yang digelakkan tu
09.21.06 (1:25 pm) [
edit]
8
Comments
Mulut si penjual
Penjual 1:
Masa pegi kedai aksesori kereta. Beli satu huruf plat kereta, hilang.
Amoi : (sambil tengok kereta aku) “You tak nak pakai ‘visor’ ke? Kalau you nak bukak tingkap time hujan ke, senang nanti. Susah woo takde ini ‘visor’.
Aku : (sambil senyum) “takpe lah, tak nak”.
Tapi dalam hati,: Ler, tak mati pon takde ‘visor’, dah lama kereta tak ber’visor’, tak susah pon.
Penjual 2:
Masa ikut Mak ke pasar Semenyih, ada satu gerai menjual sikat yang diperbuat dari tanduk haiwan, tapi aku tak pasti haiwan ape. Berkerumun orang belek sikat-sikat tu. Dari jauh sudah boleh dengar apa yang tukang jual cakap.
“Nih cara guna sikat ni senang je, lurutkan sikat ke bawah. Migrain ke, rambut gugur ke, InsyaAllah boleh baik. Kalau gastric boleh sikat-sikatkan perut tu.Yang penting kena sikat ke-bawah. Sikat ni tak boleh basuh dengan sabun, kena basuh dengan air suam. Yang kita guna selalu tu, sikat yang dibuat dari polimer…..”
“Ni zaman dulu pon diorang dah guna lama dah, Rasulullah dulu guna sikat ni”
Mamat yang tak dikenali, cakap kepada isteri dia : “Pandai-pandai je la cakap Rasulullah guna sikat tu, ada bukti ke"
Macam-macam la orang tukang jual nih nak cakap, nak lakukan barang-barang dia
09.20.06 (5:31 pm) [
edit]
7
Comments
Ramadhan datang lagi.
Nih cerita seminggu lepas.
Dalam perjalan balik dari kerja. Buka radio Era, Linda Onn tengah borak-borak sama dengan seorang pemanggil, perempuan.
Linda : Awak dah ganti puasa ke?
Pemanggil : Ala, belom lagi, ada tinggal lagi beberapa hari. Linda dah ganti puasa ke?
Linda : hehehehehehehe, belom lagi, ada sikit lagi belom ganti.
------------------------- ------------------------- ------------------------- --------
Aku : hahahah, lain kali jangan tanya orang soalan yang mungkin akan kene pada diri sendiri.
SELAMAT DATANG RAMADHAN.
09.18.06 (11:14 am) [
edit]
4
Comments
Bin/Binti Ahmad
Kalau ada pelakon Fahrin Ahmad, Mak suka cakap, "haa, tuh abang korang tuh, bin sama".
Mak pon binti Ahmad juga. Ada sekali tuh, Mak cerita, posmen hantar parcel ke rumah. Mintak Mak bagi IC. Posmen tanya, Faizah Ahmad tu siapa (sebab parcel tu untuk aku). Mak jawab, anak saya. Posmen tak percaya sebab binti sama. Posmen ingat adik beradik.
hehe
Dialog Ahad lepas. Masa tengok pertandingan memasak anjuran minyak yang ditapis dua kali itu. Pengacara pertandingan tu nama Chef Ismail Ahmad.
Aku : Mak, tuh abang Mak tuh, Ismail Ahmad.
Mak : Apa pulak, bukanlah, dia tuh g*muk. Tu adik beradik Lee (tunang Yana), badan sama jek.
Aku : hahahah
09.15.06 (10:50 am) [
edit]
8
Comments
Orang tua kata..
Masa lunch tadi...
Aida : Orang tua kata, kalau makan nasi ada tertinggal kat tepi mulut, nanti dapat anak tiri.
Aku : Ye ke???? (sambil cepat-cepat kuis nasi kat mulut)
Sabarudin : Ye ke??? (sambil cepat-cepat kuis nasi kat mulut). Abis tu kalau budak-budak tuh, makan comot-comot, berterabur nasi kat tepi mulut dia tuh macam mana?
Aku : Nanti dapat mak tiri kot.
Gelak-gelak.
09.12.06 (3:07 pm) [
edit]
9
Comments
Selamat.

Nasib baik sudah tempah awal-awal.
Entry sudah aku cakap sepasang RM35 bukan?? Disebabkan kami anak-beranak menempah baju dekat sini, tukang jahit bagi kami diskaun, upah sepasang baju RM30. Sudah jimat banyak.
p/s selalu kene 'tegur' pasal aku suka ambil gambar mengarut macam di atas. hehe
09.11.06 (11:54 am) [
edit]
12
Comments
Duit duit
1. Ambil baju raya yang dah siap : sepasang upah RM 35, 3 pasang x 35 = RM 105
2. Servis kereta, balancing tayar, alignment, minyak itam, minyak brek : Budget = RM 200
3. 3 saman speeding : After diskaun RM 150 x 3 = RM 450
4. Barang-barang perempuanku, compact powder, krim jerawat, pencuci muka : RM 80
Jumlah yang diperlukan = RM 835
Heh, bila duit nak jatuh dari langit nih.
09.06.06 (12:53 pm) [
edit]
10
Comments
Mak
Minggu sudah, Mak teringin nak makan karipap. Kami bersama-sama menguli kulit, intinya sudah dimasak oleh mak.
Bila buat aktiviti bersama ni, mesti Mak menyebut kenangan bersama arwah Abah dulu. Dulu kalau Mak tengah membuat karipap, arwah Abah mencadangkan meniaga kuih-muih dekat simpang jalan.
Kalau aku tengah drive, Mak duduk sebelah, balik dari pasar, borak-borak, mesti keluar kenangan bersama arwah Abah ketika arwah meneman Mak ke pasar.
Kalau tengok orang di TV menyanyi lagu 60-an, mesti automatik cakap "kalau abah ada, mesti Abah suka"
Kalau sudah cerita pasal arwah Abah, mesti air mata Mak mengalir. Mataku pon turut sama bergenang.
Aku simpati pada Mak, kasih sayang anak takkan serupa dengan kasih sayang suami. Kalau lagu Siti Sarah bertajuk "Bersamamu" berkumandang, mesti Mak menguatkan volume radio, katanya mengingatkan pada arwah Abah.
Kasihan mak, hmmmm..
09.04.06 (4:30 pm) [
edit]
8
Comments