huhu
Sana siti, situ mawi, sini datuk k, sinun ina.
Masa tengah 'battle of tv' tu Azida, kawanku sms
Azida : "mawi ina, ct datuk k?"
Aku : " Azida! haha"
Azida : "Good answer haha"
Nak Merdeka nih, tenggelam cerita kemerdekaan dek cerita mereka-mereka ni. Artis menjadi kebanggaan, diagungkan. Nak kiamat. Nak kiamat
08.29.06 (11:16 am) [
edit]
7
Comments
Ntah pape
Hari minggu lepas, Along mengigau, menjerit nama Mak. Yang peliknya, dia tengah tidur siang masa tu. Malam tu,Along pun cerita apa yang dia mimpi.
Along mimpi, dia bawak Mak ke kedai runcit. Cina tokeinya. Mak nak beli satu packet keropok Mamee yang besar tu. Tanya cina tu, dia tunjuk kat Mak kat mana terletaknya jajan tu. Along pulak bila sampai kedai terus serbu peti ais, nak beli aiskrim cendol. Tengah memilih aiskrim lain, tiba-tiba Mak panggil nama Along. Banyak kali. Tapi Along buat tak tahu. Bila Along tak Nampak Mak, dia pon jerit kuat-kuat nama Mak.
Tak sangka pulak dia pegi jerit betul-betul ‘Mak’ tu. Terkejut kitorang satu family.
Ntah pape je kan.
08.28.06 (3:14 pm) [
edit]
3
Comments
Rasa nak makan sedap
Kenapa eh?
Time hujung-hujung bulan. Duit dalam purse tinggal kurang dari RM10, rasa nak makan sedap-sedap tu membuak-buak. KFC la, Secret Recipe la, Ikan bakar la, Nasi goreng Paprik la, ABC la, Pizza la, Spageti la.
Masa ada duit taknak pulak rasa tu datang.
huhuhuhuhu
08.25.06 (2:14 pm) [
edit]
6
Comments
Vandalisme
Ini gambar suis loceng di luar pagar rumahku. Boleh sesiapa translate tulisan itu?
Mak kata, mungkin diconteng oleh seorang cina yang datang survey menanyakan jumlah barangan elektrik yang ada di dalam rumah.
Hati aku dah tak sedap pulak, takut diorang survey hal lain. Bagaimana agaknya nak menghilangkan tulisan tu??
08.24.06 (11:44 am) [
edit]
14
Comments
Traffic Jam
Kol 6.40pm. Tapi aku belum balik. Officemate yang dah balik, sms, traffic jam dekat MRR2 sampai area Zoo. Huhu
08.23.06 (7:30 pm) [
edit]
2
Comments
Rude
Aku rasa orang Malaysia sungguh rude. Bukan semua. Tapi yang bilangan sedikit itulah yang buat sakit hati.
Minggu lepas, aku singgah satu stesyen minyak ni, nak isi minyak. Dari jauh sudah nampak 1 pam ni kosong, so kereta pon menuju ke pam tersebut. Lebih kurang semeter dua kereta aku nak menghampiri pam tu, tiba-tiba sebuah motorsikal ber'dezup' lalu memotong laluan kereta aku, nak pergi ke pam tu.
Marah tak terkata la. Tapi tangan nih tak tertekan nak hon orang tu. Eee, sabar je la banyak-banyak.
(*&*^&%$^^%&^ *&%&%^$^$^%$
Aku pon tak berani jugak nak sound depan-depan, orang tu lelaki, naik motor. Malam pulak masa tu. Kang sound, lain pulak jadi dia. Lain kali, aku rasa aku nak educate diri aku, guna hon, tak pon cakap je terus terang dengan orang yang tak reti nak beratur macam tu.
08.23.06 (12:39 pm) [
edit]
3
Comments
muntah
Muntah la Isnin ni
TV3
Live Coverage - Akad Nikah ---------------------> 21/8 -10.30am
Live Coverage - KLCC Reception ---------------> 28/8 - 9.00pm
Live Coverage - Kuala Lipis ----------------------> ; 3/9 - 9.00pm
Nona ------------------------- -----------------------&g t; 13/8, 20/8, 27/8, 3/9 - 2.00pm
Melodi ------------------------- ----------------------> ; 6/8, 13/8, 20/8, 27/8, 3/9 - 12.30pm
1-hour siti Special ------------------------- ---------> 5/8, 12/8, 19/8 - 9.00pm
WHI ------------------------- ------------------------- > 14/8, 16/8, 18/8, 21/8, 23/8, 25/8, 28/8, 30/8, 1/9, 5/9, 6/9, 8/9, - 12.00pm
MHI ------------------------- ------------------------- > (Mon-Fri) 14/8-1/9 - 7.15am
1-hour Sampaikan Siti Special ---------------------> 6/8, 13/8,20/8 - 11.45pm
8TV
Quickie ------------------------- --------------------> 6/8, 13/8, 20/8 - 14.45pm
8E-News ------------------------- -------------------> 14/8, 15/8, 16/8, 17/8, 18/8 - 6.00pm
8TV News ------------------------- ------------------> 14/8 - 12/8 - 8.00pm
TV7
Breakfast Show ------------------------- -----------> 10/8, 17/8, 24/8 - 8.00am
Sulaman Kasih - CT & DK ------------------------- -> 28/8 - 8.30pm
TV9
Galaksi ------------------------- ----------------------> ; 18/8, 25/8, 1/9 - 8.30pm
Ikatan Kasih ------------------------- ----------------> 28/8, 3/9 - 9.30pm
08.18.06 (4:17 pm) [
edit]
5
Comments
Long time no see
Classmate. Sudah 6 tahun tidak berjumpa. Baca blog je. Tu pun secara tidak sengaja jumpa blognya. Jadi hari ini, jumpa. Wah, banyak cerita. Nasib baik kerja, kalau tak sampai ke malam boraknya.
Nasib baik classmateku masih ingat bahasa melayunya. hehe
08.17.06 (5:03 pm) [
edit]
1
Comments
pantun
Aku dapat sms ni, gelak je. Tapi tak lawak pon, tapi aku gelak sungguh-sungguh. Apsal ntah dengan aku ni.
Pergi sabah naik basikal,
naik basikal pergi sabah,
ada ke munasabah dan masuk akal,
pergi sabah naik basikal.
08.16.06 (10:28 am) [
edit]
11
Comments
toyolta sungguh
Pagi ini kesesakan sungguh luar biasa. Korang penah sampai ke tol Batu 9 Grand Saga, jalan menghala ke Kuala Lumpur? Pagi tadi sesaknya sebelum tol lagi. Keretaku, bersama-sama beratus lagi yang lain tidak bergerak selama hampir 30 minit. Sesaknya dan rapatnya kereta sehingga tangan boleh ketuk tingkap kereta sebelah.
Arghh dah lambat!!
tambah hangin lagi bila, toyolta harrier dekat lane kanan itu tak mahu kasi laluan pada keretaku. Macam aku cerita tadi, kedudukan kereta amat-amat rapat sehingga side mirror aku 'terpeleot' di langgar side mirror TOYOLta harrier itu. Cuak gak aku takut dia langgar body depan, so aku hon la. Tapi pakcik botak dalam toyolta tu buat derk jek. Angkat tangan pon tidak. Tau la kereta aku tak besar macam kereta dia.
Geramnya.
08.14.06 (1:05 pm) [
edit]
5
Comments
Lamanya tak jumpa
Boss aku punya dua orang anak. Uwais (3 tahun) dan Qistina (1 tahun)
Semalam punya semalam, ada dinner. Boss bawa anak-anaknya. Sudah order, sudah makan, borak-borak, si Uwais merengek hendak ke toilet.
Bila balik dari toilet terus Uwais memeluk ibunya sambil berkata "Lamanya tak jumpa, lamanya tak jumpa"
So sweet.
p/s bukan, bukan teringin..cuma berkongsi cerita.
08.10.06 (11:30 am) [
edit]
7
Comments
"Si si Malaysia, Malaysia, Malaysia"
Semalam. Mak, Yana, Ikin dan Aku. Ada kenduri, makan free. Jiran kami dulu.
Sudah kenyang, lepak-lepak berborak. Berdekatan tempat kami duduk, 2 orang kanak-kanak sedang main tepuk-tepuk (aku panggil 'Sep sep sep, tom tom tom') tapi kanak-kanak tuh nyanyi
"Si si amerika, amerika, amerika"
Yana yang mendengar mencelah "Heip, jangan sebut-sebut nama Amerika tuh"
Lantas kanak-kanak tuh tukar lagu diorang
"Si si Malaysia, Malaysia, Malaysia"
Hahahahahahhaha
08.07.06 (11:36 am) [
edit]
8
Comments
sudah belajar webex
Bukan 'Webbex' tapi 'WebEx' aku salah eja.
Aku dah belajar 'webex' tu, tapi bukan dia ajar. Dia suruh orang lain ajar, busy sungguh dia.
Lepas ni aku sudah boleh meeting online. Sudah boleh tanya soalan online.
Berminat?? https://www.webex.com/ tapi korang kena bayar nak guna servis ni.
08.04.06 (12:49 pm) [
edit]
5
Comments