Ular
~SMS SMS~
Aku : Makan apa malam ni?
Dia : Tapau. Nasi lauk daging dan ayam goreng. Saya rasa macam dah jadi ular yang besar yang baru makan kambing. Hehe. Kenyang sangat-sangat.
Aku : Hai ular.
Dia : Kurang Hasam.
p/s hahaha. kena balik
|
|
~SMS SMS~
Aku : Makan apa malam ni?
Dia : Tapau. Nasi lauk daging dan ayam goreng. Saya rasa macam dah jadi ular yang besar yang baru makan kambing. Hehe. Kenyang sangat-sangat.
Aku : Hai ular.
Dia : Kurang Hasam.
p/s hahaha. kena balik
Hari Rabu, 5 minit sebelum habis waktu kerja, dia bilang,
"Esok saya akan ajar awak 'webbex' tu"
Hari Khamis, aku tunggu dia ajar 'webbex'. Tunggu lagi. Tunggu dan tunggu. 5 minit sebelum habis waktu kerja, dia bilang
"Esok saya akan ajar awak 'webbex' tu"
Hari ini, hari jumaat. Tadi jam 10 pagi dia bilang,
"Pukul 11 kang saya ajar awak 'webbex'.
Pukul 11 berlalu. Aku tengok jam. Kol 12. Lunch hour. Tiba-tiba dia sahut dari meja dia
"Saya akan ajar awak 'webbex' straight after lunch"
Dah kenyang makan nasi. Dah abis waktu lunch. Aku budget mesti dia akan cakap
"sejam sebelum awak balik, saya akan ajar awak webbex"
yapedaaaaa!!
p/s webbex tuh hmmm.. aku pon tak reti nak explain macam mana. tunggu dia ajar aku.
Dia mengajar, aku mendengar.
Dia bace help file, sambil explain. Ok, faham.
aku.... "Ok.. aha.. aha.." angguk-angguk tanda paham.
aku.... "aha..aha..."
dia "ok, sekarang awak buat latihan macam yang saya ajar tadi, ikut macam dalam help file"
aku... "aha..aha..."
Dia pergi, tinggalkan aku seorang. Aku, keboringan sebab mengadap menda yang sama dari pagi.
Aku pon apa lagi, ambil kesempatan update blog ni.
aha...aha.. siap satu entry.
JAHATnya Israel ni.
Jahat betul, jahat sungguh, jahat sokmo
Perbualan dalam telefon
Dia : Tengah buat apa tu?
Aku : Baru lepas masak nasi goreng
Dia : Apa??
Aku : Baru lepas masak nasi goreng!!!
Dia : Cuba cakap kuat-kuat sikit, tak dengar la...
Aku : AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA AA!!!!!!!!!!
Dia : Tarzan!!! heheheh
Aku : Menyampah :p
So, hari ni Dia asyik panggil aku dengan nama Tarzan. Oii, nama saya Faizah la!!
Kerja aku makin susah.
Kerja aku makin banyak.
Aduhh, pening. Aku dari computer background, kena terjun masuk engineering.
Oh, please!! provide me a lot of useful robot to explain me about this engineering things.
Aku kena upgrade otak. Tolong!! Tolong!!
Siti sudah mengumumkan bakal suaminya.
Masa mula-mula cerita perkahwinannya hangat, Cik Siti puas kata "Biarlah Rahsia". Tapi Datuk K pulak tak pernah berahsia. Nak tergelak pon ada. Meluat pon ada.
Aku? Biarlah Rahsia. mueheheha
Ketak ketak ketak ketak tuk
ketak ketak ketak ketak tuk
ketak ketak ketak ketak tuk
Wei, kenapa kau menaip ganas sangat bunyinya? Sebijik macam tukang rumah menukul. Cuba kau check permukaan meja, tempat kau letak keyboard. Mesti sudah tidak rata permukaannya sebab 'penukulan' kau itu.
Ketak ketak ketak ketak tuk
ketak ketak ketak ketak tuk
ketak ketak ketak ketak tuk
Kalah bunyi mesin taip yang tua itu. Patutlah kau adu kau letih bekerja, mungkin 90% daripada keletihan itu datang dari skill menaipmu.