Tidak berbalas

Surat cinta ku yang dua helai itu tidak berbalas.

Next time? Malas dah nak karang surat lagi

Bagi Salam

Anak jiran. Jerit-jerit. Bagi salam.

"Assalamualaikum Warahmatullah HiBAWArakatuh"

dia ulang lagi

"Assalamualaikum Warahmatullah HiBAWArakatuh"

 

SMS SMS

SMS SMS…

--  Hai. Sape nama? :p

** Tak ada nama. :p

--  Kesian :p

** :p

--  Mulai hari ni saya bagi awak nama M.Rajoli :P

** Ok gak tu. Hehe. Kahwin 2.

--  Amboiiii! Nyampah.

** Hehehe

p/s geram betul.eee

Mendongeng

Dengar radio tadi pagi. Hehe. Radio Panas itu.

Topik hari ini pasal The True Colour of Your Partner.

Juliana Banos. "Suami saya suka mendongengkan saya"

Mendongengkan???

Ooooo, suka main-main.

Hehe, pelik pelik la bahasa.

Selasa

Hujan lebat pagi ni. Jalan sesak teruk. Sangat teruk. Teruk sangat sesaknya.

Pasang radio, dengar. HotFM, topik pagi pasal rahsia besar anda.

Ada satu caller ni, perempuan. Rahsia besar dia, anak yang dikandungnya bukan anak suami dia. Anak dengan bf dia. Berlaku bila dia sudah punyai seorang anak dengan suami.

Erk. Aku rasa FAFAU ngn FBI pon terkedu.

Selamat Hari Lahir Ikin

Mak complain. "Birthday Mak, Angah sorang je yang wish selamat"

Yana : "Tu, adik dah belikan kek, atas kek tuh kan ada wish"

Along : "Along wish dalam hati je Mak"

eheheh

Mak : "Ikin jek senyap tak berlagu"

Ikin memang pendiam.

Hari ni birthday Ikin yang ke 15 tahun. Dah besar panjang adik aku yang bongsu. Orang kalau tengok Ikin akan cakap, mukanya ada iras arwah Abah. Tahun nih PMR, moga score dengan cemerlang!

Selamat Hari Jadi Ikin. Kak Ngah doakan yang terbaik untuk Adik.

..........

Aku bercuti 2 hari. Selasa dan Rabu.

Balik Kampung. Gempar. Atok Mak masuk hospital.

Sakit jantung.

Happy bithday Mak!

Hari ni, tanggal 12 Jun 2006, genap umur mak 49 tahun.

Salam peluk cium untuk Mak di pagi hari.

Moga Mak panjang umur, dikurniakan kesihatan tubuh badan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

I love u Mak

Birokrasi yang messy

Ke hospital pagi tadi. Bersama Mak. Mahu ambil rekod perubatan arwah Abah.

Sebenarnya, sudah 5 bulan mohon reportnya, tapi tak dapat dapat. Bahagian rekod kata, sebulan dua mesti sudah siap. cehh

Mak kata, kita mesti usahakan dapat rekod tu. Kita jumpa staff nurse Z. Kata Mak, staff tu call semalam, katanya sudah dihantar ke bahagian rekod. Dah lama hantar, bulan dua dulu. Kononnya. Walhal bulan 5 kami pergi sendiri tanya staff itu, belum siap katanya, rekod masih di tangan doktor. Oi, macam Datin K. Kejap bilang itu, kejap bilang ini.

Pergi ke bahagian rekod. 2 orang staff bilang, belum terima lagi dari staff nurse yang bertugas. Aik. Main tolak tolak pulak. Cehh.

Kami tunggu sejam. Penghabisannya, bahagian rekod ambil contact number. Janji Isnin depan akan call. Mereka bilang, rekod perubatan hilang. Bagi tempoh masa untuk mereka cari.

Apo la.

Aiseh

Pening pening pening

Handbrake kereta pulak buat hal.

Oi, duit lagi.

p/s semalam aku tak dapat view blog aku, tapi update boleh pulak. Ajaib bin Hairan

test

test test

Tahniah Oya.

Oya, kawan baikku, merangkap schoolmate, classmate, coursemate, roommate, housemate. Selamat mendirikan rumahtangga dengan buah hati.

Cinta internet yang berakhir ke jinjang pelamin.

Tahniah Sahabat!!!

Biasa dah

Orang yang pertama kali berjumpa dengan aku mesti confuse. Pandang dengan pandangan yang pelik.

Soalan yang biasa 

"Your face look familiar"

"Muka kau macam muka kawan aku"

Dan baru-baru ini, kawan aku bertanyakan sama ada aku ada adik atau kembar. Kerana dia terserempak dengan orang yang sama mukanya dengan muka aku dalam LRT.

Adeh, rupanya muka aku kurang unik.