Tahniah

 

Sahabatku Sha dah selamat melahirkan bayi puteri. Alhamdulillah. Nama puterinya,  Nur Iffah Alya Nasuha. Tahniah Sha and hubby.

Sha, kalau jumpa, nanti suruh Iffa panggil saya Kak Izah boleh?? hik hik hik auntie ke makcik ke blom buleh lagi .. hik hik hik

Getah sekerap

Semalam bawa mak dan adik-adik makan pizza.

First time mak makan pizza.

Dia bilang mushroom soup tuh bau dia macam getah sekerap. Getah sekerap masa mula-mula dia di ambil.

Gelak-gelak.

Tag

I’ve been tagged by Neezie

The Threes

name 3 schools u went to
~ Sekolah Menengah Sains Muar
~ Sekolah Menengah Perimbun
~ Sekolah Rendah Taman Cuepacs

name 3 things in ur purse/backpack/bag
~ kad pengenalan
~ atm resit
~ gambar arwah abah

name 3 things u do when u’re really stressed
~ menangis
~ sms seseorang
~ menulis

name 3 places u go on a daily basis
~ tempat parking
~ opis
~ kedai runcit wuk

name 3 favourite fruits
~ buah durian
~ buah rambutan
~ buah jambu

3 names u go by
~ Faizah
~ Paie
~ Angah

3 of ur favourite foods
~ Nasi goreng ayam
~ Ikan Keli
~ Kek Keju

3 things u’r wearing right now
~ kemeja
~ seluar jeans
~ tudung

The Whos

who’s in the house with u?
~ Mak
~ Along
~ Adik-adik

who (or what) r u thinking about right now?
~ servis kereta
~ pizza
~ dating

who did u last talk to on the phone?
~ him

who do u sit next to in your class?
~ kelas?? aiyoo .. dah hampir 3 tahun tak attend kelas. Training tuh kira p kelas ke?

who was the last person u told u loved?
~ him hehe

who do wish u were right now?
~ I Love me.

who gets on ur nerves the most at school?
~ sape heh, masa form 4 dulu, paling takut dengan cikgu Add Math, aku panggil Cikgu Bear. Kalo cikgu sejarah pon takut jugak, pasal tangan dia macam ketam, suka cubit org. Nama dia Cik Rosminah.

The Wheres

where do u live?
~ Kajang

where is ur phone?
~ Ada tuh, depan mata

where do u sleep?
~ atas katil

where is the last place u took a ride to?
~ office

where are u now?
~ office

The Whats

what was the last thing u ate?
~ popia sambal (sedap weih popia dia)

what colour shirt r u wearing?
~ colourful hik hik hik

what is the closest item near u that is blue?
~ dinding cubicle

what do u like best about school?
~ friends!

what is ur favourite colour?
~ pink
~ merah
~ biru

what do u wear more: jeans or shorts?
~ kain batik hik hik hik

what is the last movie that u watched?
~ last movie??? jap ek, ingat balik .. .errr .. hmm ...movie ye??? aiya. kat tv kot laksamana do re mi.

The Whens

when did u start school?
~ 6 tahun

when is ur birthday?
~ 09021982

when did u last go to the mall?
~ Semalam, pergi tesco.

when was the last time u bought a pair of pants?
~ uii, last year kot.

when did u last burn something?
~ burn?? bakar puding roti dalam oven

next victim

Siapa yang rajin nak buat, silalah

oit

Haiyaa!!

Baru je kerajaan mengumumkan 12% kenaikan tarif elektrik bermula 1 Jun 2006, tapi harga nasi ayam dari RM3.00 sudah jadi RM3.50

Yapeda!

geramnya

 

naik naik

Alamak. Taarif elektrik naik 12%. Syarikat rugi, rakyat kena tanggung.

Lepas ni kena jimatkan penggunaan elektrik. Pukul 10 malam, tutup semua lampu. Tidur ramai-ramai di hall, hanya 1 kipas digunakan. Jangan main game dekat rumah. Main dekat office. Masak air jangan guna cerek elektrik. Gas pon dah mahal sekarang. Buat unggun api, untuk masak air.

HP, charge di office. Sediakan satu iron di office, untuk baju-baju kedut.

Kalau tarif air join dengan tarif elektrik. naik, baguslah. Angkut kain baju semua duduk office. Biar boss tanggung bil air dan elektrik. hehehe

AL-Fatihah

Semalam dapat SMS dari jiran. Emaknya meninggal jam 8.30 pagi semalam.

Innalillah hi wainna ilaihiroji'un. Al-Fatihah.

Amoi

Tengah aku khusyuk menatap skrin monitor. Datang sorang amoi. Bukak pintu papan. Dia try nak bukak pintu grill, nasib baik berkunci. Door bell rosak dah. hehe Mujur masa tu boss takde dekat office. Tinggal aku bertiga dengan yang lain.

Amoi : Hello hello hello

Aku   : Ye, ha nak apa? (senyum, kan sedekah tu)

Amoi : Saya dari B*dy S*op. Ari nih kita ada buat promotion dekat area sini nak jual satu produk

Ye, itu ada lah ayat-ayat biasa si penjual "dekat area sini" dan "promotion". Sambil kasi aku satu pamplet. Laa, aroma terapi. Ceh, nih bukan produk b*dy s*op. Takde logo pon. Tipu je amoi nih.

Aku   : Ooo, nih. Takpe la, tak interested la.

Amoi : Sekarang promotion kak, kalau tak harga biasa ialah RM60. Sekarang kita jual 50% diskaun.

Aku   : Takpe la tak minat pon, tak suka bau-bau nih.

Amoi : Akak bukak la pintu (sambil gegar-gegarkan grill) saya kasik demo sama akak. Panggillah officemate lain. tunjuk sama diorang.

Aku  : Takpe la, kalau u tunjuk pon, memang tak interested nak beli.

Untuk puaskan hati si amoi tuh, aku pon pegi la tunjukkan pamplet yang dia bagi pada officemate. Belom lagi sampai kat meja kawan aku, dia sudah tunjuk signal TAKNAK.

Aku   : Dia taknak laaa. Takpe la, Terima Kasih jek.

Since cubicle kat office aku tinggi-tinggi, amoi pon tak puas hati sebab tak nampak orang lain dekat office aku kecuali aku. Lalu..

Amoi : (sambil jerit-jerit) Hello, akak ... akak .. marilah sini ..

Aku   : Err, takpe la. Memang tak interested la. Kawan tu sudah tunjuk takmau tadi kat saya . Takpe lah. Terima kasih saja.

Amoi tuh pon degil-degil jugak, sambil jerit jerit. Aku dalam hati geram jek, nih macam paksa orang beli pulak. Terjerit-jerit.

Tiba-tiba datang lagi seorang officemate aku. Terus sound amoi tu.

"You nak apa??? You get out from here"

Aku pon terus blah dari pintu tu. Biar officemate yang tu settlekan hal tuh dengan amoi tu. Dalam hati, garang jugak dia nih. Huihsshh.

Ziarah

Semalam ke hospital, menziarah jiran, emaknya dimasukkan ke hospital.

Sakit, tidur, terbaring. Macam arwah abah.

Cucuk pelbagai, dengan alat bantuan pernafasan. Macam arwah Abah.

Rupanya, emak jiran tidak boleh makan, jadik pembedahan dilakukan diperut agar makanan dapat dimasukkan terus ke dalam perut. Tapi kesilapan berlaku, doktor ter'operate'kan saluran vena. Kesian.

Kesian. Simpati pada jiranku. Sungguh menginsafkan melihat orang sakit.

Rambut

1) RAMBUT LURUS

bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO

bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG

bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT

bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT

bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG

kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL

bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan,dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT

sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan,garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusansesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut


10) RAMBUT BERUBAN

kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran ter buka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
macam mana nak kate ye....kesian

12) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN
itu rambutann... Huahuahuahua

Nota pendek : Aku malas nak update blog. Arghh!! Kenapa?

Duit Duit

Adik aku mengadu, harga barang makin mahal. Di officenya, makan nasi untuk lunch pon mesti cecah harga RM4.50 atau RM5.00. Aku kata padanya, itu harga lunch aku termasuk harga air. Kalau tanpa air, masih boleh dapat dalam RM3.50 dengan dua jenis lauk.

Nasiblah, officenya memang di tengah bandar. Tempat buat duit. Memang mahal. Nak jimat, bawak bekal. Nak lagi jimat, puasa.

Tak sanggup jugak? cari kerja di pekan-pekan, kampung.

Bukan di Kuala Lumpur, bandar raya duit *bling* *bling*.

Gambar basi

Nih gambar masa kereta aku kena hentam.

Dan gambar aku hentam kereta orang.

Hehehe

17 January 2006. Peristiwa ngeri (pada aku la) seminggu selepas arwah Abah pergi. (Arwah Abah pergi 10 January 2006). Officemate aku snap guna camera phone dia. Tak clear. Dia cakap muka aku pucat sangat masa tu.

Ni Gambar bahagian depan. Masa accident ni. Kereta aku paling parah. Rasa glamour sekejap. Semua tengok muka aku yang pucat masa tuh. Jiran sebelah rumah rupanya lalu kat highway tu masa accident. Tapi dia ingat kereta orang lain.

Nih bahagian belakang. Mamat kereta belakang tuh marah aku, dia kata pasal aku tak mengelak ke kanan. Kalau tak, sempat dia nak pegi lane sebelah. Kuat gak la kena hentam, pengsan sekejap masa tuh.

Aku tak menangis pulak masa ni. Heran. Agaknya pasal seminggu sebelum tu dah puas menangis kot. Lepas menghentam dan dihentam, panic sangat. Otak dan hati aku kata "kalaulah abah ada, mesti dia tahu nak buat apa". Mujur ada officemate aku. Terima kasih la banyak-banyak.

Bila imbau balk peristiwa ni, aku bersyukur. Sekurang-kurangnya, aku takde kecederaan fizikal dan lagi buat aku berhati-hati masa memandu.

Surat cinta

Aku tak pernah dapat surat cinta.

Sms cinta pernah la dapat. Tapi tak boleh simpan, takde bau wangi macam surat cinta. Tulisan yang skema itam putih, screen kecik. Takde color, takde warna warni.

Aku nak surat cinta la. Nak baca ayat cinta yang panjang-panjang. Nak hapal. Nak simpan, nak pegang. Nak buat kenangan. Nak remukkan time gaduh-gaduh. Nak bakar.

**Kenapa tiba-tiba je nak surat cinta??

Aku tengok katun Sinchan. Pasal surat cinta. Baru perasan tak pernah pon sekali aku dapat.

**Banyak songeh betul

Jerawat

Dah dua orang tegur jerawat aku hari nih.

Aduiii.

naik pulak

Kenaikan tarif baru elektrik sama harga sebungkus rokok. Itu kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik. "

"Saya memberi jaminan kenaikan tarif baru hanya sama dengan harga sebungkus rokok sahaja (harga sebungkus rokok 20 batang RM7) sebab kerajaan tidak mahu kenaikan itu memberi kesan besar kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah."

RM 7 ???. Adoiii, semua tang naik jek.

racun nyamuk

aku terfikir. kenapa panggil ubat nyamuk. bukan racun nyamuk.

racun tikus. lagi sedap bunyinya daripada racun nyamuk

sticker lagi

Sebut sebut pasal sticker. Tadi lunch terpandang satu lagi sticker menarik

"Im a Lady driver, so please give way"

Laughing hheheheh adehhh...

sticker

Kalau naik kereta, time jalan jam, kadang-kadang sungguh memboringkan. Aku teringat kata-kata yang aku pernah dengar “Jadikan kebosanan sbagai sesuatu yang menyeronokkan”. Lebih kurang la ayatnya. Jadi untuk menghilangkan bosan, aku suka tengok sticker-sticker yang di tampal di belakang cermin kereta. Untung-untung dapat baca yang kelakar.

 

Yang aku selalu nampak “Child on board” and “Khalifah Allah on board”. Ni dah biasa nampak.

Ada pulak tu “Im ahead of you”. Ni macam nak menunjuk dia kt depan aku la. Kononnn.

 

Yang lain-lain tu, semua menunjukkan agama yang dianuti si pemandu.

 

Yang paling aku ingat “SAVE THE MALES”.

Errr…

 

Disebabkan aku suka bace sticker-sticker ni, ada satu kereta tu, sticker ditampal bersebelahan dengan lampu brek ketiga. Jadi mata aku hanya focus nak membaca apa yang ditulis (sebab tulisan kecik sangat) dari nak menumpu pada lampu brek dia. heheheh