hari yang tak best
Aku mimpi, handphone aku yang baru berusia hampir 3 bulan ni ialah handphone celup, tak tulen. Ni gara-gara baca surat khabar, report mengatakan ada sebuah kedai handphone dekat KL Sentral jual handphone celup. Eeee, buat hati tak senang je. Tokey tu cakap, handphone aku tu original. Eishhhhhh
Bangun pagi pulak. Dah siap iron baju, mandi. hati rasa berat nak pergi kerja. Aku sambung baring kat katil, tapi tak tidur pon. Tak boleh tidur. Dok fikir pasal mimpi aku tu. Tepat jam 9 pagi, aku tukar fikiran, nak pergi office. Tapi hati berat sangat. Otak cakap, nih mesti hasutan syaitan. So berperanglah otak dan hati aku. Last-last otak menang, aku pegi office.
Dalam perjalanan ke office, masa tu dekat highway Cheras-Kajang. Tiba-tiba
…. “tukkkkk” ….
kuat bunyi, macam bunyi batu berlaga dengan cermin kereta. Melilau mata aku check cermin kereta. Melilau sekali lagi tengok kot ada lori yang bawak batu ke pasir ke.
Syukur, Alhamdulillah, takde.
…. “tukkkkk” ….
Alamak, sekali lagi berbunyi. Sekali lagi mata melilau tengok cermin kereta, belakang, kanan, kiri, depan….
DEPAN!!!!!!!!
&^%&%&^*& (^*$^#@^#$^!&$%&) _(|)+()*^(&^
retak sebesar 1 sen. Huwaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!! !!!!
Tapi takde pulak lori, kereta pon tak banyak. Mana agaknya batu tu datang. Takkan cermin kereta tu retak sendiri kot.
EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE EEEE.
Maaf. Mood aku tak baik hari ni.
Sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar sabar
04.28.06 (11:52 am) [
edit]
5
Comments
RTM
Aku : cakk
Dia : cakk
Dia : ni apa keje ni
Aku : saje
Aku : buring
Dia : amacam keje?
Aku : keje orait
Aku : keje kat mana?
Dia : hehehehee
Aku : lor
Aku : org tanya dia gelak plak
Dia : saye keje di RTM
Dia : bekerja RTM actually
Aku : rtm?
Aku : uii
Aku : jumpe artis la
Dia : Rehat Tidur dan Makan
Aku : aaaa
Aku : yg tuh
heheheh
04.27.06 (9:49 am) [
edit]
6
Comments
ntah
Semalam, ada orang tu pesan kat aku.
Kalau kita first time makan kat gerai/restoren atau apa juga tempat makan dan kita rasa makanan dia sedap. Sangat-sangat sedap.
Kita jangan puji makanan tu sedap. Cakap dalam hati je.
Nanti kalau next time kita pegi lagi makan kat situ, nanti rasa makanan tu tak sedap.
Aku: ye ke??
04.26.06 (2:57 pm) [
edit]
3
Comments
Al-fatihah
Terkejut bila membaca blog Faeizah, Ghaz, tuan punya blog http://hatikubicara.blogspot.... telah kembali ke rahmatullah pada 17 April yang lalu.
Terkejut.
Tak sangka.
Al-fatihah buat Ghaz.
04.25.06 (3:42 pm) [
edit]
8
Comments
Selamat hari jadi faizahs.tblog.com
Hari ini 24 April 2006. Sudah 2 tahun usia blog aku ni.
Moga aku akan terus menulis dan menulis
04.24.06 (11:59 am) [
edit]
6
Comments
Takde kerja
Isnin, bad mood. Macam-macam hal.
Aku tak patut compare hidup aku dengan orang lain. Tak patut.
Boss tak bagi kerja. Sekarang hari-hari aku takde kerja.
100 kilometer setiap hari, pergi balik office. Dengan traffic jamnya. Tapi takde kerja.
Ke depan, ke blakang , ke pantry, ke toilet. Tapi takde kerja.
Check email. Tapi takde kerja.
Boss telefon. Tapi takde kerja.
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat. Tapi tetap takde kerja.
Aku nak berita gembira. Aku tertunggu-tungu email gembira dari boss.
Ohh, cepatlah boss, aku tak suka cerita yang tiada pengesahannya.
04.24.06 (10:56 am) [
edit]
2
Comments
pelikk
Ada seseorang yang tak dikenali 'tegur' aku di yahoo messenger.
xxx : hai aper kabar..?
faizah : hai
xxx : tgh watper..?
faizah : keje
xxx : ic...tak hbs2 lg ker..
faizah : lom
xxx : assignment ker..?
faizah : keje
xxx : keje ape ek...
xxx : ader financial statement company tak..?
Errk!! apa kejadahnya dia nak financial statement company aku??
Financial statement tu ape pon aku tak tau.
Ngeh Ngeh Ngeh
04.21.06 (10:13 am) [
edit]
6
Comments
taktik pencuri
Mak bercerita. Katanya, ada sebuah rumah di kawasan perumahan aku dimasuki perompak. Perompak tu masuk dengan sopan. Melalui pintu hadapan, berbekalkan kunci yang bejaya dikait, dicapai dari luar.
Pengajaran: Jangan gantung kunci di tempat yang boleh dilihat dari luar rumah. Kalau tiada kat rumah, bawak sekali semua kunci kuncian sekali. Biar beg berat dengan kunci, jangan perompak berat dengan barang curi.
04.19.06 (10:15 am) [
edit]
5
Comments
Isnin
Adalah sungguh menjengkelkan bila memandu di belakang kereta yang tidak punya lampu brek. Pendek kata, semua lampu di bahagian belakang kereta tidak berfungsi. Dahlah sebelum tu dia masuk ke lane aku tanpa signal. Nasib baik kereta dia sungguh comel, jadi memudahkan aku melihat lampu brek kereta di hadapannya.
Untuk langkah lebih berhati-hati, aku jarakkan kereta aku dengan kereta comel itu. Tapi sebuah lagi kereta menyelit masuk di hadapan. Tanpa signal juga. Lampu brek??? hanya sebelah sahaja yang berfungsi.
Hmm.. memang sakit hati bila benda ini terjadi. Nak pulak aku masih fobia drive kereta dalam keadaan sesak, lagi fobia kalau kereta depan suka brek mengejut.
Aku akui, memang kita tidak akan sedar kalau lampu brek atau lampu signal kita 'kong'. Tapi kadang-kadang benda remeh temeh ini lah yang memudahkan orang sekeliling agar memandu kereta lebih berhati-hati. Eeeeee, sabar je lah.
04.17.06 (11:44 am) [
edit]
7
Comments
...
Aku rasa minggu ni berlalu begitu cepat. Tup tup dah jumaat balik.
Mungkin sebab minggu ni 3 hari saja hari bekerja.
04.14.06 (12:24 pm) [
edit]
5
Comments
...
Perkataan yang aku selalu dengar sejak kebelakangan ni:
Mendung, hujan, guruh, banjir kilat, tv rosak, rindu, nak alamat dan kahwin .
Aah, cuti sekolah nanti ramai betul orang nak kahwin. 3 Jun, ada 3 jemputan perkahwinan. seorang di KL, seorang di Melaka dan seorang lagi di Kuala Pilah.
Macam mana nak pecahkan anggota badan kepada 3?
04.13.06 (5:17 pm) [
edit]
1
Comments
hehe
Ada orang fowardkan kepada aku. Lagu teman tapi mesra tapi dalam bahasa kelantan
kawe punyo saing
saing sepermaine
Kemano ado dio sokmo ado kawe
Dio amak come
De Jugo baik hati
Dio selalu ado waktu Untuk bantu kawe
(2) Namun kawe bengong
Ketiko dio ghoyak cinto
De dio jugok kecek Tuk ingin jadi gewe kawe
Reff : Bo deh sajo saing nge kawe
Jange mung mitok lebih
Kawe tok ser cintai demo
Kito bersaing sajo
saing tapi mesro
kawe meme berkene ko demo
Namun kawe ado gewe doh
Lebih baik kito bersaing Kito bersaing sajo
saing tapi mesro..
04.12.06 (12:57 pm) [
edit]
7
Comments
Perempuan uzur dan kubur
Semalam aku dalam kemusykilan.
Apa hukumnya perempuan yang sedang uzur (dalam haid) menziarah kubur ataupun mengiring jenazah hingga ke kubur? Ada yang mengatakan haram dan ada yang mengatakan boleh.
Jawapan yang aku terima:
Daripada Abdullah Ibnu Abi Malikah bahawa Saidatina A'isyah pada suatu hari telah datang dari tanah perkuburan, maka saya pun bertanya kepadanya:"Ya Ummul Mukminin, dari manakah kamu datang?" Beliau menjawab:"Dari kubur saudaraku, Abdul Rahman". Saya bertanya lagi kepadanya :" Bukankah Rasulullah melarang ziarah kubur?" Beliau menjawab :"Memang, asalnya beliau melarang ziarah kubur tetapi kemudian menyuruh menziarahinya."
(Riwayat al-Hakim dan Ibnu Hibban dari A'syah secara ringkas dan juga dari al-Atsrum)
Perempuan boleh menziarahi kubur samada haid ataupun tidak. Jika wanita haid dilarang sudah tentunya ada tambahan perkataan "kecuali wanita dalam haid".
p/s saja share ilmu
04.07.06 (5:23 pm) [
edit]
4
Comments
MyKad
Aku ke JPN pagi tadi. Niat hendak menukar alamat. Rupanya tukar alamat pon kena buat MyKad baru. Bila dia masukkan MyKad aku dalam card reader tu, finger print tak boleh detect. Katanya offline problem. Ler, aku manalah faham apa tu offline problem.
Dulu aku buat MyKad tu dekat Melaka, orang JPN kata, system di sana tak sama macam system di Lembah Kelang. Tidak ada touch n go servis pada MyKad aku. Aik, pada pendapat aku, sepatutnya, system MyKad perlu sama di seluruh Malaysia.
Sebagai jalan penyelesaian, MyKad aku diishtihar Rosak Cip nya. Dan aku perlu buat MyKad baru. Nasib baik hari nih pakai tudung colour gelap. Lagi 2 bulan, siaplah MyKad baru aku. Tapi instinct aku mengatakan, gambar dalam MyKad baru tu, mesti kurang cun berbanding dengan yang lama.
Huhuhu .. perasan.
04.05.06 (5:41 pm) [
edit]
7
Comments
Parti
Semalam ada makan-makan sempena pertukaran boss ke cawangan lain. Juga makan-makan menyambut hari lahir 3 orang staff yang lain.
Boss dah transfer ni, tak dapat lah jumpa anak dia yang gebus itu.

04.04.06 (4:39 pm) [
edit]
3
Comments
..
Difikiranku ketika ini hanya ada cerita-cerita sedih.
04.03.06 (3:33 pm) [
edit]
2
Comments