Oh! Gaji

Bulan Mac sudah sampai ke penghujungnya.

Aku check account summary aku di Maybank2u.

Gaji masih belum masuk. Sadisnya aku tengok baki gaji bulan lepas.

Rindu

Aku rindukan Abah

Sangat sangat rindu

Berlakon

Masa hari takde air tu, aku balik awal. Semua pakat balik awal.

Nani pukul 5 dah chalo. Lepas tu dia naik balik

Aku. "Kenapa naik balik?"

Nani. "Ada orang tengah berlakon dekat bawah, diorang block kereta saya".

Semua serbu tingkap. Nak nengok siapa berlakon.

Aah, ada orang berlakon. Kelihatan sebuah pajero polis dan dua pegawai polis celup sedang berlakon. Beberapa krew sedang berlegar legar di belakang pengarah.

Aku. "Diorang shooting Gerak Khas la". 2 orang pegawai polis celup, seorang bertudung, Abby Abadi dan seorang lagi tu aku tak kenal.

Nani. "Tak nampak Yusof Haslam pon".

Aku. "Dia sibuk kot nak tulis ending cerita Sembilu Kasih, tak pon tulis dialog kasi nak panjang berjela lagi cerita tu".

p/s - malam ni ye cerita Sembilu Kasih tu, never ending story hehe. Happy weekend semua!!

bil

 

 

Aku sudah tahu punca ketiadaan air di officeku semalam.

Diorang lambat bayar bil.

Lepas ni mesti takde elektrik, pasal lambat bayar bil.

Nasib baik diorang tak lambat bayar gaji. Kalau lambat, eeee, ntah la.

errr

Alamak!! kena isi staff appraisal form.

Blur la.

Otak aku tak boleh nak berfikir.

Office aku takde air nih.

Sebab tu tak boleh nak berfikir.

cute girl singing

HAPPY BIRTHDAY

SELAMAT HARI LAHIR buat adik aku YANA yang ke 22 tahun

Birthdaynya pada Sabtu lepas 18/3/2006.

Dah besar dah. Jangan buli aku lagi tau. Aku buli kau takpe. hehe

gummy bears


discover what candy you are @ quiz me

rindu

Ramainya orang dalam komuter. Dah sampai Kajang, berpusu-pusu orang memboloskan diri dari gerabak. Aku seperti biasa, tunggu Along jemput. Tengah leka cuci mata, aku nampak perempuan nih lintas jalan, Ohh, ayah dia dah sampai.

Datang pulak kereta pajero, seorang perempuan naik. Ayah dan mak dia jemput dia. Mungkin perempuan ni anak tunggal. Semalam pon aku nampak family yang sama.

 

Bila tengok perempuan tu, ayah dia jemput, hati aku tiba-tiba teringat kat arwah Abah. Semasa hayatnya ada, time aku takde kereta lagi, Arwah Abah lah yang menjemput, menghantar aku kerja. Tak pernah dia biarkan aku tunggu lama-lama kalau menjemput. Kalau arwah ada hal, kena OT, mesti dia inform cepat-cepat. Tanpa sedar, air mata aku mengalir tak tertahan.

 

Bila Along jemput, aku still dalam tangisan. Tangisan senyap

 

Atas motor tangisan makin menjadi-jadi. Aku sedekahkah Al-Fatihah

 

Sampai rumah, tangisan berhenti.

15 minit kemudian Along tanya “Apsal kau menangis tadi?”

Ohh, Along sedar rupanya aku menangis.

 

Aku jawab “Aku rindukan arwah Abah”

Dialog 2 gadis

Dialog 2 gadis

Semalam masa perjalanan pulang, dalam komuter. Telinga aku menangkap sesi perbualan dua orang gadis cun. Seorang tu sedang membelek digital cameranya.

Gadis A : I suka gambar kita pakai boxer tu.

Gadis B : I pon, I dah save gambar tu, lepas tu I dah letak dalam myspace.

Gelak - gelak.

Aku : Apa email u? boleh I p tengok. (Err, ni dalam hati aku je).

lupa

Aku busy 2 hari ni. Ambil masa sekejap update blog. Aku dah tukar tag board baru. Banyak betul spam dekat tag board tu.

Tadi dah datang idea nak menceceh. Lepas tu dah terlupa pulak apa idea tuh.

Hish!

Yeay!

Jalan tak jam! Yeay!

Tapi kenapa cuti sekolah seminggu je?

eeeeeeeeee

Ada orang tanya aku, bila nak balik kampung.

Aku kata, aik, bila pulak aku nak balik kampung.

Orang tu pulak kata "tu kat blog tu tulis".

Aku kata dalam hati, ntah siapa punya blog la dia baca tuh kan.

COLA

Sumber : Utusan Malaysia

Pekerja swasta patut terima Cola

Oleh BINTU RASYADA ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 9 Mac - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berpendapat pekerja swasta patut diberi elaun kos sara hidup (Cola) berikutan peningkatan harga petrol sebanyak 30 sen baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi MTUC, Shafie BP Mammal berkata, tuntutan itu juga selaras dengan pemberian elaun yang sama kepada kakitangan awam sejak Januari lalu.

``Kenaikan harga petrol dan gas cecair memberi impak besar kepada perbelanjaan harian pekerja berpendapatan rendah terutama di bandar-bandar besar,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, inilah masa paling sesuai majikan syarikat swasta tampil ke hadapan untuk membantu pekerja.

``Cola bukan tuntutan gaji, pekerja swasta berhak menikmati elaun yang sama seperti kakitangan awam,'' ujarnya lagi.

Shafie berkata, cadangan agar pekerja swasta turut diberikan Cola dibuat melalui mesyuarat MTUC minggu lalu.

Sehubungan itu, MTUC telah mengarahkan ahlinya mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen seluruh negara untuk menandatangani memorandum yang bakal diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam masa terdekat ini.

Kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54 mula menikmati Cola antara RM50 dan RM150 sebulan sejak 1 Januari lalu mengikut kawasan tempat berkhidmat setelah diumumkan Perdana Menteri melalui Bajet 2006.

Cola pernah dibayar kepada kakitangan awam sekitar tahun 1970-an untuk menampung kos saraan hidup bekerja di kawasan bandar.

========================= ========================= =

Uii, kan best kalau pekerja swasta dapat COLA. Ringan sikit beban kewangan. Takde lah tiap-tiap bulan asik nak dok fikir duit minyak, duit tambang memanjang.

Dasyat

Dasyat yer.

Kisah percintaan Siti Nurhaliza dengan Datuk K jadi tajuk utama akhbar.

Ish ish ish.

Lagi hangat kisah ni dari berita air paip yang tercemar. Yang bau najis tu.

Sama hangat dengan berita kenaikan harga minyak.

Pengangkutan Awam

Semalam aku balik dengan adik aku. Janji dengan dia, jemput aku di stesen LRT Maluri. Sampai je dekat bawah tu, penuh aku tengok bas baru RAPIDKL. Yang tambangnya RM2.00 tapi dapat pergi kemana-mana tempat around centre KL. Semua bas baru-baru, plat number start dari WNP. Tak ke bas baru tu?

Apa yang aku nak cakap ialah, kenapa dekat centre KL je perlu ada perkhidmatan bas-bas macam ni? Kenapa tak diperluaskan lagi dekat sekitar kawasan yang jauh macam Puchong ke, Kajang ke? Cheras ke? PJ ke? Tak pon luar Kuala Lumpur ke? Negeri-negeri lain? Yang paling penting, kenapa perlu berpusat di tengah bandar je? Nak mengelakkan traffic jam? Dah ada kemudahan bas, LRT, monorail pon traffic jam masih menjadi masalah besar.

Aku pernah tunggu bas dekat stesen LRT Maluri sebelom diperkenalkan sistem bas begini. Dalam masa 5 minit, bas dah datang, tak perlu tunggu lama. Kalau banyak duit, boleh naik LRT dekat situ. Lagi senang.

Aku nak tengok sama ada kerajaan menunaikan janjinya untuk meng'improve' lagi sistem pengangkutan awam. Perluaskan dan perbanyakkan lagi bas dekat kawasan luar KL, contohnya rumah aku la. hehe Nak nampak bas sikit punya susah. Sejam satu. Bas mini pulak tu, kaler biru kuning. Kalau dekat kampung atok aku lagi la 'best'. Bas setiap 2 jam, paling awal pukul 8 pagi, bas terakhir pukul 5 petang. Kalau terlepas bas pukul 5 petang. Pandai-pandai la hidup bayar duit teksi nak masuk kampung.

Kalau dekat komuter kajang tu, pemandu teksi cekik darah. Cuba bayangkan, dari stesen komuter kajang tu, nak ke Plaza Metro Kajang, dia nak RM 5.00??? Gile ke apa? Kalau jalan kaki nak ke metro tu dah tak jauh dah. Makan masa 15 minit saja.

Sebab tu la aku anti sangat dengan pemandu teksi ni.

Ntahlah, tunggu dan lihat sahaja. Dah macam ni, memang terpaksa je la telan dan terima.

Nangis

Seminggu, kalau tak menangis sekali tak sah. Itu aku.

Sehari, kalau tak menangis sekali tak sah. Itu Mak. Kesian tengok keadaan Mak yang rindukan arwah Abah.

Aku tak tahu pertolongan apa lagi yang patut aku bagi dekat Mak.

..........

Telah letih langkahku dan terasa berat
cukup banyak kesalahan ku buat
di mimpi ku
ku dengar bunyi suaramu
yang memanggil ku pulang
ke dalam hatimu
kerna hanyalah hatimu
rumah terindah

ku kan pulang tunggu aku di depan pintumu
cintamu padaku tuntun jalanku

telah letih jalanku dan terasa berat
ku kan pulang ke hatimu
rumah terindah
kupulang kehatimu
rumah terindah

Aku mintak lagu nih dari Ghaz. Tak sure pulak apa tajuk lagu nih