Minyak oh minyak
sana sini sinun minyak naik, minyak naik.
Teruk la belanja ke tempat kerja lepas ni. Tol lagi, minyak yang naik 18%.Belum campur duit makan tengah hari. Aku rasa baik aku teruskan guna pengangkutan awam.
Ramai orang pon ramailah,berdiri pon berdiri la,2 jam sampai opis pon 2 jamlah.
Tiba-tiba rasa nak demam sekali lagi. Demam terkejut harga minyak naik.
02.28.06 (12:15 pm) [
edit]
7
Comments
4
the four...
Cousin aku Fathiah dah tag. Sinca dah lama tak update..
4 jobs I have in life:
1) Kerja kilang selepas SPM, tahan sebulan setengah je. Mak aku suruh berhenti, risau katanya. Especially time kena kerja shift malam
2) Masa industrial training. Kerja dekat company, berhampiran KLCC. Syiok. Ni 4 bulan je.
3) Lepas 2 bulan tanam anggur after final year, aku dapat join Internship program selama 6 bulan. Best juga ni, aku kerja company best, boss best, environment best, jalan best (pasal ke cyberjaya tak sesak jalannya). Lepas abis 6 bulan internship, boss offer 3 bulan kontrak. Aku tolak pasal..
4) Aku dapat kerja sekarang. Permanent job. Dah setahun dah. Walaupon jauh dari rumah, tapi environment sungguh best
4 movies I can watch over & over:
1. Hindustan – kuch kuch ho ta hei
2. Cerita Allahyarham Pramlee
3. Err, tu je kot, selalu layan movies kat tv je.
4. ..
4 TV shows I love to watch
1) Cerita lawak-lawak
2) Pingu
3) Sin Chan
4) Drama melayu pon aku layan, kalo best la. Sekarang tengah layan cerita Natasha tu
4 places I've lived:
1) Cheras
2) Tanjung Agas Muar
3) Bukit Beruang Melaka
4) Kajang
4 places I've been on vacation:
1) Cameron Highland
2) Gunung Ledang
3) Langkawi
4) Melaka dan Muar (kalau balik kampung kira vacation la jugak kan?, nih dah kira 5 dah nih hehe)
4 of my favourite food:
1) Ice-cream.
2) Ikan keli bakar, makan sama nasi panas, ulam dan sambal mangga
3) Keropok lekor
4) Laksa
4 websites I visit daily:
1) www.forum.cari.com.my
2) www.tblog.com
3) blog kawan-kawan
4) ….
4 victims to do this tag:
Errr, buat la kalau sapa-sapa nak buat
02.27.06 (12:19 pm) [
edit]
0
Comments
Along, happy birthday
Aku terlupa. hehe
Semalam 22 Febuari ialah hari jadi Along (abang aku) yang ke 25. Dah suku abad dah umurnya. Dia pon tak ingat semalam ialah birthday dia. Sedar pon setelah officemate dia notice IC number pada DO yang di sign semalam.
Along, lelaki tunggal dalam family setelah pemergian Abah. Berat bahu dia memikul tanggungjawab. Sejak Abah takde, Along dah berubah. Berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah. Mak lah orang yang paling suka tengok Along macam tu. Tapi aku harap, bukan sekejap saje perubahan baik ni. Biarlah berkekalan hendaknya.
Along,
SELAMAT HARI JADI YANG KE 25.
Moga panjang umur, dimurahkan rezeki, dilimpahkan rahmat dari Allah.
02.23.06 (9:49 am) [
edit]
3
Comments
mimpi
Aku bermimpi
Arwah abah pulang kerumah, memandu kereta yang dipinjam dari kawannya. Rupanya kereta tu dipinjam untuk aku pakai ke tempat kerja.
02.21.06 (3:43 pm) [
edit]
2
Comments
virus
Selsema burung dah sampai Gombak. Virus tu.
Aku pon terkena virus juga. Virus malas nak mengupdate blog.
02.21.06 (11:59 am) [
edit]
0
Comments
Belated Birthday
Semalam sambut birthday. Belated. 2 orang boss aku tu lahir pada bulan februari juga. 5 dan 6 Febuari. Combine celebration la ni.

Birthday Kek

Nih sesi tiup meniup. Ngee

Terharu aku dapat hadiah. Aku pon tak beli apa-apa untuk boss².
02.16.06 (4:50 pm) [
edit]
5
Comments
...
Aku sedih. Tiba-tiba sahaja terkenangkan arwah Abah. Sabtu nih genap 40 hari pemergian Abah.
02.16.06 (12:00 pm) [
edit]
4
Comments
Bibah
Jiran sebelah rumah punya 3 anak perempuan yang kecil-kecil. Paling bongsu berumur 5 tahun. Dah mula tadika. Habibah namanya. Dulu-dulu aku dengar kakak-kakaknya panggil Bibah. Sekarang dah tukar nama glamour kepada 'B'.
Si Bibah ni paling peramah antara adik-beradiknya. Suka tegur jiran-jiran. Dia dah reti menulis. Heboh dia memberitahu mak yang dia sudah pandai mengeja.
Sekarang peti surat rumah aku penuh dengan hasil tulisan dan warna dia. Asyik-asyik lukisan rumah, matahari dengan burung. Ngee, dia ingat rumah aku ni cikgu tadika dia ke? tempat submit kerja sekolah. hehe bibah bibah
02.14.06 (12:39 pm) [
edit]
1
Comments
Busy
Isnin. Hari ini. Busy Busy Busy
Ahad. Semalam. Hari yang best. 
02.13.06 (3:40 pm) [
edit]
0
Comments
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
Pada yang wish birthday aku semalam. Hadiah? Nah, takde hadiah dah besar panjang macam ni. Family aku bagi kad birthday je. (takde gamba la). Depan tu tulis ‘Especially for My sister’. Dalam kad pulak tulis:
To Besday Gurlz: Angah@Paiz@Faizah
May all your wishes and dreams come true. May all the blessings and goodness follow you all year through.
‘All Love You’
Happy birthday sister
Pastu ada tandatangan Mak, Along, Yana, tunang Yana dan Ikin. Sebak betul hati masa dapat kad tu. First time birthday tanpa Abah. Aku dah gantung kad tu dekat dinding cubicle office.
First time juga dengan si dia. Si dia tak bagi apa-apa pon. Kasih sayang jek hehe 

02.10.06 (2:24 pm) [
edit]
3
Comments
Selamat hari jadi
Hari ni genap umur ku 24 tahun

Selamat hari jadi buat aku
p/s sebak je pagi² ni
02.09.06 (10:41 am) [
edit]
9
Comments
Wrong number
Semalam ada Amoi call. Salah dail nombor la tu. Nak cakap dengan Kong.
Aku beritahu “ Wrong number”. Tak lama selepas tu, dia call lagi.
Amoi : cing cong cen (cakap cina) Kong?
Aku : Wrong number
Amoi : Is this 012-364****??
Aku : Nope
Amoi : What is your number?
Aku : 012-264****
Amoi : Ohh sorry ya, so sorry
Ler, macam ni punya error pon ada ke? Tau la nombor 3 tu tempat dia sebelah nombor 2.
02.08.06 (2:03 pm) [
edit]
3
Comments
teringin
Aiskrim McDonald
Aiskrim Malaysia
Cendol
Slurpee Teh Ais
Air Batu Campur
Aku nak makan/minum semua di atas. Tapi aku batuk. Yang teruk. Arghh, time macam ni baru teringin itu ini
02.07.06 (3:11 pm) [
edit]
5
Comments
Selasa
Hari ini genap 4 minggu abah takde.
Hari ini genap 3 minggu kereta aku eksiden.
Hari ini genap seminggu Mak Uda aku meninggal.
Rupanya bukan aku tinggalkan 1426H yang perit. 1 Muharam 427H pun memang dah perit. Pada awal Muharam tu, jam 11.30 pagi, Uzaie call, "Kak paiz, mama dah takde" katannya dengan sebak. Aku pun terkejut, memang tak sangka makcik aku tu pergi seawal umur 41 tahun. Ajal dan maut itu ketentuan Allah. Tak sangka .. memang tak sangka.
Malam tu aku kena demam, semua pulun cakap aku kena demam terkejut. Agaknya la, lepas satu hal, satu hal datang. Dugaan ... ujian.
Al-Fatihah buat arwah Abah dan Mak Uda ku.
02.07.06 (10:08 am) [
edit]
2
Comments