Cuti

Boss aku ada dua orang. Lelaki dan Perempuan. Sungguh hensem dan comel boss-boss aku tu. Baiknya la. Cun. Anak-anak boss pon comel-comel. Cam mak dan bapak dia jugak.

Tak, tak. Aku bukan bodek. Tak payah bodek pon, boss dah bagi cuti minggu depan. Straight seminggu. Best best. Boss-boss tak menyambut Chinese New Year. Tapi bagi cuti kalah orang yang menyambut CNY.

Cuti panjang nak pegi mana?? Duduk rumah je la.

..................................................................................................

Aku mengambil kesempatan ni nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT 1427H.

Selamat tinggal 1426H yang perit.

pengangkutan ..

Dah seminggu kereta aku masuk bengkel (read: ICU). Tak tau lah apa cerita. Esok-esok lah aku buat follow up. Entah bila kereta aku boleh sihat, sebab dekat bengkel  penuh dengan pesakit (read: kereta) yang sama sakitnya dengan kereta aku. Dah lah nak dekat cuti raya, mesti lama kereta duduk kat situ.

Sebagai ganti pengangkutan ke tempat kerja, aku terpaksa menggunakan komuter, lrt putra dan feeder bus ke tempat kerja. Bila naik public transport ni, rasa rindu pulak nak memandu.

Fikiran negatif aku bil a naik public transport :

1. Memanglah tak selesa, bersesak-sesak, dengan bau orang keliling

2. Makan masa yang lama, nearly 2 hours baru sampai opis

3. Tambang pergi balik serupa macam belanja naik kereta ke tempat kerja

Tapi ada baiknya naik public transport ni:

1. Cuci mata, nengok gelagat orang, nengok dressing dia, kaji cara penampilan (nih lebih kepada perempuan). Nengok brooch tudung, handbag, kasut, fesyen baju. hihihihiFoot in mouth

2. Hargai masa, yelah, jalan kene deras, laju. Kalau tak nanti tertinggal komuter, feeder bus.

3. Tau jugak lah route kalau naik public transport ni, naik apa, kat mana, turun kat mana. bla bla bla. Kalau orang tanya, kira boleh jugaklah tolong jawab.

Yang sebenarnya sama je (in my case) kalau naik kereta dengan public transport. Kalau kereta, nanti kena harung traffic jam. Kalau naik public transport pulak, kena harung lautan manusia. Masing-masing ada kebaikan dan keburukannya. Terpulang jugak pada tuan punya badan, untuk membaikkan yang buruk, dan meng'enjoy'kan yang baik. Kan? Kan?

wajah baru

Aku dah berjaya mengubah rupa blog ni.

Merah, warna kesukaan aku.

Letih godek ....

Hari ini

Hari ini hari menggodek blog. Tblog keluar version 2.0, banyak feature baru, kena masuk kelas tutorial.

Click and explore.

Sudah jatuh di timpa tangga

Aku rasa down sangat sangat. Sudah jatuh ditimpa tangga. Aku terlibat dalam kemalangan Selasa lepas, dalam perjalanan ke tempat kerja. Alhamdulillah, fizikal aku ok. Tapi hati aku sakit, fikiran aku kusut bila nengok kereta kesayangan aku remuk macam tu.

Ya Allah, dugaan demi dugaan KAU beri. Semoga ada hikmah disebalik semua ini.

Aku letih, letih..letih sangat sangat.

Dah seminggu

Dah seminggu arwah Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Aku nak ucapkan terima kasih dekat kawan-kawan yang SMS tanya khabar, call, tinggal komen kat tagboard, dan yang menjengah masa hari arwah abah pergi. Maaf, aku tak dapat reply semua SMS yang aku dapat, banyak sangat. Terharu aku atas ingatan engkau orang.

Arwah abah meninggal selepas orang selesai solat raya Aidiladha. Sakit kanser. Kata Mak, masa tu kedengaran takbir raya. Kuat. Aku dan adik-beradik yang lain tak dapat mengadap arwah abah semasa beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Mujur Mak ada di sisi arwah saat malaikat Izrail menjemputnya.

Kawan-kawan (Lize' tanya aku soalan ni), bukan aku taknak beritahu sakit abah aku. Aku tahu, ramai yang terkejut. Yang tahu abah aku sakit, tak ramai. Arwah sendiri taknak aku dan keluarga hebohkan sakitnya. Tak banyak dalam entry aku, aku cerita pasal arwah abah sakit. Lize', masa hari kau dengan abang Izad datang, arwah abah ada baring kat dalam bilik. Masa tu tak teruk sangat sakitnya. Mak aku ada ajak dia keluar bilik kenalkan kau dengan abang Izad, tapi arwah menolak, katanya dia malu.

Abah dah lama menderita sakit kanser. Cuma, 2 - 3 minggu kebelakangan ni, sakit arwah abah teruk. Terbaring je. Jiran lama, kawan-kawan dan saudara-mara yang datang menziarah pon menitis air mata melihat keadaan arwah abah. Aku dan keluarga lagi bertambah sedih.

Sabtu 7/1, arwah abah dimasukkan ke hospital Kajang. Kawan-kawan surau memujuk Abah mendapatkan rawatan hospital. Berikhtiar. Malam tu juga doktor tak memberikan harapan arwah untuk sembuh. 'Bersedia dengan segala kemungkinan', kata doktor yang membuat pemeriksaan ke atas arwah Abah.

Ahad 8/1, hari jadi arwah abah yang ke 56 tahun. Sedihnya, bila tengok arwah abah dalam keadaan macam tu masa ulang tahun kelahirannya.

Genap 3 hari, arwah Abah meninggal di hospital. Kami bawa balik kembumikan jenazah di tempat lahir arwah, Melaka. Masa ada hayatnya lagi, arwah abah berpesan, jikalau terjadi sesuatu padanya, minta dikebumikan di kampung di Melaka.

Kami redha, pasrah atas ketentuanNya. Dari dia menderita sakit, redhakanlah pemergiannya. Al-Fathihah buat arwah Abahku. Moga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang soleh. Aminn.

rutin

Adik aku yang bongsu tak mahu ditukarkan sekolah yang dekat sikit dengan rumah. Dia suka lagi bersekolah kat sekolah lama. tu Katanya ramai kawan dia di situ, tempat baru nanti susah nak dapat kawan.

Bermulanya sesi persekolahan, aku keluar sejam lebih awal. 6.50 pagi. Hantar adik pergi sekolah, adik lagi seorang ke LRT, kemudian baru aku bergerak ke tempat kerja. Dan penghabisannya, 8.15 aku dah sampai ke office. Sejam awal aku sampai. Jadi orang pertama buka pintu.

Balik kerja, tak boleh lengah, adik (tumpang di rumah jiran) perlu dijemput. Pukul 7 malam baru sampai di rumah. Tu pon kalau tak menempuh traffic jam.

Tiba-tiba aku rasa macam jadi mak orang pulak, hantar anak pergi sekolah, jemput balik. hohohoho. :P

setahun

Semalam

3 Januari 2006

Genap setahun aku bekerja di sini