7 malam
pukul 7 malam, remang senja
masih berada di office
menunggu hujan reda
yang tak best
menunggu kesesakan jalan raya reda
jelanya jam di MRR2 hingga sampai ke Wangsa Maju
nasib baik ada officemate yang lain
'ngobrol' bersama
12.28.05 (7:09 pm) [
edit]
3
Comments
ooohhhhhh
Aku sudah tahu kenapa line streamyx di office problem
Diorang lupa bayar bil!!!!!!!!
Nasib baik aku dah download e-book harry potter.
12.27.05 (9:53 am) [
edit]
1
Comments
update
Maaf takde update untuk beberapa hari ni.
Office aku ada problem dengan internet connections. Ni pon guna cara lama untuk berinternet. Guna balik modem lama untuk online. Masing-masing diberi had untuk online. Dah gian. hehehehe
Boss takde, balik menyambut krismas di kampungnya. Sebelum boss terbang, dia belanja satu office dinner. Yay! Satu office enjoy. Boss asyik cakap, nih kali terakhir dia makan masakan Malaysia untuk tahun 2005. Apa-apa je la boss, janji 2006 ada increment.
Tadi ada pesta buih .. ehh .. pesta pizza, orang belanja jangan ditolak. Sedap sedap. Moga murah rezeki awak belanja kitorang Mr. S.
12.22.05 (12:44 pm) [
edit]
3
Comments
SMS
Aku dapat SMS ni. Eeee, jiwa-jiwa sungguh.
Kalau saya jadi air mata
saya ingin lahir di mata awak
mengalir di pipi awak
dan mati di bibir awak
tapi kalau awak jadi air mata saya
saya tak akan menangis
sebab saya tak nak kehilangan awak
Jiwa-jiwanya .. eeeee... hahahah
12.19.05 (11:16 am) [
edit]
7
Comments
sedih
Bila rasa sedih, kita nak share rasa sedih dengan orang.
Bila rasa sedih, menangis, menangis... dan menangis ... rasa macam tak boleh nak berhenti.
Bila rasa sedih, kita terkenang zaman dulu. Zaman dulu .. iaitu zaman dulu, zaman ketawa, zaman sihat sejahtera. Baru terfikir, biar takde duit asalkan peroleh kesihatan.
Bila rasa sedih, duit pon tak berguna. Tak boleh beli segala benda yang kita impikan. Tak boleh membantu ...
Rasa sedih, sedih sangat.
12.16.05 (11:16 am) [
edit]
3
Comments
...
Tak pernah rasa macam ni.
Tak berdaya.
Hati .. tabahlah.
12.14.05 (10:51 am) [
edit]
0
Comments
Semalam
Aku: Yay, yay, yay. Isnin ni aku cuti. Birthday sultan selangor.
Lin: Bukan Office ko kt KL ke?
Aku: Office aku kaut cuti Wilayah dengan Selangor. hehe
Dan nasib baik semalam semua yang bekerja, cuti dan berada di rumah. Hmm, taknak lagi ingat peristiwa semalam.
========================= ==================
Malam-malam, mahu pon siang-siang dengar bunyi misteri di bumbung rumah. Bunyi cakar-cakar. Bunyi golek-golek. Bila diamati. Ada bunyi mengiau. Sah ada kucing berkampung di syiling rumah.
Along panjat ke bumbung, rupa-rupanya ibu kucing beranak di syiling rumah. 3 ekor anak kucing semuanya. 2 hitam seperti ibunya. Seekor putih-putih. Along nak ambil bawak turun, bela. Aku excited gila-gila. Aku cop nak jadi mak angkat kepada kucing-kucing tersebut.
Tapi mak tak kasi. Uwaaa!!
Kesannya, syiling rumah aku ada tompok kuning basah. Hahahaa, kencing kucing.
12.13.05 (1:29 pm) [
edit]
1
Comments
Ntah
Semalam gempar. Siap jadi tajuk berita akhbar lagi. Semua muka surat depan surat khabar ada muka Erra dan Yusry. Bukan cerita yang bagus seperti cerita mengharumkan nama negara, tambah zuriat ke, kembar 3 ke, tapi cerita pasal keretakan rumah tangga.
Ntahlah. Aku rasa suratkhabar sekarang keluar cerita yang mengarut saja. Siap jadi tajuk utama. Penting ke nak tahu pasal kisah rumah tangga orang??? Menyibuk hal yang tak patut. Biarlah diorang laki bini.
Hari ni 9 Disember. Tapi semua kat office dah pakat-pakat nak plan cuti tahun 2006. Hehe. Termasuk aku.
12.09.05 (10:50 am) [
edit]
2
Comments
statistik
Ya. 70% perempuan dalam bidang korporat tidak berkahwin. Sana sini orang bercerita dan mencadangkan jalan penyelesaiannya.
Officemate aku menakut-nakutkan aku. Mentang-mentang aku masih sendiri. Ceh!
12.07.05 (2:06 pm) [
edit]
1
Comments
A Nice Story
A story tells that two friends were walking through the desert. During some point of the journey they had an argument, and one friend slapped the other one in the face. The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the sand:
[b]TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE.[/b]
They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one who had been slapped got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him. After he recovered from the near drowning, he wrote on a stone:
[b]TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE .[/b]
The friend who had slapped and saved his best friend asked him, "After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone, why?" The other friend replied "When someone hurts us we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. But, when someone does something good for us, we must engrave it in stone where no wind can ever erase it."
End Of Story
[i]Cuba bayangkan. Kalau takde kewujudan blog, mesti semua orang ada kawasan padang pasir. Nak luahkan rasa hati. Hehe[/i]
12.07.05 (8:55 am) [
edit]
0
Comments
Nak cuti!
Aku nak apply cuti bermula Rabu sehingga minggu hadapan. Tapi, boss tak masuk office until end of this week.
Alerrrrrr.
Tadi dapat email, boss suruh OT Sabtu ni. Aku harap-harap orang lain volunteer untuk OT.
12.05.05 (3:28 pm) [
edit]
2
Comments