29 Ramadhan

Di penghujung Syawal, kuih raya terasa begitu sedap. Masa di awal dan di pertengahan Syawal, tak pandang langsung kuih raya. Mujur kuih raya di rumah masih banyak lagi yang tinggal.

Jangan tak percaya, kuih raya dekat rumah aku masih tinggal setengah balang. Tapi yang dah sedap-sedap, yang penuh dengan coklat-coklat semua dah habis. Kadang-kadang dah hujung raya macam ni, serdak kuih raya pon rasa teramat sedap.

p/s - semalam tu susah hati sebab Abah.

aku susah hati

Aku Susah Hati

Hati Aku Susah

Susah Hati Aku

:cry:

Some of the Best Moments in Life

Hari pertama kerja, penuh inbox dengan email. Ni ada satu email yang aku rasa tak semua adalah [b]“Best moments in Life”[/b]

1. To fall in love. – [i]Ni betullah kot[/i]

2. To laugh until it hurts your stomach. – [i]Best jugak nih. Tapi sampai sakit-sakit perut tak la, sampai mengalir air mata tu, pernah[/i]

3. To find mails by the thousands when you return from a vacation. – [i]Masa balik dari kampung, seronok sebab bila tengok ada lagi kad raya yang dihantar kawan-kawan. Tapi tak seronok bila dapat surat hutang[/i]

4. To go for a vacation to some pretty place. – [i]Uishh, yang nih memang best[/i]

5. To listen to your favorite song in the radio. – [i]tak jugak, kalau selalu dengar, nanti lama-lama takde umpph plak[/i]

6. To go to bed and to listen while it rains outside. – [i]tak best pon[/i]

7. To leave the shower and find that the towel is warm. – [i]lagi tak best, sejuk-sejuk lagi best. hehe[/i]

8. To clear your last exam. – [i]Ini memang best, dulu-dulu lepas exam je, pakat ramai-ramai pegi JJ. Cuci mata[/i]

9. To receive a call from someone, you dont see a lot, but you want to. – [i]Memang best, tapi tidak ada sesiapa yang aku terfikir akan telefon aku [/i] 

10. To find money in a pants that you haven't used since last year – [i]Ini memang best, hehe, nikmat lebih terasa dikala sesak duit[/i]

11. To laugh at yourself looking at mirror, making faces. – [i]Err, tak best pon[/i]

12. Calls at midnight that last for hours –[i] Kalau ada modal bercakap bestlah, tapi membazir je[/i]

13. To laugh without a reason. – [i]Tak elok gelak banyak sangat. Takkan tiba-tiba nak gelak, macam orang gila pulak[/i]

14. To accidentally hear somebody say something good about you. – [i]Ini kembang setaman ni. Best ler kot[/i]

15. To wake up and realize it is still possible to sleep for a couple of hours –[i] Tak best pon[/i]

16. To hear a song that makes you remember a special person – [i]Uish, tak best, sebab takde yang special[/i]

17. To be part of a team. – [i]Yeah!, lagi best bila the team menang ke, dipuji ke[/i]

18. To watch the sunset from the hill top – [i]Best, best[/i]

19. To make new friends. – [i]Depends juga, kalau kawan baru tu tak best, tak best la jadinya[/i]

20. To feel butterflies in the stomach every time that you see that person. – [i]Macam mana rasa butterflies in the stomach tu?[/i]

21. To pass time with your best friends. – [i]Ya, Ya best best. Kawan-kawan aku ni banyak topic hangat[/i]

22. To see people that you like, feeling happy – [i]Hehe, nih zaman belajar silat dulu, pergi kelas silat sambil ….[/i]

23. To use a sweater of the person that you like and find that it still smells of their perfume – [i]Erkkk, best ke?[/i]

24. See an old friend again and to feel that the things have not changed – [i]Things have changed!. Bila jumpa kawan lama, Wahhh, voguenya.[/i]

25. To take an evening walk along the beach. – [i]Antara banyak-banyak Best Moments, aku paling enjoy yang ni :)[/i]

26. To have somebody tell you that he/she loves you – [i]Belum lagi ..[/i]

27. To laugh .......laugh........and laugh ...... remembering stupid things done with stupid friends –[i] Ya, ya, seronok masa zaman duduk hostel dulu-dulu dan masa duduk menyewa dengan kawan-kawan[/i]

satria merah

Dalam perjalanan ke office pagi tadi, ada sebuah Satria Merah yang menarik perhatian aku.

Badan kereta sebelah atas tayar belakang (kanan) kemek. Ada anak panah yang menunjuk ke arah body yang kemek itu bersama dengan ayat [b]“Never lend your car to woman”[/b]

hehehe :lol:

Rugi, rugi.

Setelah genap 8 bulan, hari ini aku ambil keputusan berhenti dari menggunakan line Celcom aku. Sebab-sebabnya:

1. Pelan berbual 250 minit - Hampir setiap bulan, aku tak menggunakan sepenuhnya 250 minit masa berbual aku. [b]Rugi, rugi.[/b] Takde siapa aku nak call. Kalau aku dah call pon, mesti ada saki baki minit yang tak digunakan. Orang pon taknak call aku. Kesiankan??

2. 20 SMS free - Dan hampir setiap bulan juga aku akan gunakan lebih daripada peruntukan yang diberi. [b]Rugi, rugi.[/b] Lagi seronok sms dari berbual. Apsal ntah. Senang kot pasal tak payah dengar suara, lagi ringkas. Ye ke???

Memangla orang kata, jimat. Tapi kalau yang selalu tak guna telefon dengan kerap macam aku, jadinya baik aku kembali kepada prepaid. hehe. Senang.

Sebenarnya, bukan aku saja-saja nak pakai line. Tapi bulan 4 tu, aku dan member kena tipu. Poyo aje orang tu kata nih Celcom prepaid. Lepas dah tau sim card kitorang kitorang dapat tu ialah pascabayar dan bukan prabayar, terus member aku report kat Celcom. Padan muka mamat tu. Aku tak tahu apa warning yang dia dapat. Tapi lepas tu dia call member aku mintak maaf.

Ingat nak terminate lepas tahu kena tipu, tapi kena tunggu 3 bulan dulu baru boleh terminate. Sudahnya, lepas 8 bulan baru tutup buku.

Jadinya kawan-kawan, aku guna no 012 yang lama tu. :wink:

Aku benci KL Darul Kesesakan.

Semalam hari yang paling teruk buat aku. Tak pernah duduk dalam kereta dengan kesesakan yang teruk macam ni.

Aku benci KL Darul Kesesakan.

Keluar office jam 5.50 petang. Keluar simpang yang ada traffic light je, pesta brek dah kelihatan. Aku rasa semut jalan lagi laju dari kesesakan tu. Ingat nak patah balik, ronda-ronda di JJ sambil menunggu kesesakan reda. Tapi rasa nak sampai rumah awal mengatasi segala-galanya. Dengan sabar aku tempuh juga sesak-sesak itu.

Aku benci KL Darul Kesesakan.

Sabar makin menipis. Sampai di Pandan Indah, rupa-rupanya, 4 lane bersesak tukar ke 1 lane. Ada 2 biji gajah jalan (bas dan lori) tersadai di lane ke3 dan ke2.

Terpaksa singgah di plaza tol bermaghrib sebelum memecut laju pulang ke rumah. Sampai depan rumah aku tengok jam pukul 8.20pm. Arghh, benci. Dah 2 hari macam ni.

Aku benci KL Darul Kesesakan.

takuttt

Takut bila ayatnya bermula dengan:
"Kalau abah mati esok ...."
Emak nangis,
Aku nangis,
Adik-adik nangis,
Along mendengar,

"Esok kalau Abah takde ..."
Emak takut,
Aku takut,
Adik-adik takut,
Along takut...

Ya Allah, hanya kau Maha Mengetahui.. Panjangkan hayat Abahku ya Allah..

kacau

aku rasa dia sengaja membuat bising,
membasuh tangannya dengan ganas bersama curahan air yang kuat,
menghentak-hentak cawan dua tiga kali,
angkat, hentak, angkat dan hentak lagi,
kemudian dengan sengaja menghentak pinggan yang digunanya,
berlalu ke mejanya
kemudian menghempas file-file yang menimbun,
menutup cover mesin photostat dengan ganasnya.

aku kira dia sengaja membuat begitu,
cemburu mungkin melihat aku lelap di bilik solat,
malang sekali bila bilik solat bersebelahan dengan pantry,
kacau tidurku.

"Boss, Boss,
boleh tak letak langsir atau ganti sahaja dinding plastik antara pantry dan bilik solat dengan batu"
"Saya nak solat, bising la bunyi diluar. Tv terpasang, keyboard diketuk. Tak khusyuk solat saya."

Langsir tu untuk menyerap bunyi sebenarnya.Dinding batu, tu boleh la saya sangkut telekung saya disitu. Kesian telekung tu, terbaring di atas lantai.

Lagu

Hari ni aku nak share lagu kesukaan aku sekarang ni yang bertajuk "Because of you" yang dinyanyikan oleh Kelly Clarkson. Minah ni kebanyakan lagu dia best-best jugak. Nak dengar sila klik sini. Lepas tu korang klik la mana-mana satu link yang didisplay. Nanti keluar satu window baru. Dengarlah situ puas-puas.

Lagi satu lagu Here by Me by 3 Doors Down. hehe. Jiwang jugak lagu ni. Apsal la lately aku suka dengar lagu sedih-sedih. Bukannya kene tinggal kekasih pon. Tapi ntah ye, mungkin sedap didengar. Lirik lagu pon ada kasi makna mendalam jugak. Ehehehe.

Musim

Dah lama juga aku tak update blog. Keje banyak sebenarnya, tapi aku lebih kepada malas nak mengupdate. eheheh. Takde idea langsung nak menulis.

Bila menjelangnya cuti sekolah bermulalah musim orang kahwin. Sana sini aku dengar, kawan sekolah nak kahwin, kawan universiti. Tahniah!! buat mereka yang bakal mendirikan masjid.

Ada juga yang aku dengar nak bertunang. Tahniah juga bila hubungan yg dibina bakal melangkah setapak menuju ke jinjang pelamin.

update

Nak cerita apa ye pasal raya? Tahun ni pada aku raya kurang meriah. Cumanya aku enjoy bercuti, duduk rumah. Rehat-rehat sampai malas nak pergi kerja. Patutnya aku sambung cuti aku sampai akhir minggu ni, tapi kerja menimbun menanti. Takpe, lain kali habiskan cuti.

Raya kat kampung memang meriah. Atok Mak bersemangat menghias rumah tahun ni. Pada umur 75 tahun, dia sendiri cat rumah dia. Warna biru kuning pulak tu. Tahun ni, family aku balik awal, tolong masak lemang, rendang, ketupat dan makanan yang sewaktu dengannya.

Pagi lepas solat raya, bertolak ke Melaka, beraya di kampung Abah. Asyik tengok drama air mata je. Dengan aku sekali menangis. Semua simpati dengan Abah yang sakit. Hmm...

Sekejap je beraya dekat kampung, raya ketiga dah balik semula ke Kajang. Dekat Kajang, lepas maghrib orang dah start datang raya. Belum pukul 8 malam orang dah datang beraya. Sakan sungguh.

Hujung minggu ni officemate berkahwin. Satu-satunya orang yang paling aku rapat dekat office ni. Kawan yang aku senang bercerita dan kongsi pendapat. Dekat jemputan tu tulis "Faizah & Partner". Siapalah aku nak angkut teman pergi Rawang. Aku bukannya tahu jalan. Peta pon tak dapat membantu aku yang 'cerdik' jalan ni.

Hari ni Hari jadi Jieda yang ke 23. Moga murah rezeki dan diberkati usia. Tak sabar nak suruh Jieda belanja makan. hehehe

Kembali

Setelah 10 hari bercuti, aku kembali ke office. Takde mood bekerja sungguh. Kerja melambak-lambak. Kepala dah pening lalat, macam nak demam. Nanti-nantilah aku cerita pasal raya.