surat raya
Kehadapan sahabatku yang membaca rentetan ku ini:
Jumaat, 24 Ramadhan 1426H.
Tinggal lebih kurang 6 hari saja lagi umat Islam bakal menyambut 1 Syawal. Macam mana dengan persiapan RAYA kawan-kawan? Mesti beRAYA sakan ye tak? Mana taknya, mesti kawan-kawan semua dapat duit bonus sempena RAYA ni, tak terkecuali aku. Eheheheh. Kasut RAYA dah beli ke? Kuih RAYA dah buat? ke kawan-kawan beli kuih tunjuk je?
Di kesempatan ini, aku nak menyusun 10 jari, meminta ampun andai ada entry, kata, perbuatan aku yang menyinggung hati kawan-kawan. 0-0 ok!. Buat kawan-kawan yang memandu balik kampung tu, hati-hatilah yer. Biar lambat asal selamat. Tapi janganlah pandu lambat sangat macam makan angin pulak ye. Sentiasa ingat keselamatan orang di dalam kereta dan orang di kampung yang menunggu kepulangan kita.
Akhir kata, jangan lupa duit RAYA untuk aku ye.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Yang Benar,
Faizah
10.28.05 (10:45 am) [
edit]
5
Comments
Tujuh perkara
Jalan-jalan baca blog, nampak nama aku di tagkan oleh
Kadok dan
Aash. Nasib baik tengah rajin nak buat. ehehehe
[b]Soalan 1--Seven Things I Plan To Do Before I Die:[/b]
1.Mintak maaf dengan semua orang
2.Buat amalan banyak-banyak
3.Pergi haji dan umrah, mudah-mudahan
4.Pergi Europe (nih memang berangan habis nih)
5.Kerja bagus-bagus, dapat gaji hebat-hebat supaya boleh kasik mak dan abah duit banyak-banyak, mudah-mudahan
6.Nak kahwin dan merasa jadi ibu
7.Nak anak ramai, ehehehehe
[b]Soalan 2--Seven Celebrity Crushes:[/b]
1.Prince William (dia ni celebrity ke??)
2.Tom Wellington, tak tau la betul ke tak nama dia, tapi dia hero SmallVille, Clark Kent
3.Hero Superman jugak, nama dia Dean apa ntah.
4.Fahrin Ahmad :lol:
5.Ajay Devgan
6.Dang Jong Gun, ni pelakon Korea ni.
7.Mustapha Kamal :lol: :lol:
[b]Soalan 3--Seven Often Repeated Words:[/b]
1.Assalamualaikum
2.Biar betik
3.Weih
4.Hi
5.eheheheh
6.ye ye ye ye
7.Nak raya, nak raya
[b]Soalan 4--Seven Traits I Look For In The Opposite Sex: (aku paling tak suka soalan ni)[/b]
1.Tak berasap, tak merokok la tuh
2.Talkative
3.Pandai buat lawak
4.Beriman, boleh jadi imam nanti.
5.Tak tinggi sangat :lol:
6.Pembersih
7.Pandai, rajin, suka masak
[b]Soalan 5--Seven People This Tags Goes To:[/b]
1.
Zie2.Siapa-siapa yang rajin nak buat tu dipersilakan ler buat. eheheh
10.28.05 (8:10 am) [
edit]
0
Comments
motor
Malasnya nak balik. Semenjak bulan puasa ni, lain macam traffic jam. Office hour aku bulan puasa ialah 9-4.30. Kalau keluar lambat skit 4.30, alamatnya dekat sejam lebih jugak duduk memandu.
Bila kereta terkandas dekat jalan raya, mulalah berangan teringin nak naik motor. Boleh selit-selit, tak payah membazir masa dekat jalan raya. Boleh keluar lambat. Paling penting, maintenance motor tak seperti kereta. Minyak pon kurang.
Aku suka tengok perempuan naik motor. Kagum, tabik!. Kagum sebab mereka berani menunggang motor dekat tengah-tengah kota yang jalannya sibuk sentiasa. Aku suka skuter. Sungguh sesuai kalau perempuan macam aku bawak.
Pernah aku suarakan cita-cita aku nak bermotor dekat officemate aku. Jawapan pertama yang aku terima setelah terluahnya angan-angan " Faizah ni kaki sampai ke nak bawak motor tu??"
Err, err. Naik Ex5 pun kena jengket kaki. Ahhhh, lupakan je.
10.24.05 (3:02 pm) [
edit]
5
Comments
air
Bila bangun sahur, air takde. Dah 2 hari macam ni. Hari pertama, basuh pinggan macam main masak-masak. Nasib baik ada air tangki. Boleh jugak mandi. Nasib baik air ada semula bila naik matahari. Tapi airnya keruh.
Hari kedua bangun sahur pon begitu juga. Air takde. Keruh sangat air. Tak lalu nak dibuat kumur mulut.
Mak cakap "Lagi jernih air kencing dari air tangki". Erkk, tapi sejernih air kencing, tak boleh dibuat kumur jugak.
10.20.05 (10:38 am) [
edit]
6
Comments
...
Aku mimpi yang pelik-pelik sejak kebelakangan ni. Antara mimpi yang paling aku ingat. Aku hantar surat perletakan jawatan aku dekat kerani office dan keesokan harinya aku memulakan kerja baru dekat company yang rata-rata staff company tu adalah kawan aku masa sekolah menengah dulu. Pelik-pelik.
Kerja dekat company baru ialah memburu orang jahat dan masukkannya ke dalam lokap. Tapi bukan polis. Uniform aku ialah seluar, baju dan jaket kulit colour hitam. Setiap seorang staff diberi motosikal berkuasa besar yang kegunaannya untuk memburu penjahat. Tapi dalam mimpi aku tu, aku bonceng motor dengan kawan aku, pasal takde lesen.
Tapi aku kerja situ sehari je. Sebab gaji dia rendah dari gaji yang lama. Keesokan harinya aku kerja balik office lama. Nasib baik kerani office belum lagi menyerahkan surat perletakan jawatan dekat boss. Heh, pelik pelik.
Tapi yang paling best, masa kerja macam polis tu, aku dapat tangkap seorang penjahat. Ntah apa-apa jek.
Penat la mimpi-mimpi ni, bila bangun tidor mengantuk ya amat.
10.18.05 (7:49 am) [
edit]
9
Comments
puasa ke tak?
SMS yang aku dapat:
[i]Hai! ASkum, pose x ari ni?[/i]
Tu salah satu dari beberapa SMS yang aku dapat menanyakan aku puasa ke tak hari ni. Dekat YM pon ada orang tanya jugak. Puasa ke tak. Aiseh, mentang-mentang perempuan ni ada cuti sakitnya. Asyik tanya cuti ke tak je.
Aku puasalah!
:roll:
10.14.05 (12:44 pm) [
edit]
4
Comments
Khamis
Pagi ni satu keluarga tak bersahur. Mak terjaga untuk bersahur, dah panaskan lauk semua. Dia ingat masa tu pukul 4.45 a.m. tapi rupa-rupanya pukul 5.45 a.m.
Hari ni big boss dari UK sampai. Err, muka dia macam serius jek. Terkedu pulak tengok muka macam tu. Lagi best boss kat Malaysia ni, asyik buat lawak.
Dalam perjalanan ke office, ada berita pasal gempa bumi di Pakistan. Bantuan lambat sampai sehinggakan ada sesetengah rakyat terpaksa makan rumput untuk lapik perut. Kesiannya. Syukur Alhamdulillah Malaysia jauh dari segala bentuk bencana alam yang besar. Makan pakai semua cukup. Oh Malaysiaku!
10.13.05 (8:06 am) [
edit]
5
Comments
Hari ini

Hari ni rasa mengantuk sangat. Kerja kat office takde. Tengah tunggu data sampai baru boleh sambung kerja.
Semalam berbuka puasa, Alhamdulillah, mewahnya makan. Rezeki, rezeki.
10.12.05 (10:22 am) [
edit]
2
Comments
Semalam
Tukang jual 1: “Kami dari ***. Sekarang nih promosi bla.. bla…bla…Boleh jumpa dengan boss?”
Aku : “Boss takde.” (**sambil senyum, aku taknak bukak pintu besi, dia bercakap seperti aku dalam kurungan)
Tukang Jual 2: “Ada business card tak?”
Aku: “Takde” (**tersenyum lagi, aku jawab pendek-pendek dengan harapan mereka faham yang aku tak berminat, sebenarnya ada lagi beratus business card aku dalam laci)
Tukang Jual 1: “Contact number boss ada tak?”
Aku: “Boss maternity leave, lagi pon saya tak berani nak bagi contact number dia.” (**senyum manis lagi. sebenarnya boss lagi satu ada, tapi outstation ke Langkawi).
Tukang Jual 1: “Takpelah macam tu, nih brochure" (**sambil hulur melalui pintu besi), "kat situ ada contact number saya.”
Aku: “Ok” (**bagus!)
Tukang Jual 2: “Betul ke takde business card? Ni company baru ke? Bila start kerja sini?”
Aku: "Aaaa, baru tak baru sangat la, adela waktunya" (**erk!!!, tak puas hati lagi ke?)
Tukang Jual 1: “Ok, Takpe. Kalau berminat nanti contact saya. Terima Kasih.”
Aku: “Sama-sama”(**maintai n senyum)
Errkk!!!!, macam manalah pahala puasa aku bila menipu macam nih.
10.11.05 (1:40 pm) [
edit]
6
Comments
Isnin
Sakit dada dan perut sebab batuk yang berkokok nih. Haha, macam ayam pulak.
Aku dari tadi try nak upload lagu raya kat blog nih. Sakan ek, baru 6 hari puasa. Tapi kena cari domain yang berbayar untuk save lagu Siti. Hmm, takpelah macam tuh. Tapi otak aku dok rewind lagu raya Siti ni - Bila Raya Menjelma. :twisted:
Sebelum terlupa:
Selamat Hari Jadi buat [b]Ezura[/b]. Eheheh, sorry lambat. Sebenarnya birthday Ezura 8/10. Tapi masa 8/8, aku dah ter'wish' awal. :lol: Aku tersalah set reminder kat handphone. Anyway, moga diberkati umur dan dimurahkan rezeki olehNya. Ayat biase -- bila kawin nanti jangan lupa kadnya.
Kejap jek dah pukul 2. Bila boss takde cepat je masa berlalu. Pelik bin amazing.
10.10.05 (12:08 pm) [
edit]
2
Comments
Puasa
Sampai hati Along dan Ikin menuduh aku. Aku rasa aku tak bersalah. Takde bukti pon yang aku melakukan perkara itu. Dah takdir tuhan nak bagi terima je la. Tapi janganlah aku yang dipersalahkan atas apa yang terjadi. Kesian aku sebab dituduh sebagai penyebab Along dan Ikin kena selsema.
Hehehe, padan muka mereka. Tapi semalam berbuka tibai minum ais jugak. Ape la!
Aku jumpa artikel ni masa dekat internet
[i]
Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.
Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.
Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok
Fasa-fasa puasa yang berjaya: Fasa pertama (2-3 hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu. Fasa ketiga (14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.
Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik
Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)." , [/i]
hmmm, patutla selsema aku tak baik-baik lagi. Agaknya toksin dalam badan tengah dok keluar.
10.07.05 (12:51 pm) [
edit]
4
Comments
Solat Tarawih
Solat Tarawih bererti solat yang merehatkan. Bersesuaian dengan namanya, umat Islam tidak seharusnya mengerjakannya dalam keadaan kelam-kabut atau tergopoh-gapah semata-mata ingin cepat selesai. Sebaliknya, orang yang menunaikan solat sunat Tarawih dalam keadaan kelam-kabut akan hilang penghayatan dan khusyuk. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah sebagai ‘pencuri’.
Rasulullah bersabda bermaksud, "Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka." Maka sahabat pun bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri daripada solat?" Maka Rasulullah menjawab: "Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud (iaitu mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah)." (Riwayat Ahmad, al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah).
---hmm, patutlah semalam macam tak khusyuk je. Ngantuk punya pasal---
10.07.05 (10:55 am) [
edit]
0
Comments
Malu
Terjadinya perkara yang memalukan hari ni. Adoiiii, menyesal sungguh. Malunya yang teramat sangat. Kalau lah boleh masa tu diputar, aku taknak offerkan diri drive kereta aku. Adoiiii
10.06.05 (12:51 pm) [
edit]
5
Comments
...
Ya Allah, sejuknya. Rasa macam nak demam
Sejuknya, hidung tersumbat. Hingus makin pekat.
Sejuknya, batuk makin kerap.
Arghhh....
10.05.05 (1:51 pm) [
edit]
4
Comments
Iklan
Iklan yang tak logik.
1. Iklan shampoo. Terutama part yang mana rambut tu ditiup angin. Nyampah pulak aku tengok. Tuh semua taktik teknologi komputer. Berkilau camtuh? sungguh tak logik.
2. Iklan Court* M*****. Hehe, memang bisnes Court* beli dan bayar kemudian. Tapi takkan beli ikan kat pasar, beli dan bayar kemudian? Takkan nak tunggu selepas 6 bulan baru bayar? Makanan tuh, tak elok hutang.
3. Iklan pampers budak. Kalau tumpah air, pampers boleh serap tumpahan air. Nih lagi tak logik, kalau air tumpah, biasanya mak bapak yang kena lap air tumpah dan bukan pampers. hihi
4. Iklan kicap kot. Yang atok dan nenek boleh tolak kereta ke depan, isterinya boleh menyelit masuk ke dalam kereta (sebab kereta dah dihimpit kiri dan kanan) dan anaknya dengan cepatnya memasukkan barang ke dalam bonet. Hehe, power betul masing-masing lepas makan kicap.
Apa lagi ek. Tak ingat pulak. Tapi kalau bulan puasa ni, kurangkanlah iklan makanan :D hihi.
Tak sabar nak tengok iklan raya.
10.04.05 (1:47 pm) [
edit]
3
Comments
...
Pada saat ini, aku takut. Andai kata perkara yang aku tak suka, terjadi kepada aku. Apa yang aku cakap, terkena batang hidung sendiri. Arghhh
Tiba-tiba terfikir.
10.03.05 (3:06 pm) [
edit]
2
Comments