Jumaat yang lain

Puasa mungkin bermula Rabu minggu depan. Tapi macam-macam orang dah promote kuih raya. Alahai, sabar je la. Kawan aku, officemate dia jual Biskut Mawi. Biskut biasa je, ada kacang. Eleh, biskut kacang la tuh kan. Tak pasal-pasal Mawi dapat nama. Aku gelak jek bila dia dipaksa beli biskut tu.

Malam esok, Selangor akan menentang Perlis untuk final Piala Malaysia. Aku sokong jek Selangor, pasal aku duduk Selangor hehe. Sebenarnya, aku tak berapa mengikuti perkembangan bola. Sebab aku tak minat pon hehe. Tapi aku tengok perlawanan bola kalau tu game final dan kalau ade World Cup. World Cup best sikit, pasal macam-macam ada.

Aku baru tahu maksud ‘offside’. Tu pon aku tanya kawan aku. Minggu lepas masa game Selangor vs Perak aku tanya Abah, Abah explain sekali. Aku tak faham, bila tanya kali kedua, Abah dah malas nak layan. Heh, pity me.

Ehh, cepat aje dah Jumaat balik. Malam ni sedara Abah dari Melaka nak datang. Jeng jeng jeng, esok ada special makan-makan. Mak Long (kakak Abah) nak masak lauk asam daging special. Bahan-bahan semua dibawa dari kampung. Walhal Mak baru masak lauk tu minggu lepas. PEH, sedap.

Panjangnya aku update. Ok tutup karangan.

Tblog

Kenapalah dengan layout tblog ni.

Tolong la admin, jelitakan semula tblog ni.

Ni yang rasa nak tukar blog ni.

Pisau Cukur

Selasa malam tu Mak berpesan "Cari suami esok biarlah dia yang bertanggungjawab, bagi nafkah yang cukup, bimbing ke jalan yang betul".

Aku dah tergelak-gelak "Apsal Mak tiba-tiba jek ni".

Sambil basuh pinggan "Mak tengok cerita 'Apa-Apa ajela' yang kt tv3 tuh, topik hari ni pasal Pisau Cukur. Yang telefon semua perempuan, cakap diorang kene cukur. Sampai tergadai kereta, duit simpanan semua".

Aku gelak-gelak lagi.

Mak sambung "Zaman sekarang bukan perempuan yang kikis duit, lelaki yang kikis duit perempuan. Kau tu pandai-pandai la esok".

Aku diam jek. Dalam hati "aiyak, susah betul nak cari calon".

Jin, badak dan monyet

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam...

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah""

.

Boss aku dijangka bersalin bila-bila masa sahaja. Sedang aku menaip entry ni, dia sedang bercerita pengalaman bersalin anaknya yang sulung dekat officemate yang lelaki. Ngee, cam seram jek.

Jumaat dah, happy weekend semua.

Penilik Nasib

Beberapa minggu lepas, datang seorang lelaki berjambang dengan turban di atas kepalanya. Semenjak kejadian handphone kena curi, pintu grill diarahkan berkunci sepanjang masa. Dia nak masuk office, aku tak bagi. Aku suruh dia cerita apa yang dia nak jual. Aku ingat dia nak jual barang, rupanya dia nih pandai tilik nasib. Siap keluarkan business card dia lagi, Fortune Teller.

Beria-ia pujuk aku, nak tilik nasib aku. Minta aku kertas dan pen untuk melukis. Aku tak bagi sebab aku tak berminat nak tahu. Bila dengar aku tak berminat, pandai pulak dia cakap “ Saya tengok kat wajah awak ada 3 happiness. 2 anda dah capai, lagi satu bakal mendatang, awak bagi saya pen dan kertas biar saya tunjukkan dekat awak. Sebab rugi kalau awak lepakan peluang ni”. Duh, tergelak aku. Aku tanya dia, ada bayaran tak. Dia cakap, bayar seikhlas mungkin. Seringgit tu pada aku dah ikhlas dah. Dia cakap paling minimum RM10. Ceh!.

Lama jugak la aku nak menghalau orang tu. Berubah muka dia bila aku berkeras taknak tahu masa depan aku. Memang aku tak mahu tahu. Tak suprise hidup.

seringgit

Aku beli roti coklat RM0.50 sebagai sarapan pagi. Takde duit syiling, aku bagi duit paling kecil yang aku ada, RM10. Dia pulangkan aku Duit kertas RM5, 4 keping syiling seringit dan sekeping lima puluh sen. Aaaa, berat poket.

Bukan ke peniaga tak boleh pulangkan baki syiling seringgit kepada pelanggan. Yang aku pon satu, apsal tak mintak duit lain. Ceh.

M

Penyakit M dah melanda. MALAS nak update blog. Semalam dah taip panjang-panjang dah, bila nak publish, tblog buat hal. Nanti-nantilah.

Crying

I was alright for a while
I could smile for a while
Then I saw you last night
You held my hand so tight
As you stopped to say hello
You wished me well, you couldn't tell

That I'd been crying over you
Crying over you
Then you said so long
Left me standing all alone
Alone and crying

Crying, crying, crying, crying,
Crying, over you


Aku suka lagu ni. Pendek je lagunya. 1:40 minit. Dendangan Carrie Underwood. Kerja sungguh banyak. Aku terpaksa ambil alih tugas officemate yang accident tu. Takpe, takpe. Masa ni la aku nak belajar dengan jayanya.

Tiba-tiba rasa malas nak balik rumah, mesti jalan jem teruksss. Boring betul la asyik traffic jam. Aku rasa nak duduk luar bandar jek.

...

Training untuk 3 hari. Mengantuknya. Lepas nih bermulalah minggu sibuk.

Hari ni makan laksa lagi. SEdap sebab orang belanja makan.

...

[b]RAMBUT[/b]

Tengah hari semalam tiba-tiba teringin nak makan laksa (macam mengidam pulak). Aku diarah bayar RM3.00, extra 50 sen dari selalu. Sabar je la. Tapi sebab teringin sangat nak makan, tak kisah lah. Bau laksa sungguh menyelerakan. Sampai ofis, salin laksa dalam mangkuk, terus makan. Tengah menikmati keenakan laksa, aku terjumpa sehelai rambut. Aaaaaa, dah separuh makan. Tension betul. Terus aku hentikan suapan. Tertutup selera.

[b]SURAT CINTA[/b]

Dalam perjalanan pagi tadi, dengar Topik Pagi Era berkenaan ‘Surat Cinta’. Aku takde pengalaman cinta-cinta ni. Mak yang dengar menambah, masa zaman dia dulu-dulu, bila dapat surat cinta, asyik-asyik baca surat. Duduk-duduk takde buat apa-apa, baca surat cinta. Bila posmen datang kampung, asyik tanya ada tak surat untuk Mak. Ehehehe, lupa nak tanya, surat dari Abah atau surat dari orang lain. :lol. Tapi bak kata KnK, lagi best kalau pendengar yang telefon cerita pasal surat cinta masing-masing dan akhirnya kahwin dengan orang yang dia berutus surat.

nescafe

Kalau hari kerja, sarapan aku seperti biasa nescafe susu panas. Tetapi hari ni, sarapan aku air kosong dan 3 biji gula-gula. Gula-gula yang aku dapat masa pergi kenduri kahwin adik Zie. Nescafe dekat office dah habis. Aku tunggu boss belikan nescafe. Aku kedekut taknak belikan nescafe. Nanti aku tak sampai hati nak claim harga nescafe tu.

Kedekutnya aku! :twisted:

Duit

Popular betul syiling seringgit. Menjadi sebutan di dada akhbar, kedai mamak dan bank negara. Kaya betul poket aku dengan syiling emas, tokei asyik pulangkan duit RM1 sebagai baki. Berat dompet. Aku pulak habiskan duit emas dekat tol.

Lepas ni, mana-mana pasar raya yang guna troli berduit ni kena tukar strategi. Cabut aje alat pencucuh syiling tu. Beri pelanggan menggunakan troli secara percuma.

Bosan

Bosannya duduk berseorangan dekat office ni. Dah tiga hari macam ni. Takde kerja rasmi, tugas aku hanya jawab telefon dan ambil pesanan. Boss masuk sekejap sekejap je. Yang lain, cuti bersalin, isteri bersalin, cuti berjalan, cuti accient dan kerja luar. Huuuu, sedihnya.

Tambah-tambah lagi toilet office takde air. Terpaksa punggah air dari pantry. Nasib baik perut sihat hari ni. Huhuhuh, nih yang rasa nak balik rumah nih.

Bila macam ni, aku rasa aku nak pergi bercuti. Makan angin, cuci mata. Aku rindukan laut, dah lama tak pergi laut.


cerita semalam



Semalam masa lepak minum bersama rakan-rakan di sebuah gerai, datang seorang peminta sedekah. Lelaki, berjambang, berkopiah, baju lusuh(tapi masih kemas) dengan senyuman manis di bibir.

Tanpa berkata apa-apa, meletakkan 2 keping kad yang tertulis ayat suci Al-Quran di atas meja. Lepas tu, tadah tangan berdoa dan membaca surah An-Nas. Aku dan member-member terpinga-pinga. Cepat-cepat aku keluarkan purse. Alamak! takde duit kecil. Cari bekas syiling aku. Ambil je berapa yang ada. Aku hulurkan dekat lelaki tadi.

Terus berubah muka lelaki tu bila aku hulur duit syiling. Dia masukkan duit kedalam poket. Ambil balik 2 keping kad yang diletakkan atas meja tadi. Beredar ke meja lain pula.

Kawan aku, "Ek ene, dia ambil balik la pulak kad tu"

Hmm, macam-macam. Sepanjang hampir 2 jam duduk berbual di situ. Kami didatangi oleh 3 orang peminta sedekah. KL terlalu ramai peminta sedekah. Kalau buta atau kudung aku tak kisah sangat. Tapi yang aku lihat rata-rata peminta sedekah cukup sifat. Mampu untuk bekerja mencari rezeki. :roll: hmmm

....

update

Lama ye aku tak update. Aku cuti Selasa sampai semalam. Abah tanya, kenapa aku tak cuti seminggu terus. Aku jawab aku sayang cuti. Lagi 15 hari je tinggal. Nak simpan untuk cuti raya. Tahun ni aku nak beraya sakan.

Isnin baru-baru ni, officemate accident. Naik motor berlanggar dengan kereta. Kereta tu berhenti sebab kehabisan minyak. Agaknya officemate tak dapat mengelak, terlanggar sisi kereta. Kaki kirinya patah. Lutut masuk besi. Seriau tengok. Syukur nyawanya masih dipanjangkan Allah.

Aku taknak cerita pasal merdeka. Aku tak menyambutnya. Malamnya merdeka aku duduk dekat rumah je. Tak nampak bunga api, tak nampak jalan jem, tak nampak orang ramai. Cuma aku bersyukur, dapat hidup di bumi Allah yang aman damai, jauh dari peperangan. Merdeka dari jajahan. Maju dengan pembangunan.