Tol
Aku bukan nak cerita pasal tol Sammy Vellu yang ada ura-ura nak naik tu. Ni tol yang orang kenakan masa kahwin. Yang mana, saudara mara mintak tol sebelum pengantin lelaki bersanding.
Masa aku kecik-kecik dulu zaman sekolah rendah, bila ada saudara mara buat kenduri kahwin, muka aku ni akan dipanggil jadi tol. Dekat kampung, selalu ada dua tempat kena tol. Dekat pelamin (sebelum naik pelamin) dan lagi satu depan pintu (sebelum masuk rumah). Kampung Abah dekat Melaka, rumah kampungnya penuh dengan anak tangga. Lagi banyak anak tangga, lagi ramai orang mintak tol. Kesian pulak bila nengok pengantin yang control gelabah.
Kalau diteliti, macam menyusahkan pulak adat bagi tol ni. Dah tambah satu kerja kena menyediakan duit untuk tol. Selalu duit tol tak banyak, seringgit seorang. Tapi bila bab tol-tol ni, meriah, riuh mulut-mulut mengusik.
Zaman dah besar ni, adat tol dah tak dipraktis lagi. Pengantin datang, bersanding, bergambar, terus pergi makan beradat.
08.26.05 (1:37 pm) [
edit]
8
Comments
Kamera
Lambat lagi sampai ke office. Sokmo jalan jem. Agaknya kat KL ni semua roti dah habis untuk sapu jem.
Apa aku ngarutkan ni...
On the way tadi, aku baru perasan. Ada 3 ketul kamera tercongok atas lampu sepanjang jalan aku ke office.
Ngeee, takut je dapat surat saman nanti.
08.24.05 (7:47 am) [
edit]
2
Comments
Biasa dan tidak.
Pagi ini MRR2 sesak seperti biasa. Tapi aku tidak kisah sangat. Hari-hari bekerja macam ni la sesaknya. Dah biasa, kata orang.
Cuaca cerah, Alhamdulillah. Dari jauh dah nampak bangunan KLCC dan Menara KL. Pemandangan yang dah biasa.
Kiri kanan, depan belakang. Penuh kenderaan bergerak menuju ke destinasi masing-masing. Dah biasa.
Tiba-tiba, pemandu kereta depan campak kotak rokok ke luar, nyala lighter dan jadi naga. Oh tak biasanya.
Nak je aku turun dari kereta, kutip balik kotak rokok tu dan campak balik masuk ke dalam kereta naga itu. Biasa dia buang sampah merata-rata.
08.22.05 (9:43 am) [
edit]
4
Comments
Panggilan
Jiran A baru melahirkan seorang puteri. Sekarang tengah pantang bersalin. Muda lagi jiran A, sebaya dengan Along. Jiran B pula isterinya baru bersalin juga, tengah pantang. Umur Jiran B mungkin sebaya dengan Abah atau tua lagi dari Abah.
Jiran B: Dah selamat yer bersalin, baby ape?
Jiran A: Alhamdulillah, 2 minggu dah. Baby perempuan. Baby Atok sihat?
Jiran B: Baby sihat. Janganlah panggil Atok, panggil Uncle.
Jiran S: *senyum*
Dulu pernah ada orang yang tua lagi dari aku panggil dia pakcik, tapi dia marah. Katanya panggil dia Abang.
Macam-macam.
Anak-anak jiran panggil aku dengan nama Mak aku, "Cik Awie". Adik-adik aku pun diorang panggil nama Mak juga. Glamour betul Mak.
08.19.05 (2:39 pm) [
edit]
1
Comments
Parti
Tadi ada parti sempena seorang officemate yang akan mula cuti bersalinnya minggu depan. Tak sangka pulak ada parti sambut cuti. Officemate berkenaan akan bercuti selama 6 bulan. Kenapa bukan 3 bulan cuti bersalinnya? aku pon tertanya-tanya jugak. Rupa-rupanya, format cuti officemate tu ikut standard UK. Ngeeeee
Yang bestnya tadi dapat makan lempeng kelapa.
08.19.05 (12:10 pm) [
edit]
2
Comments
Ralat
Thanx to
Zie, tajuk cerita tu bukan Masih Ada Cinta, Dalam Hati Ada Cinta, pukul 10.30 malam.
Zie lagi hafal
:lol:
Keliru betul, dekat TV3 banyak betul Cinta, Masih Ada Cinta, Dalam Hati Ada Cinta, Mencari Cinta.
08.18.05 (9:20 am) [
edit]
6
Comments
TV
Semalam, berderet-deret cerita best dekat TV. Bermula jam 8.30 malam, aku layan cerita Full House. Drama Korea yang hero dan heroin dia sungguh cute. Pukul 9 tepat tukar siaran, tengok Mencari Cinta. Pada aku cerita ni best, lawak juga tengok gelagat peserta. Pukul 10 pulak kuiz sempurnakan harimu. Aku dengan Mak berlumba siapa dapat jawab dulu. Puas mak gelakkan aku sebab aku asyik salah jawab.
10.30 malam, desperate housewife, tukar-tukar siaran, sebab pada waktu yang sama aku nak tengok Masih Ada Cinta. Cerita Masih Ada Cinta ni paling suka tengok masa intro jek. Part yang mana Ellie Surianti cakap pasal definasi cinta. Aku dengan adik-adik gelak part ni. Malam ni ada lagi Masih Ada Cinta. Mesti dah boleh hafal dialog tu.
Lebat hujan, Alhamdulillah. Lepas ni mesti kereta berkilat.
08.17.05 (3:11 pm) [
edit]
3
Comments
Isnin
Masa Lembah Klang dibanjiri Jerebu, kawan aku di Penang dengan bangganya berkata "Bestnya dapat hidup udara segar dekat Penang" "Penang best, jauh dari Jerebu". Semalam bila baca surat khabar, angin meniup banjir jerebu ke Utara, aku teringatkan kawan aku dekat Penang tu. :lol: :lol:
Sabtu lepas aku teman Mak cari kain untuk baju raya. Ada satu kain tu diberi nama "Spendex".
08.15.05 (11:17 am) [
edit]
4
Comments
AP
AP - Approved permit
AP - Ayah Pin
AP - Air pollution
Berkait-kait AP ni yer. Esok Sabtu, ingat nak berehat-rehat di rumah. Tapi, Mak awal-awal dah ajak pergi cari baju raya dekat Jalan TAR. Alasan Mak, nanti kalau lambat, Cik Nani the tailor dah taknak terima tempahan.
Adeh deh deh, malas betul la. Dengan jerebu macam ni. Asap busuk. Dekat office keluar lunch, tapau. Balik office tudung, baju semua bau asap. Ngeeeeee, macam duduk tepi unggun api.
Semalam tunggu announcement darurat, macam tunggu announcement nak raya pulak. Tapi Pelabuhan Klang dengan Kuala Selangor je darurat. Duduk kt Melawati ni pon boleh tahan jerebu dia. Patutnya, satu Gombak patut kena darurat jugak ni.
Pagi tadi, jalan tak sesak. Mesti ramai cuti sebab jerebu. MC ramai la kot. Awal aku sampai office hari ni.
Dahlah. Happy
Jerebu Weekend semua.
08.12.05 (9:45 am) [
edit]
8
Comments
Jerebu

Jerebu ohh jerebu
Pandang ke luar nampak kelabu
Hirup nafas busuk berbau
Seperti terbakar kain baju
Jerebu oh jerebu
Bukan jerebu dekat Jelebu
satu Malaysia banjir jerebu
takut nanti demam dan lesu
jerebu oh jerebu
kalau darurat bestnya aku
duduk rumah peluk bantal kekabu
sambil tengok ceramah mat sabu
jerebu oh jerebu
mari aku nak beritahu
beringatlah kita sepanjang waktu
ini ujian dari yang SATU
08.10.05 (2:21 pm) [
edit]
1
Comments
Update
Ada orang komen pasal entry aku bertarikh 4 Ogos 05 [2:42 pm] Khamis. Orang tu cakap poem aku sucks. Aku dah delete dah komen tu. Suka hati aku la nak rhyme ke tak. Ada aku cakap tu poem? Ni blog aku, tempat aku menulis, tempat aku menceceh, tempat aku meluahkan apa yang aku rasa aku nak tulis. So ikut suka akulah.
========================= ========================= ==
Aku takde idea nak update blog. Idea aku sekabur jerebu dekat luar. Teruk betul jerebu hari ni. Duduk office ni pon boleh bau asap. Pandangan mata aku nampak warna kuning jerebu je ni. Jerebu-jerebu. Nanti kalau datang idea, aku buat poem jerebu. (kang ada orang kata lagi entry aku sucks).
Apa-apa je la labu.
08.09.05 (1:07 pm) [
edit]
5
Comments
Penat
Peningnya kepala, tak cukup rehat kot. Weekdays pergi kerja, sampai rumah dah tak nampak matahari dah. Weekend pulak busy. Ada aje benda kene buat. Dah lama weekend tak duduk rumah bermalas-malasan. Penat.
Minggu lepas dan minggu-minggu yang sebelumnya, sibuk pindah rumah. Berulang-alik Semenyih-Cheras. Weekend baru ni, aku pergi Kluang, officemate kahwin.
2-3 orang geng ajak keluar. Nak lepak-lepak, jumpa-jumpa. Minta maaf kawan-kawan. Tunggu ada masa ye. Maaf terpaksa mungkir janji.
hmmmm....
08.08.05 (11:54 am) [
edit]
2
Comments
Risau
Aku risau,
Risaunya Aku,
Tak tentu rasa perasaan ini,
Nak cerita,
Tapi tak reti,
Apa nak jadi,
Kalau ianya betul-betul terjadi,
Fikir-fikir,
Tiada kesudahan,
Redah aje, tawakal,
Moga Allah murahkan rezeki.
08.04.05 (1:42 pm) [
edit]
2
Comments
Naik, naik dan naik..
Tarif elektrik akan naik -- Kadar baru tidak bebankan pengguna berpendapatan rendah
Oleh FAUZI JAAFAR
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Kerajaan akan mengumumkan struktur baru kadar tarif elektrik dalam tempoh terdekat ekoran kenaikan harga minyak dunia.
Bagaimanapun, kerajaan memberi jaminan kadar baru itu [b][i]tidak akan membebankan pengguna berpendapatan rendah dan pengguna berhemat.[/i][/b]
-----------(ye ke???????)
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik memberitahu, kadar tarif elektrik negara tidak disemak semula sejak 10 tahun lalu.
Tarif elektrik yang rendah sekarang, katanya, menyebabkan [b][i]ada orang kaya memasang pendingin hawa di stor rumahnya, tempat menyimpan wain dan cerut.[/i][/b]
------------(tu orang kaya, orang yang tak kaya macam aku ni, nak pasang kipas pon pasang no 1 je)
"(Kadar tarif baru itu akan diumumkan) secepat mungkin, [b][i]tidak mungkin pada tahun hadapan kerana ia terlalu lama[/i][/b]" kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Perkembangan Kompetensi dan Keselamatan (CDP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
------------(grrrrrrr)
Keng Yaik menjelaskan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) telah pun menyerahkan cadangan struktur baru kadar tarif elektrik dan kerajaan sedang menelitinya.
Pada 31 Julai lalu, kerajaan mengarahkan semua pejabat kerajaan menjimatkan penggunaan alat pendingin hawa.
"Kabinet memutuskan supaya semua pejabat berhawa dingin diarahkan supaya meningkatkan suhunya sedikit supaya jimat tenaga, sebagai sebahagian daripada proses menjimatkan kos" kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Fong Chan Onn.
TNB menghantar cadangan tarif elektrik yang baru pada bulan Mei tahun lalu, selepas kejadian gangguan bekalan elektrik yang terburuk.
Kira-kira 65 peratus daripada janaan kuasa elektrik TNB diperoleh daripada gas.
Dalam pada itu Keng Yaik berkata: "Apa juga penstrukturan tarif bukan (bermakna) tarif naik. Nanti Fomca (persatuan pengguna) tanya. Kita (kerajaan) mesti lihat pada orang miskin dan berpendapatan sederhana yang hanya menggunakan cukup-cukup bekalan elektrik.
"[i][b]Tetapi pada mereka yang salah guna sehingga tiada hari esok, mereka mesti bayar lebih[/b][/i]."
-----------(sah-sah la bayar lebih, pasla dia guna lebih)
Kata beliau, penyemakan semula itu juga [i][b]supaya masyarakat lebih menghargai penggunaan tenaga elektrik.[/b][/i]
------------(sekarang pon memang dah hargai sesangat)
Sehubungan itu Keng Yaik meminta orang ramai terutama pihak industri seperti pengusaha hotel dan pasar raya menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
"Mereka (hotel dan pasar raya) ada alat untuk menjimatkan elektrik, tetapi tidak menggunakannya sebab harga elektrik yang rendah hingga boleh membazir" katanya.
Bekalan petroleum kata beliau, bukan selama-lamanya boleh diperoleh dalam negara dan jika tidak dijimatkan Malaysia mungkin terpaksa mengimport petroleum pada 2009 untuk membekalkan tenaga elektrik.
Menurut Keng Yaik, sebanyak 65 peratus janakuasa elektrik di negara ini menggunakan gas yang dibeli untuk menghasilkan bekalan elektrik bagi memenuhi keperluan negara.
Malaysia katanya, mendapatkan bekalan gas daripada Petronas dengan harga subsidi sebanyak RM6 bilion, jauh lebih rendah daripada harga pasaran.
Tambah beliau, penggunaan tenaga elektrik di negara ini sangat berlebihan sehingga disebabkan terlalu sejuk kesan daripada pendingin hawa, seseorang yang memasuki bangunan perlu memakai kot atau baju sejuk.
Beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat supaya menggunakan bekalan elektrik hanya untuk keperluan yang penting sahaja dan tidak membazir.
"[i][u]Kita ini seperti bakar duit[/u][/i], sedangkan duit perlu digunakan untuk benda-benda pembangunan lain seperti mengatasi masalah kemiskinan luar bandar, setinggan dan sebagainya" katanya.
-----------------(tahu takpe)
========================= ========================= =====
Grrr, geramnya. Semua nak naik. Minyak naik, tarif elektrik naik, harga barang mestilah naik, AyahPin pon naik(errr, ni takde kaitan).
08.03.05 (9:10 am) [
edit]
2
Comments