geram..eeee

Sumber Berita Harian

KOTA BHARU: Seorang nelayan tua dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen I, di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak lembam berusia 11 tahun tujuh bulan, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Rahman Yaakub, 59, bagaimanapun, terselamat daripada hukuman sebat kerana faktor usia yang lanjut.

Beliau dibenarkan ikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Hakim Mohd Yazid Mustafa ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, mahkamah mengambil kira pelbagai faktor termasuk perbuatan tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa yang rendah tahap pemikirannya.

“Mangsa pergi ke rumah tertuduh kerana berkawan dengan anaknya tetapi ketika itu anak tertuduh tiada di rumah.

“Ketika kejadian tidak berlaku unsur kekerasan dan pada siang hari, tertuduh mengambil kesempatan mempengaruhi mangsa yang kurang tahap pemikiran sehingga berlaku persetubuhan,” katanya.

Terdahulu, peguam bela Latifah Ariffin memohon hukuman ringan terhadap tertuduh berikutan keinsafan dan penyesalan yang ditunjukkannya terhadap kesalahan yang pertama itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Aida Farihan Mohd Nawi, dalam hujahnya memohon hukuman maksimum 20 tahun kerana akibat perbuatan tertuduh, mangsa mengalami trauma dan mengandung.

Katanya, janin dalam kandungan mangsa juga terpaksa digugurkan atas nasihat pakar kerana keadaan diri kanak-kanak itu yang tidak mampu berdepan keadaan terbabit.

========================= =================

Aku tak faham betullah. Sampai hati orang tu nak buat tak senonoh dengan orang kurang upaya macam tu. Eeeee, geram betul

Mencari Cinta

Sana sini orang bercerita pasal siri realiti TV yang baru Mencari Cinta. Masuk Forum Cari dan Melayu.com pon mesti ada topik ni. Geng Jurnal pon ada thread pasal mencari cinta. Rata-rata komen yang aku baca lebih kepada negative. Macam kejam pulak komen-komen pembaca. Sampaikan abg long Elly tampil membalas komen yang rata-rata mengutuk family perempuan.

Hmm, pada aku pulak, memanglah memalukan. Tapi ini kan salah satu cara untuk cari jodoh. Tak salah berusaha. Manalah tahu, jodoh Si Elly tu boleh dapat dengan cara macam tu.

Dah 2 minggu aku tak ketinggalan tengok cerita ni. Seisi keluarga menunggu depan tv sampai habis. Dah 2 minggu jugaklah, cerita Sembilu tak bersiaran di rumah. Mak memang ikut cerita Sembilu. Rugi Yusof Haslam kerana kehilangan seorang penonton setianya. Berjaya jugak cerita Mencari Cinta menarik perhatian Mak. Tu la, Datuk, lain kali jangan panjang-panjangkan cerita. Sila sudahkan cerita Sembilu.

happiness

Adegan

Merayau-rayau dekat Mines. Perut lapar. Aku, Yana dan Mak bergegas ke KFC. Yana beratur beli makanan. Aku dan Mak cari tempat makan. Ramainya umat. Semua meja penuh. Dapat juga meja yang mengadap tempat basuh tangan.

Sambil tunggu makanan sampai, tiba-tiba

Mak: Cuba tengok budak dekat tempat basuh tangan tu
Aku: Mana satu.
Mak: Budak laki tu, tengah cabut uban.
Aku: A,ah la.. ahahahahh. Sempat lagi tu, apsal tak carik kt rumah.
Mak: Eh, dia perasan kita gelakkan dia.
Aku & Mak: Control senyum.

Selepas budak tu berjaya cabut uban dia. Muka excited girang. Sambil senyum-senyum, kembali ke sisi awek yang sedang makan ayam.

Macam-macam...

SMS

Baru-baru ni, aku dapat banyak SMS yang menarik.

Salah satunya:

Semua mesin ATM diseluruh Negara akan dibekukan disebabkan bapa kepada nombor pin iaitu AYAH PIN telah melarikan diri.

Lagi satu:

Ada kasih mungkin tersisih, ada rindu mungkin terganggu, ada sayang mungkin terbuang, ada cinta mungkin derita, ada hati mungkin mati, tapi kalau ada daki, elok le pi mandi…dah mandi lom?

Tapi yang paling ntah apa-apa aku dapat:

,,,,,
(c ‘ ?
-<(“)>
Ya Allah Ya Tuhanku… Barang siapa yang tidak menelefonku dan tidak mengsmsku, KAU hilangkanlah handphonenya…AMIN…

Sabar je la

GADIS KL

GADIS KL

Siapa bilang gadis KL
tak tahu masak
tak reti menumis
tak reti menggulai

Kalaulah memang tak mungkin aku
tahu masak
kalulah sungguh tak mungkin aku disuruh
masak

ADUHAI...
cukup rasa lemaknya
serta manis kuahnya
sungguh likat karinya
keemasan warnanya

Diantara gadis-gadis seluruh dunia
tiada yang seterer masak
ohhh setere aku
skill memasaknya pandangan matanya...
air tangannya..
membuat aku terlena..



[b]Lirik asal Gadis Melayu. Aku tak mahir masak. Bila aku nak terror masak macam Mak ni?[b]

Network

Jam pukul 7.13 malam. Aku still lagi dekat office. Network office 'lumpuh'. Dah 2 hari aku stayback dekat office, merawat network. Nasib baik ada officemate ramai tolong sekali settlekan problem.

Aiseh. Moga problem khatam malam ni jugak.

Sesak

Hari ni aku sampai lambat ke office. Jalan sungguh sesak²², teruk²², jem²².

Hari ni aku habiskan masa dekat atas jalan raya je dekat 2 jam. Eeeeeeeee

Hujan

Semalam

Aku tengok langit. Kelabu nak hujan.

Aku tengok kereta. Kelabu cermin bertanda.

Basuh ke tak basuh.

Tengok sekali lagi langit. Tengok sekali lagi kereta.

Basuh je la. Vacuum sekali.

Hari ni

Aku tengok kereta.

Kelabu macam semalam sebelum dibasuh.

Redah je la.

Hujankan rahmat.

ketumbit

Kepala berdenyut-denyut sakit

Tekak berperit-perit sakit

Tanda demam mula nak terbit

Mata kiri terkelip-kelip sakit

Kelopak mata merah jambu menarik

Ohh, rupa-rupanya nak tumbuh ketumbit.

Awet Muda

Orang selalu cakap Mak nampak muda. Kalau orang nengok Mak, mereka tak akan percaya yang Mak dah ada anak-anak yang besar panjang. Yang kata Mak tu macam kakak aku pon pernah jugak.

Aku pernah tanya Mak, apa rahsianya. Mak cakap:

1. Makan banyak ulam-ulaman.
2. Rajin baca Al-Quran. Tapi janganlah tiba-tiba jadi rajin sebab nak nampak muda.
3. Kurangkan pengambilan minuman berais. Minuman berais ni tak elok sangat. Nanti badan cepat lesu.
4. Potong kuku, kukunya buang ke tanah.
5. Hati kena bersih.
6. Senyum sokmo.

Kalau dari muda amalkan petua-petua ni. InsyaAllah, kesannya kita boleh nampak masa umur dah nak masuk 30 an.

Lupa

Pagi Isnin

Seorang perempuan telefon minta sambungkan talian kepada Mr. XXX.

Mr. XXX tak masuk office pagi ni. Lalu perempuan itu minta nombor telefon Mr. XXX.

Aku tak ingat nombor telefon Mr. XXX, jadi aku minta nombor telefon perempuan itu supaya aku boleh telefon semula.

Sekarang aku sudah ada nombor telefon Mr. XXX.

Puas sudah aku dail nombor perempuan itu. Tapi talian asyik sibuk.

Baru aku perasan. Nombor telefon yang perempuan itu bagi serupa dengan nombor telefon office aku.

Aiseh, macam mana aku boleh lupa nombor telefon office sendiri. Patutlah macam kenal saja nombornya.

Bihun sup? Bihun soto? Soto?

Aku : Kak, saya nak bihun soto satu, air sirap satu
Kak : Bihun soto satu, sirap satu (arahan pada tukang masak

Tidak lama kemudian, bihun soto dengan sirap sampai. Terkedu sekejap aku.

Aku : Kak, ni bihun soto ke?? (dalam hati : akak ni dengar ke tak aku order ape tadi)
Kak : Yelah
Aku : Apsal ada nasi impit plak kak, saya order bihun soto.
Kak : Bihun soto la dik, bihun campur nasi impit. Kalau bihun sahaja tu nama dia bihun sup.
Aku : Lor, yer ker kak, Takpe la camtu (dalam hati : aik!aik!aik!, aku salah ke dia salah??)

Dah makan sesudu dua, datang balik akak tadi

Kak : Boleh dik?? Jangan keliru pulak
Aku : Dah makan dah kak. Ehehe kira bolehla tu.

Aku hairan betul. Setahu aku, kalau bihun soto tu, bihun + daging ayam banyak-banyak + sup. Kalau soto sahaja barulah nasi impit + daging ayam + sup. Kalau bihun sup pulak bihun + sup.

Aku malas nak argue dengan akak tu, perut dah lapar masa tu. Dia yang bukak kedai makan, agaknya dia lagi tau kot.

Pelik-pelik.

accident

Hari ni sampai office pukul 11 pagi. Lambat sebab aku pergi balai polis report accident pagi tadi. Sekarang hati aku remuk sama seperti remuknya kereta kesayangan aku :x
Huwaaaa :cry::cry:

Pagi tadi dalam perjalanan ke office, aku langgar lori. Lori tu hentam kereta aku dan kesudahannya, bumper belakang patah dan body kereta sebelah kanan bahagian belakang kemek!. Lori tu takde kemek apa-apa la pulak. Polis cakap aku salah. Ye kot, benda dah jadi, kereta dah kemek pon. Nasib baik tak kena saman.

Syukur Alhamulillah aku takde apa-apa. Lampu kereta tak pecah. Kereta pon sihat boleh jalan, Cuma ada cacat sikit la. Aku masih dalam keadaan terkejut. First accident aku :(. Errkk, second kot. Kalau nengok body kereta yang kemek tu rasa nak nangis je.

Kalau dapat putar masa, aku nak kembali pada jam 8.15 pagi hari ni. Pandu kereta berhati-hati. Baca doa naik kenderaan banyak kali.

...

Mak asyik nangis. Bila nengok mak nangis, aku dengan adik-adik sedih, nangis jugak. Weekend dipenuhi dengan air mata.

Ya Allah, sembuhkan penyakit Abah. Panjangkan umur Abah, kami tak puas lagi nak bermanja dengan Abah.