hilang

Pelik aku bila sampai office pagi ni. Semua staff yang masuk akan kunci pintu. Dulu main masuk je, tak kisah pon nak kunci balik ke tak pintu tu. Rupanya masing-masing fobia dengan kejadian semalam.

Semalam, ada dua orang lelaki datang. Main masuk je office. Tak ketuk pintu, tak tekan loceng. Pintu office pulak tak kunci. Seorang jual barang, seorang lagi curi barang. Hasilnya, seorang staff hilang handphone. Kesian, mesti tak dapat call awek dia yang kejauhan tu.

Aku cuti semalam, Pagi ni baru tau cerita. Seram jugak dengar, dah la meja aku dekat dengan pintu, harus orang berdua tu serang meja aku dulu. Aku ni pulak jenis meja penuh barang.

Kak Guard cuti sehari terus office hilang barang, heh.

Dinner? Shopping?

JJ Wangsa Maju ada buat sales untuk JJ card holder. Tapi clash pulak dengan office dinner.

Teringin sangat nak pergi membeli-belah. Purse dah koyak rabak ni.

Dinner, shopping, dinner, shopping, dinner, shopping, shopping, dinner????

Aku pilih makan free!

Impian

Dengar tak radio Era pagi tadi? Topik Pagi Era hari ini berkenaan dengan Impian yang sudah tercapai. Dalam banyak-banyak pemanggil dan sms yang dibacakan, paling aku ingat ialah seorang pemanggil lelaki ini. Impian beliau semasa berumur 21 tahun adalah berkahwin 4. Sekarang, pada umur 28 tahun, beliau sudah beristeri 3. Seorang lagi isteri, tercapailah impiannya.

Macam-macam ada!

Impian aku?? kebanyakkan yang aku impikan dah tercapai. Alhamdulillah.

eeeeee

Waktu kejadian: Pagi Sabtu
Tempat kejadian: Dapur

Mak tengah sibuk mengemas di dapur, aku tengah membasuh pinggan. Tiba-tiba datang seorang jiran

Jiran : Buat apa tu Cik Awie?
Mak : Tak, mengemas barang ni haa, baru balik dari pasar. Tunggu lori datang ke?
Jiran : Tu la nya, orang dah ramai. Lorinya tak datang lagi. Siapa tu Cik Awie?
Mak : Siapa siapa?
Jiran : Tu yang tengah membasuh pinggan
Mak : Ni la Angah.
Jiran : La... ye ke, anak yang nombor berapa? Ingatkan adik Cik Awie tadi.
Mak : Yang nombor dua. Ehehehe
Aku dalam hati : Ceh ceh ceh ceh ceh. Tua sangat ke aku???!!!!!

Jawapan balas..

Aku dapat email yang di foward berhubung dengan isu Kerja Pelacur Halal jika darurat.
========================= ===========

Kerja pelacur 'halal' jika dharurat - Ustazah Masitah
Dilulus terbit pada Monday, June 20 @ 10:46:07 MYT oleh LinuxPro

Oleh : ZULHAZMI NS
Saya ingin mengajak pembaca-pembaca meneliti kandungan di dalam ruangan `Anda Musykil, Dr Masitah Jawab' pada akhbar Harian Metro keluaran 19 Jun 2005. (sila buka halaman 38). Pada satu tajuk besar dan persoalan `JUAL DIRI KERANA TERDESAK' yang dikemukakan oleh pembaca RAZIN dari kuala Lumpur.

Petikan kemusykilan beliau seperti berikut, " Saya sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual dirti untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdoasa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?"
Maka, jawapan dari Ustazah Masitah seperti berikut:
" Hukum di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu `terpaksa', membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya."

"Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan."

"Perkara dilakukan dalam suasana dharurat terlepas daripada hukuman biasa."

"Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan dharurat ia dimaafkan'

"Di sini lah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan dharurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah."

" Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak dharurat".

Begitulah jawapan dari Ustazah Masitah. Kesimpulannya, pelacuran adalah halal dalam dharurat. Tidak jauh bezanya hukum dharurat yang dinyatakan oleh Pak Lah bagi mengatasi masalah HIV, maka kondom dan jarum percuma dibekalkan. Begitulah dua pandangan tokoh, seorang pemimpin negara keturunan ulamak dan seorang lagi ustazah.

Pada saya, tiada dharurat dalam pelacuran. Setiap yang melacur tentunya mempunyai tubuh badan yang baik, bertenaga, masih muda, berada dalam masyarakat dan bernegara. Mereka boleh bekerja sebagai pencuci pinggan, membasuh, amah hatta penggilap kasut sekalipun. Paling malas, mereka boleh meminta sedekah. Dan, masyarakat atau kerajaan wajib membantu golongan ini tambahan pula di sebuah negara yang dikatakan negara Islam. Tiada alasan untuk melacur langsung. Jangan gunakan hukum dharurat sewenang-wenangnya bagi menghalalkan cara.
Jawapan Ustazah Masitah amat menyimpang jauh. Pelacur adalah dari golongan mereka yang jahil serta malas berusaha. Jika malas sekalipun, jadilah peminta sedekah walaupun ugama Islam melarang untuk meminta-minta sedekah, tetapi lebih mulia dari pelacur. Apakah maksud terdesak dan dharurat seperti yang dinyatakan oleh Ustazah Masitah itu? Harap majlis fatwa beri hukum atas permasalahan ini.

ZULHAZMI NS


Syeikh Yusuf al-Qaradawy Jawab Fatwa Songsang Dr. Mashitah
Dilulus terbit pada Monday, June 20 @ 21:38:01 MYT oleh LinuxPro

Halal dan Haram dalam Islam
oleh Yusuf Qardhawi

1.8 Niat Baik Tidak Dapat Melepaskan yang Haram
ISLAM memberikan penghargaan terhadap setiap hal yang dapat mendorong untuk berbuat baik, tujuan yang mulia dan niat yang bagus, baik dalam perundang-undangannya maupun dalam seluruh pengarahannya. Untuk itulah maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas karena Allah), dan setiap orang dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari)

Niat yang baik itu dapat menggunakan seluruh yang mubah dan adat untuk berbakti dan taqarrub kepada Allah. Oleh karena itu siapa yang makan dengan niat untuk menjaga kelangsungan hidupnya dan memperkuat tubuh supaya dapat melaksanakan kewajibannya untuk berkhidmat kepada Allah dan ummatnya, maka makan dan minumnya itu dapat dinilai sebagai amal ibadah dan qurbah.

Begitu juga, barangsiapa yang melepaskan syahwatnya kepada isterinya dengan niat untuk mendapatkan anak, atau karena menjaga diri dan keluarganya dari perbuatan maksiat, maka pelepasan syahwat tersebut dapat dinilai sebagai ibadah yang berhak mendapat pahala. Untuk itu pula, maka Rasulullah s.a.w. pernah menyabdakan:

"Pada kemaluanmu itu ada sadaqah. Para sahabat kemudian bertanya: Apakah kalau kita melepaskan syahwat juga mendapatkan pahala? Jawab Nabi: Apakah kalau dia lepaskan pada yang haram, dia juga akan beroleh dosa? Maka begitu jugalah halnya kalau dia lepaskan pada yang halal, dia pun akan beroleh pahala." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dalam satu riwayat dikatakan:
"Barangsiapa mencari rezeki yang halal dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak minta-minta, dan berusaha untuk mencukupi keluarganya, serta supaya dapat ikut berbelas kasih (membantu tetangganya), maka kelak dia akan bertemu Allah (di akhirat) sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama." (Riwayat Thabarani)

Begitulah, setiap perbuatan mubah yang dikerjakan oleh seorang mu'min, di dalamnya terdapat unsur niat yang dapat mengalihkan perbuatan tersebut kepada ibadah.
Adapun masalah haram tetap dinilai haram, betapapun baik dan mulianya niat dan tujuan itu. Bagaimanapun baiknya rencana, selama dia itu tidak dibenarkan oleh Islam, maka selamanya yang haram itu tidak boleh dipakai alat untuk mencapai tujuan yang terpuji. Sebab Islam selamanya menginginkan tujuan yang suci dan caranya pun harus suci juga.

Syariat Islam tidak membenarkan prinsip apa yang disebut al-ghayah tubarrirul wasilah (untuk mencapai tujuan, cara apapun dibenarkan), atau suatu prinsip yang mengatakan: al-wushulu ilal haq bil khaudhi fil katsiri minal bathil (untuk dapat memperoleh sesuatu yang baik, boleh dilakukan dengan bergelimang dalam kebatilan). Bahkan yang ada adalah sebaliknya, setiap tujuan baik, harus dicapai dengan cara yang baik pula.
Oleh karena itu, barangsiapa mengumpulkan wang yang diperoleh dengan jalan riba, maksiat, permainan haram, judi dan sebagainya yang dapat dikategorikan haram, dengan maksud untuk mendirikan masjid atau untuk terlaksananya rencana-rencana yang baik lainnya, maka tujuan baiknya tidak akan menjadi syafaat baginya, sehingga dengan demikian dosa haramnya itu dihapus. Haram dalam syariat Islam tidak dapat dipengaruhi oleh tujuan dan niat.

Demikian seperti apa yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w., sebagaimana disabdakan:
"Sesungguhnya Allah itu baik, Ia tidak mau menerima kecuali yang baik pula. Allah pun memerintah kepada orang mu'min seperti halnya perintah kepada para Rasul."

Kemudian Rasulullah membacakan ayat:
"Hai para Rasul! Makanlah dari yang baik-baik (halal) dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya aku Maha Mengetahui apa saja yang kamu perbuat." (al-Mu'minun: 51)

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah dari barang-barang baik yang telah Kami berikan kepadamu." (al-Baqarah: 172)

"Kemudian ada seorang laki-laki yang datanq dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus penuh dengan debu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: yaa rab, yaa rab (hai Tuhanku, hai Tuhanku), padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan barang yang haram pula, maka bagaimana mungkin doanya itu dikabulkan?" (Riwayat Muslim dan Tarmizi)
Dan sabdanya pula:

"Barangsiapa mengumpulkan wang dari jalan yang haram kemudian dia sedekahkan harta itu, samasekali dia tidak akan beroleh pahala, bahkan dosanya akan menimpa dia " (Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)
Dan sabdanya pula:
"Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia sedekahkan, bahwa sedekahnya itu akan diterima; dan kalau dia infaqkan tidak juga mendapat barakah; dan tidak pula ia tinggalkan di belakang punggungnya (sesudah ia meninggal), melainkan dia itu sebagai perbekalan ke neraka. Sesungguhnya Allah tidak akan menghapuskan kejahatan dengan kejahatan, tetapi kejahatan dapat dihapus dengan kebaikan. Kejelekan tidaklah dapat menghapuskan kejelekan." (Riwayat Ahmad dan lain-lain)

Jual diri kerana terdesak

Sumber Harian Metro

[u]Jual diri kerana terdesak[/u]

SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.

Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?

Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?

Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN
Kuala Lumpur

JAWAPAN

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.

Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.

Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.

Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.

Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.

Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah.

Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

[b][u]PENDAPAT AKU[/u][/b]

TAK SETUJUNYA!. Ada lagi ke darurat-darurat macam tu zaman sekarang? Banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat. Kalau betul terdesak pon, takkanlah tak boleh pinjam duit ke, mintak tolong jiran ke. Aiseh.. Tak logik betul jawapan.

sahabat..

Ke hadapan sahabatku X,

Setelah menimbang beberapa perkara, aku mengambil keputusan untuk membiarkan diri ini seperti dulu. Jangan ditanya mengapa. Aku hanya menurut gerak hati kecilku. Selepas perkara ini terjadi, terlalu banyak dejavu yang membuatkan aku berfikir mengenai persahabatan kita. Cukuplah, aku tidak boleh melangkah jauh.

Yang Benar
Faizah

Selasa

Selasa hari yang tidak ada produktiviti langsung. PC aku sekali lagi dihantar ke kedai. Tak tahan betul dengan perangai dia yang asyik nak restart. Tokei kedai test pc tu cakap takde problem. Memanglah tokei, cuba tokei guna, bukak banyak-banyak application. Tokei nengok dia restart ke tak. Kesudahannya, PC tu hanya akan sihat selepas 3 hari. Aduhhh, orang tengah banyak keje nih..

aiseh.. rosak mood

Atok

Mak : Dah lipat baju dalam bakul?
Yana : Dah, tadi petang. Atok pon tolong sama lipat.
Mak : Ikin tolong lipat baju tak?
Aku : Dia lipat baju dalam mimpi
Atok : Ikin lipat mata
Aku, Mak, Yana, Atok : Hahahahahahah (sambil memandang Ikin yang terkulat-kulat.)

Atok memang pandai buat lawak. Dah dekat 2 minggu kot Atok dekat KL. Sekejap tidur rumah anak itu, esok lusa turn rumah anak ini. Anak-anak dan cucu-cucu Atok ramai kt KL. Alhamdulillah, Atok makin sihat. Senang hati kami sekeluarga melihat keadaan Atok.

Sekarang risau lain pulak.

mimpi lagi!

MIMPI

Selalunya kalau lunch, aku akan order Teh o Ais limau sebagai penyejuk tekak. Semalam mimpi (mimpi lagi!), ada seorang makcik pesan dekat aku " Jangan minum ais banyak sangat".

Hari ni aku order Teh O Limau Suam

WEEKEND

Weekend datang lagi!. Aku rasa nak berehat puas-puas. Kerja minggu ini sungguh meletihkan. Selamat berhujung minggu semua!

..

Dapat sms dari Gda,

Hidup couple...
-MAKSIAT-
Hidup single...
-BORING-
Hidup steady...
-BEBAN-
Hidup skandal...
-BERDOSA-
Hidup berumahtangga...
awak bila?

p/s Nasib baik aku hidup berkeluarga.

Cum Kak Guard.

Dekat office ni, selain kerja aku sebagai Soft**** ******, aku menjawat jawatan sebagai Kak Guard.

Kalau ada tukang jual, aku layan nak tak nak lepas tu aku halau cara baik. Kalau ada bunyi loceng pintu, aku tolong bukakan pintu. Kalau ada tetamu datang, aku tolong tunjukkan meeting room. Kalau ada Abg FedEx datang, aku kena jual sengih sambil tunjuk document yang nak dihantar. Kalau ada parcel sampai pon kerja aku jugak tolong sign.

Aku kena selalu pastikan pintu office sentiasa dikunci, kalau tak tukang jual main redah je masuk office. Dulu penah terjadi kejadian curi handphone. Ada dua orang, seorang explain pasal barang yang dijual. Seorang lagi cari barang untuk dicuri.

Errr, Kak Guard kerja sukarela. Sebab cubicle aku dekat dengan pintu masuk office.

My weekend

Busynya la hari ini. Sebelum balik nak jugak update blog.

Weekend aku dipenuhi dengan jalan-jalan cuci mata, makan nasi minyak. Sabtu lepas aku ke Melaka, ada dua jemputan kenduri kahwin. Tahinah buat Nora dan Ayu. Moga bahagia hingga ke anak cucu. Kalau dah pergi kenduri tu, seronoknya jumpa kawan-kawan. Bertukar-tukar cerita. Update pasal diri masing-masing. Lepas balik dari Melaka, terus pergi jalan-jalan di Alamanda dengan kawan-kawan. Bila dah sampai rumah, Yana pulak ajak pergi Giant belikan hadiah untuk Mak.

Ahadnya. Hari Jadi Mak aku yang ke 48. Yana bagi periuk, aku bagi baju yang mak dah lama nak. Malam tu belanja makan satay aje. Tapi siang Ahad tu sempat pergi KLCC. Kali terakhir aku ke KLCC tahun lepas kot. Dah lama tak masuk KLCC, terkejut bila nengok ada McDonald dekat tingkat 4.

Aku tak sempat nak buat entry best untuk Mak. Aku berdoa pada Allah, panjangkan dan berkatilah umur Mak aku. Moga mak sentiasa diberkati olehNya. Moga Mak sentiasa bahagia di samping Abah, anak-anak dan keluarga. Aku SAYANG Mak.

update

Semangat berkobar-kobar nak update semalam. Tblog buat hal pulak, tak boleh access. Forum Cari pon sama, tengah maintenance. Sangap jugak la dekat office semalam. Tapi bagus jugak.

Aku sekarang tak boleh sambil lewa atau meleceh-leceh bila buat kerja. Dalam sehari mesti (wajib, harus) ada report yang kena siap atau kena (wajib, harus mesti) sediakan soalan untuk ditanya menjelang petang. Sekarang setiap petang akan ada soalan “what have you been working on today?” dengan icon smile dihujungnya. Aku tak suka menipu dan tak akan menipu dengan orang yang bertanya. Sebab aku tahu, ni mata pencarian aku, tak berkat kalau buat macam tu. Jadi aku akan jawab dengan jujurnya apa yang aku buat sepanjang hari, waktu aku bekerja.

Pernah sekali dua jawapan aku akan dibalas dengan “that bit?”. Haa, termalu sendiri menandakan tidak ada banyak kerja yang aku siapkan memandangkan aku masih terkontang-kanting memahami apa yang aku tengah buat sekarang.

Tutup kisah kerja

Semalam sebelum bertolak ke office, sempat nengok Malaysia Hari Ini. Topik membincangkan isu kecurian air. Salah seorang tetamu MHI, Karam Walia Singh menyatakan pendapatnya:

“Air yang dicuri, kalau orang tu guna buat air sembahyang, sudah tentu batal air sembahyangnya”

Kata-kata yang datang dari seorang bukan Islam. Kata-kata yang dipersetujui oleh seorang lagi tetamu undangan MHI.

Aku dengan Mak gelak kekaguman.

Petai

Semalam masa lunch, first time dalam hidup aku tengok orang Cina makan petai. Salutenya aku dengan orang yang makan petai ni. Berani!. Sebab apa aku cakap berani, sebab diorang ni akan bersedia dengan bau petai masa sendawa dan lepas keluar bilik air. Mak cakap bagus makan petai. Bagus untuk cuci darah. Jering yang seangkatan dengan petai pon bagus jugak untuk cuci buah pinggang.

Mak memang favorite dia petai. Lagi best kalau petai masak dengan sambal udang. Aku memang tolak tepilah petai ni. Kalau sambal ada petai tu., memang pilih yang bukan petai je.

Tapi warna petai tu menarikkan hijau dia.

Saje

Alhamdulillah, syukur. Kesihatan Atok semakin pulih. Suka Atok bila nengok anak-anak dan cucu-cucu balik ramai-ramai. Macam hari raya pulak.

Berdebar-debar tunggu weekend ni. Aku ni biar betul.

Pagi tadi dapat kad jemputan kahwin dari Officemate. Jauhnya, Kluang.

Pergi, tak pergi, pergi, tak pergi, tak pergi, pergi….

Kisah hantu

Masa aku sekolah dulu, cerita-cerita hantu sungguh popular. Nak-nak lagi sekolah aku dekat dengan tanah perkuburan. Orang kata ‘keras’ sedikit tempatnya. Cerita-cerita macam ni, akan diturunkan dari satu batch ke satu batch. Ada satu hari tu, masa aku form 4, kitorang satu dorm cerita pasal kisah hantu. Adalah satu dua kisah yang aku ingat sampai sekarang.

Kisah ni terjadi dekat dorm perempuan. Pada suatu malam, masa semua student dah masuk tidur. Tetiba adalah seorang student perempuan terjaga sebab terdengar suara halus menyanyi

"Eh, eh satu dah bangun, jom kita main"

Student tu pon carilah dari mana arah suara tu datang. Nampaklah satu tubuh kecil duduk atas almari sambil menjuntaikan kaki. Sebelah si tubuh kecil itu, ada lagi seorang kawan dia duduk dengan cara yang sama sambil menggoyangkan kaki.

Yang student tu takut terus kejut member sebelah katil dia. Bila member sebelah dah terjaga, dengar lagi tubuh itu bersuara "Dua dah bangun, jom kita main"

Bila semua dah terjaga, tubuh tu pon bersuara lagi "Semua dah bangun, jom kita main". Semua yang terjaga ketakutan, cepat-cepat baca yassin beramai-ramai.

Aku kalau terjaga tengah-tengah malam, mesti terngiang-ngiang cerita hantu tu. Mata mesti nak terpandang kat atas almari. Kot adalah makhluk tu.

Sampaikan ada sekali tuh, member aku cakap aku ngigau, aku cite balik kisah hantu tu dlm ngigau aku. Aku mati-mati cakap aku tak ingat. Tapi kalau dah 2 orang dengar, maksudnya betullah tu.