Rabu
Hari ini sungguh menguji kesabaran
1. Pagi tadi aku terpijak tahi kucing
2. Report yang aku hantar kena betulkan entah kali yang keberapa
3. Bila terbau najis tadi, lagi buat aku hangin
4. PC ni asyik restart. Driver, installer error. Aku dah tak tau nak betulkan camne.
06.01.05 (12:37 pm) [
edit]
3
Comments
..
Semalam dapat call dari kampung. Atok Mak dimasukkan ke Hospital sebab bengkak hati.
Risaunya
05.31.05 (12:39 pm) [
edit]
8
Comments
Ish...
Aku dah berdosa bila menggelar orang “Malaun”. Aku baru tahu maksud sebenar dia.
Tak ingat surah mana, tapi firman Allah SWT berbunyi begini:
“Hai Malaun (yang di laknat – iblis)!, demi kebesaranKu dan ketinggianKu! Bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu”
p/s - ish..ish..
05.30.05 (12:38 pm) [
edit]
4
Comments
Adik-adikku
Semalam sebelum tidur main ejek-ejek dengan adik-adik aku
Aku : Nama adik saya Ikin, hobi dia suka tidur.
: Nama adik saya Yana, hobi dia suka main SMS
Yana: Nama kakak saya Angah, hobi dia kuat ngigau
Yana & Ikin: ahahahah
Aku (dalam hati): Hampeh, nak ejek orang terkena diri sendiri. Hahahahah
05.27.05 (12:12 pm) [
edit]
10
Comments
Jumaat
Aku takde idea nak update. Otak aku asyik fakir pasal kerja yang tak siap-siap ni. Bangun tidur ingat kerja, nak tidur ingat kerja. Nasib baik bila makan tak ingat pasal kerja. Nasib baik jugak Sabtu tak kerja, kalau tak, mau senget otak kepala.
Pagi tadi masa lalu roundabout, tempat aku langgar motor tempoh hari, aku terjumpa balik motor yang aku langgar. Nampak nombor plate motor dia yang pecah tu. Huh, teringat kesalahan aku. Rasa bersalah tak sudah-sudah.
Tapak tangan kanan gatal. ye ye ye ye
05.27.05 (9:10 am) [
edit]
4
Comments
something from my inbox
Dear all friends,
We're getting old, right? You guys still talk about Doraemon whereas kids today talk about Pokemon. We are from the Doraemon generation and they are from the Pokemon generation.
Let's see. The majority of students in universities today were born in 1983.... They are called "youth".
For them, They have never heard of "We are the World, we are the Children..." And the "Uptown Girl" they know is by Westlife not Billy Joel.
For them, there have always been only one Germany and only one Vietnam.
AIDS exists since they were born.
CD exists since they were born.
Michael Jackson is already whitened.
John Travolta is always round in shape and they can't imagine how this fat guy could be a god of dance.
They believe that Charlie's Angels and Mission Impossible are just new films out last year.
They can never imagine a black and white screen for a computer.
They never know Pac-Man.
They can't believe a black and white television ever existed and they don't even know how to switch on a TV without a remote control.
And they never understand how could we go out without a mobile phone when we were in university...
Let's check if we're getting old...
1. You understand what was written above and you smile.
2. You need to sleep more, until afternoon, after a night out.
3. Your friends are getting married.
4. You are always surprised to see small children playing comfortably with computer.
5. When you see teenagers with mobile phones, you shake your head.
6. You developed more and more feelings about your work. It's now your life.
7. You spend less and less time talking on phone with your friends daily.
8. You meet your friends from time to time, talking about the good old days, repeating again and again all funny stories you experienced together.
9. Having read this, you are thinking of forwarding it to some other friends. You think they will like it too.....
Ha..ha...ha....Yes, I'm getting old too...........
05.24.05 (10:19 am) [
edit]
2
Comments
Hari ini busy
Saya sungguh busy
Hari-hari saya busy
Boss saya pergi bercuti
Meninggalkan banyak kerja tubi
Tapi saya tak reti
Nak buat kerja ini
Saya tanya sana sini
tapi asyik blur blur lagi
Jumaat sudah hari ini
Cuma tinggal seminggu lagi
Sebelum boss pulang dari bercuti
Saya mesti siapkan kerja ini
Mood takde hari ini
mengenangkan Isnin ini cuti
Wah weee,
Nasib baik Malaysia ada banyak cuti
Sungguh lama cuti
kan best kalau dah dapat gaji
boleh jalan sana sini
makan angin dan mata cuci
p/s Tahniah buat Aida dan kawan ku di Seremban.. Selamat bertunang..
05.20.05 (10:07 am) [
edit]
6
Comments
Mitos
[b]RAHSIA ALAMAT PERGERAKAN TUBUH [/b]
Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yg lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yg berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah utk dipercayai semata-mata.
Pergerakan Tubuh Alamat
Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan
Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada org akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.
Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira dihati
Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak - akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak - org yg mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.
Telinga bergerak - akan berkelahi.
Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.
Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.
Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.
p/s - baca boleh, percaya jangan. Aku dapat dari email.
05.18.05 (10:39 am) [
edit]
5
Comments
Hari Guru
Selamat Hari Guru! Terima Kasih buat cikgu yang pernah mendidik aku. Banyak woo kenangan masa sekolah. Hari ni topik pagi Era pasal kenangan dengan guru masa sekolah. Aku pon ada gak story pasal cikgu aku, ntah kenapa tiba-tiba teringat balik sempena Hari Guru ni.
Masa form 4 (4Tekad), cikgu Add Math aku sungguh garang. Misai dia menambahkan kegarangannya lagi. Nama dia Cikgu Razali. Kitorang panggil dia cikgu teddy bear pasal badan dia cute ala-ala patung teddy. Cikgu ni kalau masuk kelas mesti pegang pembaris panjang color kuning tu. Dia pantang kalau student masuk lambat and buat bising. Kitorang semua tak berani nak tertidur time Add Math masa tu. Kalau dia bagi soalan, and tak ada seorang pon volunteer nak jawab, siaplah, pembaris kuning dah ready. Ada sekali tu, dia tanya rumus yang cari punca kuasa dua tu. Sampai sekarang aku ingat. Masa tu satu kelas kene pukul dengan pembaris dekat tangan pasal tak dapat bagi rumus. Adoiiii, masa tu geram jugak, sebab dah besar-besar pon kena pukul lagi.
Ada sekali tu, tak ingat sebab apa, mungkin pasal tak ingat rumus kot. The whole class kena saie tingkat 1. Malu sangat-sangat. Dari kelas kena lari-lari anak sampai hujung koridor bangunan sebelah and patah balik. Dahlah masa tu, budak kelas lain sibuk nak pergi PJ ada tu yang tengah tunggu cikgu masuk gelakkan kitorang semua.
Naik form 5. Nasib baik dapat cikgu Add Math yang baik. Cikgu Azman nama dia. Tapi kitorang panggil Cikgu Azman Pendek. Masa tu ada 2 orang Cikgu Azman kat sekolah. Yang lagi sorang tuh kitorang panggil Cikgu Azman Dagu.Baik pulak cikgu nih. Berbeza sangat-sangat dengan cikgu masa form 4. Cikgu ni comel pulak fizikal dia, rendah-rendah orangnya, sampaikan ada sekali tu terdengar Cikgu Matematik aku panggil dia “pendek”. Kalau tertidur dia tak marah, tolong kejutkan lagi. Soft spoken, paling best sebab dia ingat nama aku. Dan akan make sure yang aku faham apa yang dia ajar.
2 bulan Sebelum SPM, dia menunaikan ibadat Umrah kat Tanah Suci, sebelum pergi Cikgu siap minta maaf dengan student dia. Terharu sangat masa tu, kitorang pon ambil kesempatan minta maaf dengan cikgu dan suruh cikgu doakan kejayaan anak-anak muridnya. aku rasa sebab dia aku boleh score Add Math. Sebab dia jugaklah, aku suka Add Math. Berkat Cikgu pergi Mekah, agaknya kot.
Terima Kasih cikgu. Best jugak jadi cikgu ni kan. Ramai murid yang akan ingat :)
05.16.05 (2:13 pm) [
edit]
5
Comments
Eksiden
Hari ni buat pertama kalinya aku langgar kenderaan lain. Langgar motor. Salah aku kot. Masa tu dekat roundabout. Kereta aku tengah slow, and motor tu pon slow (sangat). Nasib baik sempat brek. Nasib baik takde apa-apa. Dan nasib baik lagi, Cuma plat motor dia aje pecah sikit (tapi kereta aku calar :( ).
Huwaaa, kereta calar…
Kepada penunggang motor berkenaan. Saya minta maaf, Minta Maaf sangat sangat.
05.16.05 (12:51 pm) [
edit]
2
Comments
Yeay!
Semalam buat julung-julung kalinya aku stayback dekat office sampai pukul 8 menyiapkan kerja. Kerja tak banyak, tapi nak memahamkannya makan masa. Aku risau jugak kot-kot orang yang assign aku kerja ni ingat aku nih lembap sangat nak siapkan kerja tuh. Tapi serius aku tak faham sangat apa yang aku kena buat. Sekarang dah ok lah sikit. Takdelah blur – blur macam dulu. Kena bersungguh-sungguh buat kerja ni, supaya evaluation aku esok takdelah teruk sangat.
Semalam officemate aku tegur, screensaver aku banyak gambar baby. Eheheh, malu pulak sekejap. Ntah kenapa ntah suka kumpul gambar baby/budak . Aku suka nengok gambar baby, tenang je rasa.

Baca blog
Zie bertajuk Bosan. Kadang-kadang aku selalu jugak rasa macam tu. Rutin hidup yang sama, asyik buat benda yang sama, hari-hari jumpa orang yang sama. Kadang-kadang makan lunch pon lauk yang sama. Dulu zaman study time dekat-dekat dengan exam lagi bosan yang amat, sampai nangis-nangis telefon mak dengan abah sebab bosan sangat.
Dulu kalau bosan and takde mood untuk study, aku and kawan-kawan akan pergi shopping complex yang berdekatan, cuci mata. Nengok kerenah orang, makan aiskrim ke, windows shopping. Tak pon pergi beriadah, panjat bukit, jogging. Lega otak masa tu, kalau dapat pegi tempat-tempat macam tu. Tapi sekarang ni, bila masuk dunia bekerja, lainlah pulak cara aku handle bosan aku.
Terpulang pada diri masing-masing untuk menhilangkan bosan. Ye tak zie?.. :D
Have a good weekend people!
05.13.05 (11:01 am) [
edit]
2
Comments
Iklan
Aku suka dengan iklan yang aku dengar dekat radio Era
Perempuan A: Cantiknya pengantin perempuan tuh. Pengantin lelakinya pula, er..er.. er...
Perempuan B: Dengar cerita Pengantin lelakinya memberi set berlian sebagai hantaran.
Perempuan A: Pengantin lelakinya sungguh tampan.
Setiap kali dengar iklan tu aku akan gelak besar. Memang dah adat agaknya, wang ringgit dapat cover segalanya.
05.12.05 (9:22 am) [
edit]
7
Comments
Update
ERmm, macam dah lama tak update. Selalu aku rajin mengupdate bila hari bekerja. Sibuk sedikit dua tiga hari ni. Once dah confirm, barulah nampak the real job yang aku kena buat. Kerja makin susah, aku pun ambil masa untuk belajar and fahamkan apa yang aku kena buat.
Last weekend balik kampung. Fathiah, cousin aku kahwin hari Sabtu. Lepas kenduri tu, aku and family balik Muar, jenguk Atok. Seronok jugak masa kenduri kahwin Fathiah, dapat jumpa kawan lama. Paling best sebab dapat jumpa Sarah, siap bawak bf baru lagi. :D
Pagi tadi dengar Topik Pagi Era, bincang pasal Fiesta harga barang naik. Memang betul pun harga barang naik, alasan sebab harga minyak naik. Kerajaan dah bagi jaminan yang harga barang tidak akan naik once harga minyak dinaikkan. Tapi takde pantauan pun dibuat. Hangin betul, suka hati je nak naikkan harga barang. Ada sekali tuh, aku lunch, ambil lauk macam biasa (ikan keli dan sayur) kena RM4.00. Selalu RM3.30
Hangin, hangin..
05.11.05 (10:23 am) [
edit]
0
Comments
Musim
Jumaat. Mendung je hari ni. Pagi-pagi dah hujan. Alhamdulillah, rahmat pagi jumaat.
Asyik dapat invitation pergi kenduri kahwin. Musim mengawan. Bagus-bagus. Weekend makan free.
Malam nih nak balik kampung. Cousin aku
Fathiah akan berkahwin, esok majlis bersanding.
Selamat Pengantin Baru buat Fathiah and husband :D
05.06.05 (2:08 pm) [
edit]
1
Comments
Naik lagi
Harga petrol naik lagi..
naik 10 sen...
Harga diesel naik ...
20 sen ...
sekarang tambang bas dari rumah aku ke KL
RM2.50...
dulu ...
RM2.00
duh duh duh...
05.05.05 (9:13 am) [
edit]
5
Comments
Handphone

Wahai Handphone ku sayang
Kenapa kau asyik membuat lawak bangang,
Tak cukupkah ku beri kasih sayang
Jenuh ku layan rajukku yang panjang
Wahai handphone ku cerdik
Dulu ku sayang kerana kau cantik
Sekarang makin pudar pula bila ku belek
Tapi tidaklah sampai aku jelek
Wahai handphone ku sayang
Ku doakan agar umur mu panjang
Tak sanggup rasanya mengenang duit melayang
Bertahanlah kau dalam jangka masa panjang
05.04.05 (8:52 am) [
edit]
4
Comments
My weekend
Selasa rasa macam Isnin. Isnin semalam rasa macam hari Ahad. Aku rasa aku nak cuti lagi. Tak puas cuti yang sedikit itu.
Busy betul weekend sudah. Pagi Sabtu kena jadi baby sitter jaga Ika and Mira. Petang tuh balut hamper untuk reunion. Malamnya pulak touch up tempat reunion. Nasib baik tempatnya tak jauh dari rumah. Balik dekat pukul 12 mlm sampai kena marah dengan abah.
Pagi Ahadnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Peserta yang bagi nama nak datang hampir 80 orang. Tapi yang datang adalah dalam 50++. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Semua memberi kerjasama. Ada yang bawak anak, ada yang tengah pregnant dan ada tu yang nak kahwin. Bagus-bagus kengkawan semua.
Tapi paling best, aku dah tak ingat sangat nama-nama kawan satu sekolah yang datang. Ada tu yang tak pernah nampak muka masa sekolah. Bila nengok nama, tak ingat pulak muka macam mana. Bila nengok muka, nama pulak tak ingat (yang perempuan bermake up.. tuh pasal muka nampak lain). Mostly orang ingat nama aku, tapi aku tak ingat nama orang. (aku glamer dulu masa sekolah). Maaflah pada sesiapa yang aku tak ingat nama tu. Bukan sengaja tak ingat, lama dah tahun 95-97 tu. Even budak yang sama U dulu pon ada yang aku tak ingat nama lagi.
Reunion habis dalam pukul 4 p.m. Kemas apa-apa yang patut. Hantar kengkawan balik. Dalam pukul 6 dah ada dekat rumah.Sebangai ajk penganjur, aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada yang sudi datang. Tahniah buat Pengarah projek dan ajk yang lain. Puas hati jugak bila majlis dah selesai. Malam Ahad tuh lepet abis kepenatan.
Hari Isnin pulak, rasa malas nak keluar. Duduk rumah je. Penat tak habis lagi Terpaksa lupakan hajat aku nak ke PWTC. Tunggu Book Fair tahun depan kot. Hampa jugak, sebab dengar cerita buku di jual murah-murah. Ada jual 2nd hand buku pulak tuh. Takpe la.
05.03.05 (11:57 am) [
edit]
0
Comments