Update.

Rabu dan Khamis semalam aku cuti sempena konvokesyen adik aku Yana di POLISAS Kuantan. Letih, sampai sekarang pun terasa keletihan lagi. Ini kali kedua aku ke bumi Kuantan. Tapi tak sempat nak jalan-jalan dekat Bandar Kuantan. Ronda-ronda dekat Teluk Cempedak pon tak sempat.

Anyway, konvo adik aku dekat stadium tertutup SUKPA (kot kalau tak salah). Besar stadium dia, dapatlah aku masuk sekali nengok dia konvo. Selalu yang masuk parents je dengan graduan. Ni satu family boleh masuk. Ok la konvo kalau nak dibandingkan masa aku dulu. Organized and makan pon free. Jeles pulak aku.

Kejap je dah Jumaat balik. Ahad nih ada reunion ex-student Sekolah Menengah Perimbun batch 95-99. Tapi aku sekolah situ 95-97 je. Kira ex-student jugakkan. Hmm.. sibuklah weekend ni. Sempat ke tak nak pergi Bookfair dekat PWTC yang berada di penghujung tuh.

Sorry Blog

Bila baca blog [b]Op & Mulan[/b], baru aku teringat 24/4 genap lah umur blog aku ni setahun.

Selamat ulang tahun yang pertama blog. Moga aku akan terus menulis, menulis dan menulis.

Monday

Aku keseorangan dekat ofis. Bosannya.

Ngantuk pulak. Ni semalam tidur lambat pasal tengok The Apprentice. Akhirnya Kelly menang. Puas hati betul. Suka sangat cerita ni. Aku jarang terlepas tengok cerita ni. Kalau terlepas pon, ada ulangannya dekat TV8. Part paling best masa dekat board room. Walaupon aku boleh surf kat internet tengok turn sape kena fired, tapi lagi best tengok kat tv.

Mana semua orang ni...

Cara potong kuku

KEJADIAN NABI ADAM (Renungan)

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat
berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih
Tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yangsempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkaudiberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

mimpi

Malam tadi aku mimpi. Masa tu aku tengah mandi, tiba-tiba aku perasan ada orang tengah intai aku mandi. Tak sempat nengok muka dia, orang tu dah lari. Terus aku jerit “Abahhh”. Rupa-rupanya aku jerit betul-betul, sampaikan adik aku terjaga dari tidur.

Adik aku kejutkan aku. Istighfar dan terus tanya adik aku dah pukul berapa. Lega bila adik aku cakap dah pukul 5.45a.m. Dah nak Subuh rupanya. Maksudnya mimpi aku tu takde makna. Sebab aku penah dengar orang cakap, kalau mimpi masa 1/3 malam, ada maksud tersirat di sebalik mimpi.

Mimpi mainan syaitan

Isnin yang panas

Kalau memandu di Kuala Lumpur ni, especially masa jalan tengah sesak teruk memerlukan kesabaran tahap twin tower. Dalam hati, panas membara. Rasa macam hendak terbang dengan kereta sekali. Dahlah terpaksa bersabar dengan keadaan yang sesak tu, kena lagi bersabar dengan manusia yang suka potong queue dan yang suka celah sana-sini. Bila tengah geram, macam-macam perkataan yang jarang disebut keluar.

Sabar, sabar… tapi hati panas…

Pagi tadi, ternengok seorang driver ni. Drive kereta mewah, kilat, berpakaian seperti seorang executive, muka boleh tahan hensem. TAPI, meludah sesuka hati. Tengah jalan jem, kereta semua tengah merangkak, sempat juga dia meludah. Van depan aku siap ngelak lagi dari kena tompokan ludah dekat atas jalan.

Apa daa.

..

Jumaat. Boringnya hari ni dekat ofis. Kerja dah siap. Tengah tunggu arahan seterusnya. Boss pon tengah busy prepare untuk presentation petang ni. Ni kalau duduk dekat rumah pon best jugak. Tak payah keluar duit untuk lunch. Kat ofis ni dah takde idea nak buat ape, nak surf ape pon tak tau ah nak surf ape .. *sigh*

Alhamdulillah, semalam soh seh soh seh dengar boss dah siapkan confirmation letter untuk aku and rakan-rakan yang lain. Syukur sangat-sangat. Gaji tak tahu sama ada di tokok atau tak. Tapi bak kata officemate aku, yang penting confirm jawatannya dulu. Gaji tu takpe la. Kalau tak naik kali ni, maybe naik lain kali. Mudah-mudahan.

Dah confirm nih barulah diorang create email. Tapi tak puas hati la. Ada ke salah eja nama abah. Nama abah Ahmad, bukannya Ahmed. Dah macam nama Arab daaa.

Esok Sabtu. Tak releks aku weekend ni. Ada je bende nak kena buat.

Ok lah people, have a great weekend.

:wink:

cute

Boring Jokes

Seorang ahli politik ditanya oleh seorang wartawan adakah negaranya bercadang menghantar ke angkawan ke bulan seperti yang dilakukan pihak amerika dan russia.

Ahli politik: Bulan dah ditawan, tak guna ke sana! kita akan hantar angkasawan mendarat di matahari pula.

Wartawan: Tapi tuan...suhu di matahari terlalu tinggi

Ahli politik: Benar..tapi kapal angkasa kami akan membuat pendaratan pada waktu malam
_________________________ ______________________

Wadar: Apa yang menyebabkan awak dimasukan ke penjara?

Penjenayah: Selesema, encik!

Wadar: Aiikk..Selesema patut masuk hospital, takkan masuk penjara pulak?

Penjenayah: Yelaa..fasal saya bersin ketika menggeledah gudang membuatkan pengawal terkejut dari tidur lalu menangkap saya!

p/s Happy birthday Oya!!!!!!!

Isnin

Hari ini jalan sungguh sesak. Pagi tadi, aku ambil masa 1 jam suku untuk sampai ke ofis. Lewat 15 minit masuk ofis. Nasib baik boss tak datang lagi.

Pagi nih baca paper, jumlah wanita di Selangor paling ramai berbanding dengan negeri lain. Aku tarik balik kata-kata aku sebelum nih. Kebarangkalian aku hendak dapat boyfriend di negeri Selangor kecil. Solution: mungkin aku perlu jadi penduduk Kuala Lumpur.

Semalam ulang tahun perkahwinan Abah dan Mak yang ke 25. Moga Allah panjangkan jodoh kedua ibubapaku. Semoga bahagia hingga ke cucu-cicit. Nak mintak adik lagi dah tak boleh. Agaknya boleh tak mintak tolong carikkan menantu. :lol:

Jumaat

Mereka yang hendak berkahwin di Pulau Pinang wajib menduduki peperiksaan objektif dan lulus menjawabnya sebelum MAIPP keluarkan surat kebenaran berkahwin. Baca sini. Nasib baik aku duduk Selangor.

Semalam aku mimpi Boss dah keluarkan surat confirmation letter untuk aku. Uhhh, macam terbalik je mimpi tu.

Mentafsir yang baik

Mentafsir yang baik
biar di dalamnya bertasik fasik
jernihkan keruh akal
saring dangkal amal
lerai fikir di cumbuan rindu
cermin wajah ke lahad kalbu
pulangkan hakikat diri
menjadi sendiri
mengakrabi sepi

Mentafsir yang baik
meski di dalamnya bermuara jijik

[u]MAKSUDNYA[/u]
bersangkalah baik, sungguh pon di dalamnya penuh kejahatan
fikirlah yang baik, cerminlah diri sendiri sebelum bersangka buruk pada orang

p/s-dengan izin Fathiah, aku copy dan translate.

April Fool

Dulu aku duduk hostel masa form 4 and form 5. Aku paling tak suka masa aku form 4 sebab asyik kena buli je dengan senior aku. Yang junior lelaki kena buli ngan senior lelaki, diorang kena lagi teruk kalau nak compare dengan junior perempuan yang kena buli dengan senior perempuan. Tapi aku takde lah teruk sangat kena buli sebab aku pendiam dulu, innocent, jenis tak memberontak balas balik. Jadi senior pon cam tak ade hati kot nak buli aku.

Anyway, aku nak cerita masa zaman April Fool kat hostel aku dulu. Ingat lagi lepas balik prep malam 31 March 1998. Semua senior bisik-bisik, nampak je junior gelak-gelak. Tak sangka pulak diorang tengah plan baik punya nak kenakan junior. Lepas tuh warden suruh tutup lampu dan masuk la tidur macam biasa.

Bangun-bangun je pagi tu pukul 5, memang terkejut sangat-sangat. Depan dorm habis kena lumur sabun. Ada tu kena lumur dengan ubat gigi. Siapa yang ada sabun berupa cecair contoh macam Dynamo memanglah jadik mangsa. Selamat masa tu aku guna sabun buku, ubat gigi aku pon dah leper. Baju, anak baju, cucu baju yang disidai depan dorm semua jadi mangsa sabun. Kat tangga memang penuh la sabun. Wangi sekejap hostel masa pagi tuh. Yang bestnya, depan dorm junior je penuh sabun dengan dekat tangga-tangga sekali, dorm senior bersih-sebersihnya tak kena sabotaj. So nampak sangatlah siapa yang punya kerja.

Sampai kelas je pagi tuh, dengar classmate aku yang lelaki cerita pasal April Fool senior diorang pulak. Ada tuh sampai main gunting-gunting rambut. Kira kejam jugaklah, sebab senior diorang ceroboh dorm diorang and kenakan direct, letak ubat gigi kat muka. Conteng muka ngan pen pon ada.Tapi paling kelakar bila kawan aku cerita dia sedar senior tengah letak ubat gigi dekat muka dia, tapi dia pura-pura tidur. Punyalah takut dengan senior masa tu.

Nasib baik kami semua tak kena camtuh. Tapi zaman sekolah dulu memang best. Rindu….

Boss

Officemate: Boss, we are going out for lunch.

Boss: Ok, I'll see you next week.

Jiwa boss tengah kacau agaknya...