Naik dan naik
Tambang bas and teksi naik lagi. Klik
sinitambang bas & teksi disemak 5 tahun sekali
gaji naik setahun sekali
tol naik 3 tahun sekali
duit minyak naik tak tau berapa kali
barang makanan? tak tau bila naik lagi
04.01.05 (10:40 am) [
edit]
3
Comments
1 April 2005

Dah masuk bulan April. Sekejap je masa berlalu. Macam tak percaya pulak bila tengok calendar dah 1 April, bermakna dah genap 3 bulan aku kerja dekat sini. Bermakna tamatlah sudah 3 bulan probation mengikut kata yang tertulis dalam appointment letter aku. Tapi, boss takde cakap apa-apa pon yang mengatakan aku jadi permanent kat sini. Takde pon khabar kot-kot ada exam ke, interview ke, evaluation ke nak mengconfirmkan kerja aku.
Tak senang pulak hati ni menanti.
[u]TANGISAN[/u]
Lately, terlalu senang air mata nak mengalir. Pantang orang cakap sikit mulalah ade kolam dekat mata. Sensitifnya aku. Tak boleh kawal. Pedih betul kalau orang start cakap pasal benda ‘itu’. Automatik akan mula rasa sedih. Macam pagi semalam. bila ada orang mula tegur ‘itu’, aku rasa aku boleh tahan. Dalam hati, hei, I faced this thing before. I can make it. Cakap je apa yang patut. Nanti bosan la orang itu. Habis cakap+sengih+senyum+anggu k² dengan orang itu cepat-cepat aku berlalu dari situ.
Menitik jugak air mata.
Tewas juga aku akhirnya.
04.01.05 (9:08 am) [
edit]
2
Comments
Kawan Lama
Semalam on the way balik ke rumah, terserempak dengan Asmah and Oya dekat Masjid Jamek. Seronok bukan kepalang aku jumpa kawan-kawan. Last sekali jumpa Asmah masa aku konvo July04, Oya pulak last jumpa masa Nani kawin Dec04. Masing-masing dah semakin lawa, cun!. Diorang ajak minum-minum sambil borak sakan. Lagi sakan sebab Oya belanja makan. Alhamdulillah, nanti next time jumpa belanja lagi ye. :lol:
Macam tak percaya je boleh terserempak dengan diorang. Most of kawan aku duduk KL, tapi kitorang jarang jumpa. Kalau dah buat plan nak jumpa, mesti cancel last minit. Masing-masing ada hal tatkala hujung minggu. Call pon tak selalu, SMS lagilah tak kerap. Tapi sekali sekala, seronok jugak bila terserempak macam ni. Happy sungguh semalam.
03.31.05 (9:01 am) [
edit]
0
Comments
..
Alhamdulillah, hujan turun
03.30.05 (2:54 pm) [
edit]
3
Comments
Tawar
Semalam teman Yana pegi Jalan TAR, cari baju konvo dia. Dari satu kedai ke satu kedai survey kain nak buat baju. Sampai satu kedai ni, (at last!!) jumpa jugaklah kain yang berkenan. So seperti biasalah, tawar-menawar harga.
Adik aku tu memang pro kalau hal-hal yang macam ni. Aku belajar negotiate ni pon bila nengok adik aku 'ayat' tokei kedai. Kalau nak beli barang, selalunya memang aku angkut adik aku ni, Sebab kalau bernasib baik, dengan mulutnya tu aku boleh dapat barang dengan harga yang murah.
Berbalik pada cerita asal, tengah nak negotiate harga dengan sorang kakak kedai nih. Macam biasalah, as a buyer, of course kita akan mintak harga yang paling rendah untuk barang tersebut. Jadiknya dengan harapan, tokei kedai akan letak harga between harga asal yang ditawarkan and harga yang consumer nak.
Tengah 'ayat' akak tuh, tiba-tiba adalah seorang malaun ni (pekerja kedai tuh) perli-perli kami. Aku tak dengar sangat apa yang diperli tu (sebab tengah ralit nengok kain). Tapi dalam hati memang marah la jugak. Dah lah malaun tu tengah makan, sempat pulak tuh nak sindir-sindir orang. Geram betul!
Kalau tak nak bagi harga yang aku mintak tuh cakap la baik-baik. Ini nak sindir-sindir pulak. Mangkuk betul!, tapi aku takde la nak balas balik apa yang dia sindir tu. Tak kuasa aku nak melayan. Dalam hati bengkak jugaklah. Manusia, manusia..macam-macam
03.28.05 (9:14 am) [
edit]
7
Comments
Hari ini
Hari ni macam-macam aku terlupa.
aku terlupa bawak pass LRT.
aku terlupa bawak touch n go.
aku terlupa nak ambil paper The Sun
aku terlupa nak bawak surat insurans untuk di faks.
aku terlupa nak mintak baki RM0.20 dekat cashier kedai tuh.
Aku sekarang tengah menyesal. Kenapalah aku hanya mengikut sahaja kata-kata orang. Aku sendiri tak berani nak cakap yang aku tak sanggup lagi nak teruskan apa yang kitorang dah rancang selama sebulan ni. Sorang-sorang member aku tarik diri dari rancangan asal. Macam dah give up pon ada.
03.25.05 (9:26 am) [
edit]
3
Comments
ME
1.what made you happy this week ?
Ermmm, got call from Oya
2. What made you sad this week?
Today I forgot to bring my LRT pass
3. Has someone/somebody make u happy lately?
My family
4. How are you feeling at the moment?
Dissapointed
7. what/who made you feel that way?
My LRT pass
8.are you the type of person who easily gets hurt?
Well, depends on the situation..
9. Do you cry?
Yes, when Im angry
10.have you ever been to a point in your life that you've thought about giving up?
Yes, the day when…
11. the last movie you watched?
Lemon Snickets, The series of unfortunate event.
12. with who?
My siblings
13. the last song you heard
Erra Fazira- Forgot the title
14. the last thing you bought?
Nasi Lemak
15. the last place you went?
7 - 11.
16. the last food you ate ?
Nasi Lemak
17. the last thing you heard from your parents
”Bawak Handbag tu baik-baik”
18. the last thing you said to your parent (s)?
Bye abah, bye mak
19. the last thing you said to one of your friends?
I hope the reunion cancel
20. the last thing you read?
Ms Simon says by Mary McBride
21. the last person you called?
The person who repaired my computer
22. the last person who called you?
Yana
24. the last person who msg you?
Ashrani
25. the last person who said you're handsome/pretty?
erkkk…
26. the last person who gave you a testimonial?
Maximus a.k.a Nizam
27. the last person who messaged you in YM?
Fathiah
28. the last person you're with?
Yana
29. the last person you kissed goodnite?
hmmm….
30. the last person you kissed?
Mak
31. the last person you think of before going to sleep?
Actor in the drama that I watched before going to sleep
32. the last thing you're going to do before going to sleep?
Pray and doa
03.25.05 (7:49 am) [
edit]
5
Comments
Hish
Aku rindu la. Puas aku dail no telefon kau. Susah betul nak dengar suara, busy je memanjang. Kadang-kadang kau tak angkat telefon tu. Bila dah dapat, gembiranya aku tak terkata. Tapi yang paling aku geram, bila kau cakap kau tak jumpa barang kesayangan aku tu. Kau cakap kau akan cari balik dan akan telefon aku semula. Aku tunggu dah dua hari kau tak telefon. Risau pulak hati ini. Nasib baik ada yang lain sebagai pengganti.
Cepatlah siapkan komputer aku tuh. Aku hantar last week pon tak siap-siap lagi. Hish
03.23.05 (10:38 am) [
edit]
1
Comments
Isnin
Sekolah dah kembali dibuka. Jalan kembali jam seperti biasa. Teruk pulak jam pagi ni. Agaknya semua orang keluar awal sebab sampai lambat ke ofis.
Pagi tadi masa tengah beratur kereta nak bayar tol (touch n go), datang satu kereta wira ni cuba nak potong queue. Agaknya tak sempat brek, kereta tu langgar divider tol. (padan muka) Kena maki+hon driver tu dengan pemandu kereta kat depan.
Bila kereta abah dah selari dengan kereta wira tu, kitorang nampak driver dia perempuan, tengah sibuk cakap dengan handphone dia. Lepas dah bayar duit tol, nampak satu kereta Gen2, berenti. Ni mesti nak maki driver kereta wira tu.
[u]Pengajaran yang aku dapat hari ni [/u]
bawak-bawaklah bersabar walaupon queue tol panjang
bawak-bawaklah bersabar kalau jalan sungguh jam
p/s cuti sekolah yang berikutnya jatuh pada penghujung bulan May sehingga pertengahan bulan Jun.
03.21.05 (10:06 am) [
edit]
2
Comments
HaPPy birthday!

[b]Happy birthday to my cutest sister Yana![/b]
03.18.05 (9:39 am) [
edit]
3
Comments
Abah vs Mak
Masa nengok 999 channel TV3:
Zakiah Anas: Blah, blah, blah..... mereka yang ditangkap berumur dalam lingkungan 16 hingga 40 tahun.
Abah: Ya Allah, dah 40 tahun pon nak hisap dadah lagi, tak reti wat kerja berfaedah langsung. Duduk rumah je lah, beribadat lagi bagus
Mak: Ala, tuh takpe lagi, ni budak-budak umur 16 tahun nih ha, kesian mak bapak dia. Harapan negara tu. Terpengaruh la tu. Takut nengoknya haa.
p/s - nak try kuiz ni?
What Age Quizumur aku 14 :shock:
03.17.05 (8:17 am) [
edit]
0
Comments
Computer
Again my computer buat hal. Semalam dah hantar Low Yat pergi repair. Technician tu cakap, paling cepat 3 hari, paling koman lama pon 1 week. Lucky me, dapat guna laptop GM yang lama. Alhamdulillah, kalau tak bernafas dalam lumpur kebosanan aku dekat office without computer.
Semalam aku dah type panjang untuk entry hari ni. Tapi aku terlupa nak buat backup file tu. Dah kena hantar repair alamatnya habislah diorang format balik computer aku tu. Nasib baik report semua dah aku send copy dekat computer kawan aku.
Best gak pakai laptop, menaip sakan pon orang tak dengar :evil:
Sana sepet, sini sepet, Apa ada dengan sepet. Semua cakap best. Best seperti makan pizza ke? Melalui blog member aku, aku dapat tahu cd dah keluar. Kalau Sue sepet duduk dekat dengan rumah aku kan best. Boleh pinjam cd Sepet.
03.15.05 (9:08 am) [
edit]
0
Comments
Good Monday
Pagi Isnin, selalunya jam 6.45a.m aku keluar rumah, jalan raya akan sesak teruk. Tapi hari ni, jalan tak se’jem’ yang disangka. Mula-mula pelik jugak, hari ahad ke ni? Atau ada public holiday. Lepas tu barulah teringat, cuti sekolah dah bermula. Al-patutlah jalan tak sesak. Kalau hari-hari macam ni kan best. Disebabkan jalan tak jem, aku sampai office pukul 7.40a.m. Awal nya…
Aku decide aku suka cuti sekolah.
Abah suggest sempena cuti sekolah ni, suruh aku drive pergi office. Kereta tak banyak, katanya. Sigh, mana aku berani.
Bila la nak berani ni….Tapak tangan sebelah kanan gatal. Nak dapat duit ke keluar duit?
03.14.05 (10:25 am) [
edit]
6
Comments
Di mana Kami
Dua orang sahabat karib yang baru lepas menonton cerita Hindustan kat panggung wayang bertelagah tentang kehebatan hero filem tersebut. Semasa memandu kereta dalam perjalanan balik ke rumah pun mereka masih bertegang urat.
Ervina : Aku rasa Hirthik Roshan lagi hebat dari Shah Rukh Khan.
Aniz : Alaa....Hirthik tu harap kan muka dan badan aje lawa, kacak, tapi lakonan masih 3 bintang ! Dengar tak ? Tiga bintang !!!
Ervinna : Eh, apa pun....bagi aku Hirthik tetap hebat.Macho! Seksi lagi!
Aniz : No way....Shah Rukh Khan tetap no.1!!!
Tanpa disedari, kerana asyik berpot pet....pot pet....kereta yang dipandu telah tersesat jalan.Kelam kabut dua orang gadis tersebut dibuatnya. Setelah menyusur jalan hampir 15 minit, mereka akhirnya ternampak kelibat seorang tua berkopiah putih, berkain sarung, sedang menuntun basikal di pinggir jalan. Mereka bercadang bertanya lelaki tersebut dan kereta yang dipandu berhenti betul2 berdekatan lelaki tua yang nampak warak. Bersih wajahnya.
Ervina : Er...pakcik... boleh tumpang tanya...
Lelaki tua : Ye...ada apa yang boleh saya bantu anak berdua?
Ervina : Er...kami sebenarnya sesat jalan. Di mana kami berada sekarang.
(Lelaki tua kelihatan menggaru kepala)
Aniz : Aha pakcik....di mana kami sekarang ?
Lelaki tua tu dengan selambanya menjawab : 'Dalam kereta" dan terus berlalu dari situ.
03.14.05 (8:07 am) [
edit]
1
Comments
ITs Friday again

Its Friday again. Im happy coz tomorrow is Saturday. :lol:
Thanx to Allah, I got what I want. Alhamdulillah
03.11.05 (9:26 am) [
edit]
2
Comments
Memandu

Aku ambil lesen memandu masa aku semester terakhir first year dulu. Masa tu tahun 2001. Lepas berjaya dapat lesen, boleh dikira dengan jari berapa kali aku drive. Alasan aku untuk mengelat drive, takde kereta nak drive. Tapi alasan yang paling famous, kereta Abah besar sangat, aku tak berani bawak. Totally different dengan kereta kancil masa aku belajar drive dulu. Lepas tu siap tambah, kalau ada apa-apa yang berlaku, aku kesian kat Abah yang kena repair kereta dia nanti.
Tahun 2005, aku berazam taknak mensia-siakan RM700 yang aku bayar untuk dapatkan lesen kereta. Jadi, aku pon kuatkan semangat nak drive kereta. Kereta abah pon takpe la, at least sekarang kalau ada apa-apa berlaku (na'uzubillah, mintak dijauhkan) aku dah ada duit nak bayar segala kerosakannya nanti. Tapi setiap kali aku drive, mesti ada orang yang akan duduk sebelah aku.
Memang mencabar drive kereta kat KL. Kereta main masuk sana-sini. Aku pon cuak jugak. Memang lain sangat masa belajar ambil lesen. Takut seh. Aku akui aku memang drive slow, tak alert sangat :lol: sighh. Jadi selalulah dapat ceramah free undang-undang jalan raya dari Abah.
Mungkin lepas dah practise drive kereta and berani sikit, azam aku nak drive kereta pergi Mid Valley. :lol:
03.10.05 (1:11 pm) [
edit]
6
Comments
Edisi terlampau
Subject:Penjual telur yang terlampau
Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.
Pembeli: "Dik, telur sepapan berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
03.09.05 (2:33 pm) [
edit]
8
Comments
Breakaway
Grew up in a small town
And when the rain would fall down
I'd just stare out my window
Dreamin' of what could be
And if I'd end up happy
I would pray
Trying hard to reach out
But when I tried to speak out
Felt like no one could hear me
Wanted to belong here
But something felt so wrong here
So I prayed I could break away
I'll spread my wings and I'll learn how to fly
I'll do what it takes till I touch the sky
And I'll make a wish, take a chance, make a change
And break away
Out of the darkness and into the sun
But I won't forget all the ones that I love
I'll take a risk, take a chance, make a change
And break away
Wanna feel the warm breeze
Sleep under a palm tree
Feel the rush of the ocean
Get on board a fast train
Travel on a jetplane, far away
And break away
I'll spread my wings and I'll learn how to fly
I'll do what it takes till I touch the sky
And I'll make a wish, take a chance, make a change
And break away
Out of the darkness and into the sun
I won't forget all the ones that I love
I gotta take a risk, take a chance, make a change
And break away
Buildings with a hundred floors
Swinging round revolving doors
Maybe I don't know where they'll take me
But, gotta keep moving on, moving on
Fly away, break away
I'll spread my wings and I'll learn how to fly
Though it's not easy to tell you goodbye, gotta
Take a risk, take a chance, make a change
And break away
Out of the darkness and into the sun
But I won't forget of the place I come from
I gotta take a risk, take a chance, make a change
And break away
03.08.05 (10:49 am) [
edit]
0
Comments
Kedai labah-labah

Dekat area office aku, ada banyak tempat makan. Ada satu gerai dekat foodcourt yang aku and officemate suka pergi. Kami panggil Kedai labah-labah. Harga pon berpatutan, nasi campur, lauk ikan keli dan ulam serta air bali baru RM3.50. Kalau pergi gerai yang selang 4 pintu dari kedai labah-labah, aku akan dikenakan RM4.50. Jauh beza harganya. Tapi kalau hari Jumaat, aku akan makan dekat kedai yang mahal ni sebab setiap hari jumaat, tokei kedai akan sedekah buah limau kecik and pisang untuk pelanggan yang makan dekat kedainya.
Ada cerita di sebalik nama kedai labah-labah ni. Musim panas ni memang selalu jugak aku makan ABC. Ada sekali tu order ABC aku terjumpa labah-labah yang masih hidup lagi dalam mangkuk ABC aku. Aku perasan kewujudan labah-labah tu sebelum aku runtuhkan timbunan gunung ais ABC dan selepas aku habiskan aiskrim di atas gunung ABC tu. Memang nasib baik, labah-labah tu tak mati. Report kat makcik tu and aku dapat balik ABC yang ada aiskrim kat atas.
Sejak kejadian tu tobat taknak makan ABC dekat kedai labah-labah. Makan nasi campur aje ngan air suam.
03.07.05 (2:44 pm) [
edit]
2
Comments
Telekom
Abah ambil keputusan nak stopkan line telefon dekat rumah. Pada abah, RM26 terlalu mahal untuk sewa line tu. Average bil telefon rumah aku ialah RM70 - RM80. Mungkin pada abah, dia tak mahu bayar bil yang dia tidak guna langsung. Kalau ada dia guna pun hanyalah telefon Makcik aku dekat Melaka. Itu pon boleh di kira dengan jari. Most of the time Abah guna telefon office untuk telefon sedara-mara dekat kampung. Telefon di rumah hanya busy di tangan Mak yang sering menelefon atok atau di tangan Yana yang bercinta dengan bfnya.
Aku volunteer untuk bayar bil telefon tapi abah berkeras mahu potong line tu. Tambahnya lagi, kami adik-beradik ada handphone (kecuali Ikin). Mahu tak mahu terpaksa ikut. Abah bercadang belikan handphone untuk kegunaan Mak di rumah sebagai ganti. Lepas ni, no more gayut dengan kawan-kawan aku. No more internet dekat rumah.
Nasib baik dekat office ada line internet.
03.07.05 (8:53 am) [
edit]
4
Comments
Geram, aku geram.
Baru lepas format pc. Terlalu banyak masalah. Pulak tu asyik restart aje. Geram sangat terus aku format pc ni. Susah aku nak buat kerja sebab dia asyik nak restart. Hopefully jangan la buat perangai lagi. Dan aku jumpa lagi satu problem. Graphic card tak lepas logo testing. Ape bendanya pon aku tak faham. Isnin kena mintak no telefon tuan kedai yang jual pc nih.
Actually masuk kali ni dah 3 kali aku format. Walhal pc ni baru aje 2 bulan usianya. Dah pernah hantar ke kedai untuk repair, tapi katanya software problem. Aku pon dah naik malu nak ngadu kat boss yang pasal pc ni. Asyik-asyik muka aku ni aje yang cakap "Kak, pc saya asyik restart lagilah".
Satu hal lagi, keyboard aku ni, button 'D' kena tekan kuat-kuat skit. Pas tu kalo menaip, bunyik dia satu office boleh dengar. Memang kantoi lah kalo tengah chatting.
Esok Sabtu dah. Yippie :lol:.
03.04.05 (3:31 pm) [
edit]
4
Comments
Tabung family
Dah masuk bulan March. Gaji tak dapat-dapat lagi. Disebabkan aku asyik merungut tak dapat gaji, abah mencadangkan Tabung Family ditubuhkan. Setiap orang yang bekerja dalam family aku termasuk Mak, simpan RM10 ke dalam tabung besi tu. So sesiapa (especially aku) kalau kesempitan duit tika tiba ujung bulan mahupon awal bulan boleh guna duit tabung tu dan wajiblah menggantikan semula jumlah wang yang dipnjam bila dah berduit nanti.
:lol: sigh.. malu je.
p/s serius tengah sengkek
03.02.05 (10:48 am) [
edit]
4
Comments