Cuaca



Cuaca hari ni panas. Aku masih berharap agar hujan di tengah hari atau petang nanti. Syukur Alhamdulillah, hujan masa hari minggu dan semalam mengurangkan jerebu. Sky is clear macam biasa. :)

Jewel In The Palace

Tengok tak cerita ni?. Cerita drama bersiri dari Korea. Best sangat. Malam ni last episod.

Heroin Changjin yang cun.

Pegawai Min, boyfriend Changjin. Hensem woo


Maharaja yang syok kan Chanjin. Last-last, mati sebab sakit usus


Tangisan

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta
menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia
ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu
kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah
air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa
mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang
Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu
manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan
tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air
lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:
 
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh
yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang
membuat persediaan .

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita
kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu
adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat
bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri,
segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.


Serulah air mata itu ari persembunyiannya di balik kelopak mata
agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga
semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api
neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari
qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka
berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan
kering."

Air mata tanda rahmat Tuhan

 

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya &
perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si
mayat.(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

 

p/s - rasa nak nangis, kepala sakit,...

Bad Monday

Dekat office sekarang ni. PC aku tak boleh start. Geramnya :evil:. Nasib baik officemate tak datang. Dia MC, food poisoning. Bolehlah pinjam pc dia untuk hari ni. Dulu dah bawak pc ni pergi repair, sebab masa tu pc aku asyik restart dengan sendiri. Tapi orang tu cakap, software problem. EEEEEE, :evil: geram betul la. Dah 2 kali format plak tu. Tak sampai 2 bulan pc ni. Macam-macam problem. Dahlah semua report ngan kerja aku kat dalam tu. EEEEEEEE :evil: GERAMNYA! Orang dahlah tengah banyak kerja ni

Renungan

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis


Dr. HM Tuah

Update

"Cuti pergi mana?"

"Duduk rumah aje."

"Tak bosan ke asyik duduk rumah aje?"

"Ermm, takdelah bosan sangat. TV kan ada, radio ada. Lagipon duduk dengan parents, kalo sunyi boleh ajak diorang berborak. Ramai orang dok dekat rumah, takdelah bosan."

"Pergilah jalan-jalan ke. Pergi Putrajaya ke, KL ke."

"Malaslah, duit minyak takde. Lagipon KL tu hari-hari aku pergi kerja sana. Biarlah aku duduk releks dekat rumah pulak."

"Laa, pergilah dengan boyfriend, biar boyfriend ko bawak ko pergi jenjalan, jimat minyak."

"Ko ni, aku mana ada boyfriend."

"Cariklah satu"

"Senangnya cakap. Malasla nak cari. Biar dia datang sendiri."

"Suka hati ko la"

..

We are born with two eyes in front because we must not always look behind but see what lies ahead beyond ourselves.

We are born with two ears, one left and one right, so that we can hear both sides, collect both the compliments and criticisms.

We are born with a brain concealed in a skull, then no matter how poor we are, we are still rich and no one can steal what our brain contains.

We are born with two eyes, two ears but one mouth for the mouth is a sharp weapon. It can hurt, flirt and kill: remember our motto -- talk less, listen and see more.

We are born with only one heart, deep in our ribs and it reminds us to appreciate and give love from deep within.

p/s - Susahnya menjaga hati Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan Ia merupakan wadah Rebutan di antara malaikat dan syaitan

..

Cuti panjang dah berlalu. Aku tak kemana-mana pon. Cuti banyak dihabiskan lepak dekat rumah. PC dekat rumah dah sihat dah. Tak tau camne abang aku godek-godek sampai pc ni boleh sihat. Lantaklah, janji boleh guna. Dah malas nak beli PC baru.

Semalam pergi rumah Mak Itam, dia buat kenduri sempena masuk rumah baru. Sampai sakit-sakit perut aku asyik angkat benda berat. Seronok jumpa sedara-mara semua.

Hari kedua cuti tahun baru cina, pergi piknik kat Sungai Tekala. Aku tak mandi pon, main-main air aje. Seronok tengok budak-budak main terjun-terjun. Macam-macam gaya ade. Semua orang tepuk tangan, macam nengok pertunjukan dolphin pulak. Tempat dia best sikit la dari Sungai Congkak. Ramai sangat orang pergi piknik kat sungai. Takut kot kalau-kalau ada ombak besar lagi.

Terima kasih la dekat kengkawan yang wish aku sempena birthday aku Rabu lalu. Terharu aku dengan ingatan kengkawan semua, walaupon tak dapat hadiah tahun ni, tapi tak kisahlah, dah besar dah pon untuk dapat hadiah. Moga-moga apa yang kengkawan doa dan cakap semoga aku nih murah rezeki, dapat jodoh yang baik dan dipanjangkan umur, dimakbulkan Allah. Amin…

p/s - Lize' thanx again for the wishes, siap dengan lagu birthday tu. Terharu aku. BTW, apa yang ko cakap nk antor kt email tu?

Update

Penat aku taip panjang-panjang, pastu hilang macam tu je. Hish. Takde mood nak taip lagi.


 

..

Salam Maal Hijrah 1426H

Menyintai tidak semestinye memiliki ...

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya
Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan
Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki dir kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali

Febuari

Sekejap saja kita dah menginjak ke Febuari 2005. Bulan ni jugak genaplah umur aku 23 tahun (9 Februari 1982). Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, dapat jugak aku mengharungi usia 22 tahun ini dengan mudah. Kalau mak aku dulu, umur 23 tahun nih, dia dah kawin dah. Umur 24 dapat abang aku, umur dia 25 dah dapat aku. Gulp!


Yer, makin umur bertambah, soalan bila nak kahwin memang famous. Dah lali dah. Malas nak amik pot. 23, aku rasa macam dah tua. Kak Hass cakap aku muda mudi jambu lagi. Tapi pada aku, aku dah tua. Tua sebab tak dapat naik gelongsor sebab segan nak naik (takut patah papan gelongsor tu). Segan nak beli happy meal dekat McD. Segan nak pergi nengok collection barbie doll dekat shopping complex.


Terima kasih dekat mak and abah yang susah payah melahirkan dan membesarkan aku, melayan kerenah anaknya ni. Tak terbalas jasa. Semoga tahun yang mendatang ni Allah murahkan rezeki aku and dipertemukan aku dengan orang-orang yang baik, agar mereka dapat membawa aku menuju kepada kebaikan di dunia dan di akhirat.

DAri blog Ita





Your Dominant Intelligence is Logical-Mathematical Intelligence


"


You are great at finding patterns and relationships between things.
Always curious about how things work, you love to set up experiments.
You need for the world to make sense - and are good at making sense of it.
You have a head for numbers and math ... and you can solve almost any logic puzzle.


You would make a great scientist, engineer, computer programmer, researcher, accountant, or mathematician.



http://www.blogthings.com/intelligencequiz.html" title="http://www.blogthings.com/intelligencequiz.html" target="_blank"http://www.blogthings.com/int..."What Kind of Intelligence Do You Have?

Cuti

Back to work macam biasa. Semalam wilayah cuti. Aku tak terkecuali. Office aku special skit. Nama je office kat KL, tapi cuti Thaipusam pon cuti jugak. Cuti, cuti, cuti. Best woo. Next week cuti lagi. Tapi after this month, takde public holiday lagi.


Tadi baru amik gaji,


Sales sana, sales sini


Menggoda godi iman di hati..


ini tak boleh jadi,


balik rumah, kurung diri.