hmm

Tadi kat dalam toilet, ada seorang nih (intern) tanya aku. Tak sedih ke aku esok last day kat office nih. Aku jawab "Not really"

Sebenarnya aku tak sedih sangat nak meninggalkan office nih. Cuma sedih sebab aku kena start balik cari kerja. Kena start semula all over again.

Ralat jugak nak tinggalkan office nih, sebab boss aku baik and transport pon kira senang dekat sini. Paling aku suka, jalan ke Cyberjaya takde traffic jam.

hmmm :(

Isnin

Kusut betul pemikiran dan perasaan aku dua tiga hari nih. Aku gelarkannya otak weng-weng . Habis satu masalah, muncul pula hal lain. Ish-ish, geram.

Plan tidak berjalan seperti yang dirancang. Semalam, plan nak berkonvoi raya terpaksa dicancel sebab ramai yang ada hal last minit. Gamaknya ramai orang berkawin ahad semalam. Tak tahu bila aku boleh bersua dengan kawan-kawan yang lama tak jumpa.

Bila plan tu dicancelkan, aku ingat yang aku boleh ikut mak dengan abah pergi beraya, tapi akhirnya aku duduk rumah je semalam. Kereta abah accident. 3 cars in a row. Kereta abah kereta yang penghabisan join aksi berlanggar tu (nih kes follow dekat-dekat). Penghabisannya, kereta itu akan tersadai di bengkel selama 2 minggu. Duhhh, busannnn :roll:

Simple Plan

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Like somehow you just don't belong
And no one understands you
Do you ever wanna runaway?
Do you lock yourself in your room?
With the radio on turned up so loud
That no one hears you screaming


No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me


To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life


Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more?
Before your life is over
Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding


No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me


To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life


No one ever lied straight to your face
No one ever stabbed you in the back
You might think I'm happy but I'm not gonna be okay
Everybody always gave you what you wanted
Never had to work it was always there
You don't know what it's like, what it's like


To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like (what it's like)


To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life
Welcome to my life
Welcome to my life

Plan

Tadi lunch pi makan kat Street Mall. It’s a farewell lunch la lebih kurang. Yang paling best its FREE!!!, :lol: yeee … ermm, kene ask boss betul ke tipo ke dia nak belanja tadi. Anyway, next Tuesday will be my last day in the company. Fifah pon sama (intern sebatch dengan aku). Tina pulak (intern from Germany), ari nih last day dia kat sini. Sob sob sob, sedeh la pulak. Dah lah tak dapat offer sambung. Memburu pekerjaan la aku lepas nih.

Kejap je dah hari jumaat. So weekend nih and weekend depan aku dah atur program jalan-jalan makan free untuk aku. Esok, dekat dengan kawasan rumah aku ada kenduri kahwin. Makan nasi minyak la kot. Petangnya pulak, InsyaAllah nak pergi rumah Normy, open house. Malam takde plan lagi. Tapi dengar cerita mak nak pergi beraya ke Semenyih. Nih kalau sempat, aku kena ikut. Nak jugak nengok rumah x-jiran aku yang dah lama pindah tuh. Aku tak pernah lagi pergi rumah dia.

Ahad pulak, aku plan nak berkonvoi beraya with the geng sekolah rendah and menengah aku. Setakat nih yang confirm join baru 4 orang termasuk aku. Macam tak best la pulak sikit orang jek. Dah sms kengkawan yang lain ajak beraya, tapi takde pon reply. Ish.

Lepas tuh kalau sempat, aku nak pergi majlis kawin kawan office pulak sebelah malamnya. Itu pon kalau sempat round semua rumah member yang dekat-dekat sini.

Jumaat next week, malamnya, LTPian ajak main bowling sambil discuss kitorang punya Community Project yang tertangguh tuh. Esoknya hari Sabtu, maybe nak ke Melaka, kawan aku kawin. Dia dah ajak, lagipon, kawan aku nak pergi juga, so share duit minyak and tol. Jimat sikit.



Kalau mak tau plan aku nih, gerenti kene toture sekejap.

Jumaat



Sakit kepala. Letihnya dua tiga hari nih. Pergi English Communicative training. Last training before completed my internship program. Belajar balik English. Tapi seronoklah sangat. I really enjoyed the training. Jumpa balik budak-budak yang sama-sama ke Cameron Highland dulu. Biasalah kalau dah jumpa, berborak and buat lawak.

Trainer sungguhlah best. Doktor gigi yang kemudiannya tukar kerjaya jadi English trainer. Macam-macam ceritanya pada kitorang. Pasal anak-anak dia, Isu semasa and some of her experiences. Belajar-belajar jugak, tapi gelak-gelak jugak. Tadi last day training. Before balik, trainer siap pesan dekat kitorang yang kire muda lagi nih (freshgrad)

“Walk straight and walk talls”
“Be yourself and never bother what people think about you”
“Be good to your parents and friends”
“Thank god for everything”
“Be good children and citizen”

Yang last sekali dia pesan, “You are now in the next phase of your life, it is the time u start to make money”. Lepas tuh dia hug student dia (nasib baik trainer perempuan).

Betul apa yang trainer aku tuh cakap. Sekarang masa buat duit. Balas kembali jasa kedua ibu bapa. Sedih je lepas nih. Mesti susah balik nak jumpa kawan-kawan internship aku.

Tinggal lagi 2 hari untuk datang ke office nih. hmmm
:?

p/s - gambar ehsan dari yuriyama.

.

ada training td siang tadi sampai khamis nih. Will update later.

Apsal la semalam tblog down. Kebosanan aku dekat office tak boleh berblog.

Soalan



Selagi kita hidup, sudah pasti tak sudah-sudah soalan baru yang kita kena jawab.

Dulu masa aku kecik belum masuk sekolah, diorang tanye bila nak sekolah.

Bila dah sekolah, orang tanya bila nak masuk sekolah menengah.

Bila dah sekolah menengah, orang tanya bila nak PMR.

Bila dah PMR, orang tanya bila nak SPM.

Bila dah SPM, orang tanya sambung belajar dekat mana

Bila dah masuk U, orang tanya lagi bila nak abis belajar.

Bila dah abis belajar, orang tanya kerja kat mana.

Bila dah kerja, orang tanya bila nak kahwin.

Bila dah kahwin, orang tanya bila nak dapat anak.

Bila dah ada anak sorang, orang tanya bila nak tambah anak.

And the list goes on and on and on and ……

Masa raya hari tuh ada sepupu aku tanya “Kak Joyah (bukan nama sebenar) tuh dah tunang, turn kak Paiz bile pulak?”

Lepas tuh ada makcik aku (Busu) pulak tanya “Ko nih dah habis belajar, bila pulak nak kahwinnya?”

Untuk menangkis soalan yang macam tuh, aku akan jawab “Saya nih kerja tetap pon takde, nak jugak bagi mak and abah merasa duit saya. Soal jodoh tuh saya serahkan saja pada Allah.

Masa Busu aku dengar jawapan aku tuh, dia siap nak rekemenkan aku ustaz dekat masjid kampung dia. Aku gelak puas-puas lepas tuh memang aku tolak mentah-mentah. Segan aku.

Masa boss tanya aku ada pakwe ke tak lagi best aku jawab. “Saya mana ade pakwe, single lagi. Kalau takde jugak sesiapa masa umur saya 26 tahun, saya nak suruh parents saya carikkan.”

Im getting tired with all the questions. Cubalah kalau baru jumpa aku di tanya soalan “Apa khabar?, jom saya belanja awak makan nasi ayam”

Atau pon tanya la “Nanti teman saya pergi shopping. Nanti saya belikan baju untuk awak”.

Tak pon bagilah ayat macam nih “Saya ada sorang kawan laki nih, meh saya kenalkan dengan awak”. Ehehe. Yang nih tak boleh masuk senarai.

Nak aje aku jawab soalan tu dengan jawapan ni “Bagila saya duit ngan pengantin lelakinya sekali. Gerenti kerja semua beres.”. Nasib baik tak jawab, saya nih lesbian. Lagi haru biru .. :twisted: ahahahahha, merepek jek aku nih

Aku suka kalau masa orang aku soalan tuh, mak aku ada sekali. Bolehlah dia tolong jawabkan. So aku akan jadi tukang sengeh jek. Memang tak boleh lari dari persoalan seperti ini. Aku baru nak bernafas, umur insyaAllah nak masuk 23 tahun depan. Memang umur standard kena kahwin ker?

Cakap memang senang. Walau apa jawapan yang di bagi pon, still akan ada lagi mulut yang bertanya pasal benda yang sama. I guess, everybody is concern and care what is going on with my life. :?

Raya

Dah start kerja ari nih. Sepatutnya semalam aku kerja, tapi dah bodek minta permission dengan boss untuk cuti lagi sehari. Nasib baik boss bagi. Bestnya la boss aku nih. Datang ofis pon bukan ada keje sangat. Lagi-lagi dah nak berhenti. Macam tau-tau je.

Tinggal seminggu lebih je aku kat ofis nih. 30 hb nih will be my last day here. Cepat sungguh 6 bulan tuh berlalu. Kerja lain still tak dapat lagi. Aduss. Sarat kepala otak fikir pasal kerja nih.

Enough about kerja. So nak cerita pasal raya. Raya aku tak meriah sangat. Cuma seronok pakai baju baru dan kasut baru (ehehe, akhirnya aku beli jugak kasut raya. 50% off). Seronok jumpa cousin and makcik yang jarang jumpa. Macam biasalah, kalau dah berkumpul ramai-ramai, ada aje bahan borak. Nak tidur pon borak, hatta raya rumah orang pon kitorang borak² lagi.

So raya hari tuh, aku balik lepas solat raya. Solat dekat Masjid Bt9. Lepas solat tuh, amik gambar family. Kemas-kemas rumah sikit barulah bertolak balik. Nasib baik highway tak jam. Cuma banyak kereta jek. 1st destination, raya kampung abah, Melaka. Atok ngan nenek pon takde, so raya rumah adik-beradik abah jek. Lepas dah round satu kampung, barulah bertolak balik ke Muar pulak, kampung Mak. Raya kampung mak best skit. Sebab nenek ada lagi. Cuma Tok Bah jek takde, meninggal masa aku final year kat U. Lepas tuh, rumah nenek aku jadi tempat berkumpulnya adik-beradik mak yang seramai 11 orang tuh. Tidur pon tak cukup-cukup tempat. Belasah je, janji dapat tidur. Yang anak dara macam aku nih, dapat tidur dalam bilik. Yang bujang-bujang pulak merempat sikit tidurnya.

Cousin–cousin dah besar nih seronok skit. Nak bercerita pon best. Bila masing-masing dah besar, nampak ramai je kat kampung. Riuh satu rumah. Cousin-cousin yang lelaki siap buat tournament sepak takraw lagi. Pakcik aku, adik mak pon muda lagi, kira sekepalalah join diorang main.

Raya ketiga dah balik KL dah. Jam teruk sangat. Perjalanan yang selalunya 2 ½ jam jadik 4 jam. Kematu punggung duduk dalam kereta. Abah pon tak sihat sangat. Nasib baik Along ada jadi driver.

Tahun nih tak dapat duit raya. Tapi turn aku pulak bagi duit raya. First time :lol: bagi duit raya. Rasa macam dah tua je. Opps, bukan tua, tapi matang.

Renungan

got this from email

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata zrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi
s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 = 20.571 minit

Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

Renung-renungkanlah...... Wallahualam

Raya

Iklan raya

Dah nengok iklan raya Petronas?? Aku rasa iklan tahun lepas lagi best. Tahun nih cam kureng skit. Tapi yg part last skali tuh, Yang hero India tuh cakap. “Takkan la semua iklan Petronas ada yang mati” .. ermmm macam tu la lebih kurang …

Iklan raya kasut bata plak tak macam iklan raya. Tau iklan raya pon sebab Siti Sarah ade sebut “Selamat Hari Raya dari Bata”.

Iklan raya dari Telekom plak, yang diorang sambut Deepavali dekat oversea. Ermm, very significant. Siap promo jalur lebar lagi. :lol:

Iklan raya yang lain-lain, macam biase-biase jek. Tak boleh nak ingat sebab simple jek iklan raya dia.

Tapi, Iklan raya tahun nih aku paling suke iklan raya TV3. En. Suparjo and En. Rajoo. Kelakar jugaklah. Ngeri part dia tunjuk jari telunjuk berdarah tuh. Last sekali diorang nyanyi

“Ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk bikin muafakat”

Aku ingin mengambil kesempatan nih nak mengucapkan Salam Hari Lebaran buat keluarga tersayang, atok kat kampung, makcik², pakcik², cousin, sedara jauh mahu pun dekat. Tak lupa juga buat kengkawan ..nak sebut pon ramai sangat dan juga blogger-blogger sekalian. Aku nak mintak maaf kalau ada aku terbuat silap, tersalah kata sepanjang kita berkenalan.

”=http://cards.thestar.com.my/r... border=0

25 Ramadhan



Weekend sungguh busy buat kuih raya. Ari Sabtu tolong mak masak kuih goyang atau aku panggil kuih ros. Pinjam tempat goyang tuh dekat jiran. Rumah aku bukan ada pon menatang tuh. Lepas tuh Ahad ikut mak pergi Stadium Badminton Jalan Cheras, ada jualan barangan kilang kat sana. Rambang mata, nasib baik tak tergoda. Tapi beli jugak cadar 3 helai. Petang tu pulak buat cornflakes madu. Kuih paling senang, tuh pon mintak resepi dari Sarah.

Last Friday aku berjaya menggunakan kesemua jenis pengangkutan awam kat Kuala Lumpur nih. Syabas untuk aku. Sebenarnya Jumaat hari tuh aku terpaksa ke Ampang, ada interview. So dari rumah, Abah turunkan aku dekat [b]LRT STAR[/b] Stesen Maluri, pastuh nak ke Taman Melawati tuh aku tukar [b]LRT PUTRA[/b] pulak dekat Masjid Jamek. Sampai dekat Wangsa Maju, aku naik [b]Shuttle bus[/b] pulak. Melilau aku cari ofis dia. Tunggu punya tunggu, dekat pukul 9.30 camtuh aku balik. Ada ke ofis dia tak bukak², telefon pon tak angkat. Sabar je la aku masa tuh, dah la aku sampai awal. Dekat 1 ½ jam jugak aku tunggu. Sebab dah janji dengan boss aku kena sampai ofis pukul 11 camtuh. Aku pon berambus cepat².

Nak patah balik ke stesen Wangsa Maju tuh, aku naik [b]teksi[/b]. Tuh 2nd time naik [b]teksi[/b] sengsorang kat KL nih. Nasib baik tak terjadi pape. Tapi mahallah naik [b]teksi[/b]. Naik balik [b]LRT PPUTRA[/b] turun dekat Masjid Jamek, aku naik pulak [b]LRT STAR[/b]. Nak ke ofis aku kat cyberjaya nih aku terpaksa naik [b]ERL[/b]. Kalau nak diikutkan naik je [b]LRT PUTRA[/b] sampai KL Sentral, tapi tambang [b]ERL[/b] dr KL Sentral lagi mahal berbanding dengan naik [b]ERL[/b] dekat Tasik Selatan. Dah sampai kat Putrajaya, aku kena naik [b]shuttle bus[/b] lagi nk ke Cyberjaya. Sampai ofis letih gila. Nasib baik takde keje sangat.

Petang time nak balik, dari ofis naik [b]bas company[/b]. Macam, biase aku turun dekat KTM Serdang. Sampai-sampai jek hujan turun mencurah-curah, so Along tak boleh amik aku. Aku naik [b]Komuter[/b] turun dekat Tasik Selatan. Dari sana, aku naik [b]LRT STAR[/b] ke JJ Maluri. Dahlah tak bawak payung, redah jugaklah. Lepas bukak pose sengsorang, aku naik [b]bas Intrakota[/b] plak balik rumah.

Sampai rumah, letih teramat sangat. Nasib baik tak kena demam sebab hujan tuh. Kalau ada anugerah untuk pengguna Public Transport tuh, akan aku calonkan diri aku. Mesti menang. Bolehlah aku claim balik segala duit tambang yang aku dah sedekahkan pada kaunter tiket yang berkenaan.

From my Inbox

Aku pernah terfikir....aku sendiri masih musykil... Rata2 biodata yang tak rata dari kaum hawa semuanya mesti ada ayat2 sebegini:

1. Calon suami yang tidak merokok.
2. Calon suami yang bersembahyang, taat pada perintah Allah
3. Penyayang, Penyabar
4. Suka Berterus terang.
5. Romantik
6. TIdak mempermainkan Kaum Hawa
7. Berbudi Bahasa
8. Kelakar

hakikatnya....

1. Purata 9 daripada 10 lelaki adalah perokok, camner la korang nak carik yang tak merokok...kekadang tu dia tak merokok depan korang...tapi belakang

2. Yup, Sembahyang @ Solat... yang diwajibkan ada 5, tapi alahai...kadang² dapat 3 pun dah besar rahmat dah la..Wallahualam..

3. Penyayang & Penyabor?? mungkin masa bercinta & masa tengah carik jodoh jer kot...riso lepas kawin jadik Penerajang & Penampor jerk..

4. Lelaki memang suka berterus terang...takde gelap2 punya...omputih kata straight 2 the point...melayu kata, sound tepat...

5. Romantik? apa definisi romantik yang sebenarnya? cari dalam kamus tengok - camner ciri2 lelaki romantik...sesapa leh huraikan??

6. Kaum lelaki memang tidak pernah sesekali mempermainkan kaum Hawa..never...ever...forever... hakikat yang berlaku sekarang ni...kaum lelakila yang banyak kena main dengan kaum Hawa...lelaki kalau dia kata dia sayang, dia cinta.... arus elektrik pun tak dapat hanyutkan dia....but ingat....itu kalau dia kata dia sayang or cinta jerk

7. Berbudi Bahasa ni kena tengok dengan attitude seseorang tu..kalau cara dia cakap dengan kita pun macam hampeh, takkan la dia tak hampeh depan mak bapak kita esok. nak yang betul berbudi?? cari la yang tak hampeh...

8. Kelakar....nampak gaya kaum lelaki kena langgan majalah ujang la...supaya ada modal time dating nanti...memang best dapat pasangan yang kelakar...tapi
kalau sebijik macam Mr. Bean...rasanya mak bapak kita pun malu nak ngaku menantu..kan..kan...kan?

apa yang kaum hawa tulis semua tu...dapat ker korang cari yang ada kesemua ciri tu....kalau dapat...berapa lama?? masihkah ada lelaki sedemikian?? takut2 kalau dah pupus jerk...

carilah yang berkenan dihati...buat Solat Istikharah bila nak buat pilihan hidup..soal masa depan bukan mainan.. jangan carik yang kemas berkemeja tapi rupa² kerjanya Peragut, Penagih, Penipu dan semua P yang dikategorikan sebagai Penjenayah...

Mana yang bersifat sementara masih ada peluang kita mengubahnya, mana yang kekal doakanlah moga Allah beri petunjuk dan hidayah padanya. Jangan kita terlalu memilih mengikut kehendak kita.... Jodoh & Pertemuan ketentuan Allah semuanya...Amin

p/s email yang kawan aku foward kat aku. Dari ayat yang dia tulis, aku rasa penulis dia lelaki. Bila bace ada betulnya apa yang si penulis cakap

Banjir



Sekarang nih musim hujan. Nengok berita pon ade kesah pasal banjir. Kesianlah dekat kawasan yg rendah tuh. Aiseh, terlupa pulak aku, bukan kawasan rendah je naik air, kat bandar Kuala Lumpur nih pon kengkadang kena banjir jugak. Maybe sistem perparitan yang tak betul atau rakyat suka bebenor buang sampah kat longkang. Pastuh bula banjir, salahkan kerajaan. Biasalah tuh.

Aku penah sekali jek merasa banjir. Bukan kena kat rumah, tapi kat sekolah. Masa f4 and f5 aku dok hostel. Tapi masa insiden banjir tuh aku f5 kot. Hujan lebat mencurah-curah. Lepas bangun and bersiap nak pergi breakfast, terdengarlah announcement cakap kawasan sekolah banjir. Dalam hati aku masa tuh seronok gila, ialah first time nak merasa banjir. Lepas breakfast naik dorm balik pastuh pakai selipar jek pegi sekolah.

Dari dorm nk ke sekolah (kelas aku) dekat jek. Jalan 2 minit camtuh dah sampai dah. Banjir sepanjang laluan susur gajah dari hostel sampailah ke sekolah. Tinggi gak banjir tuh, paras lutut ada kot. aku jalan sambil sinsing kain dengan excitednya.

Nasib baik masa tuh kelas aku tingkat atas sekali. So terselamatlah kelas aku dari banjir. Yang kelas kat bawah, memang kesianlah. Nak kena bersihkan kelas. Banjir lumpur plak tuh.

Masa tuh banjir pon sebab longkang tersumbat. Bukan sebab sampah tapi longkang penuh dengan tanah. Masa tuh sekolah tengah buat new building.

Sampai kelas, aku dok menebeng lagi nengok banjir dekat luar. Masa tuh siap kena sound dengan kawan aku, sebab aku excited sangat nengok banjir. Nasib baik masa tuh banjir dekat kawasan sekolah je. Tak melarat dekat kawasan hostel. Tuhlah kenangan best masa sekolah dulu.

21 Ramadhan 1425H

hari nih masuk ari ke 21 kita berpuasa, cepatnya. Ringtone aku pon aku dah set ke lagu raya. Tapi lagu raya yang sebetulnya aku tak dengar lagi. Mana taknya, dah lama aku tak dengar radio.

Baju raya aku pon tak siap lagi. Kasut raya tak beli kot. Pakai selipar je la raya nanti. Takpe, nanti orang nengok baju ngan tudung je, orang tak pandang kat kaki. Lagipon, masuk raya rumah orang, orang dah tak pandang selipar dah.

Cuti tinggal 2 hari, so masa isi form tadi aku mintak cuti ari Jumaat next week and Rabu after raya (Raya keempat). Kiranya aku cuti straight dr deepavali sampai Raya. Okehlah tuh, lagipon baju raya aku tak siap lagi. Nak sudahkan jahit leher baju and kelim tgn and bawah baju tuh. Baju yg lain tak amik lagi kat tukang jahit. Sekarang takde masa nak menjahit. Lately lepas solat terawih, aku dah cari bantal nak tidur.

Bush win the election. If Im one of the US citizen, my vote will go to Kerry. eheheheh Anyway, kesian la dekat rakyat Iraq nanti. Nak buat camner, doakan rakyat Iraq terselamat and hidup dalam keadaan aman sejahtera.

From my inbox

--rip from Cyberita--
SALIM OMAR

MINGGU lalu, baru saya nak seberang jalan ke Masjid Sultan untuk sembahyang Jumaat, seorang pak cik dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tak jadi seberang jalan dan tunggu pak cik berjanggut dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam dan saya menyuruh anak saya mencium tangannya. Orangnya sudah agak berumur.

Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pak cik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'. Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda. Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal. Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya. Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri. Terima kasih kepada pak cik. Pesanannya memang baik.

Kad Raya

Chibi Maruko

Sejak balik awal bulan puasa nih, sempatlah aku nengoko kartun Chibi Maruko kat 8tv tuh. Suka dengan watak chibi yang klaka tuh tuh. Kartun jepun yang dialih bahasa ke Mandarin. Nasib baik ada ari kata Bahasa Melayu. Sambil tolong mak kat dapur, jenguk-jenguk sekejap tv kat depan. Semalam cerita pasal Chibi ada penpal nama Yunna and yang lagi sorang tuh aku tak ingat pulak nama dia. Si Chibi nih nak ada penpal sebab kawan sekelas dia dapat hadiah dari penpal diorang masa birthday. Kawan Chibi yang aku tak ingat nama tuh taknak tulis surat lagi kat Chibi sebab interest dia tak sama dengan Chibi. Last-last si Chibi tuh berutus surat dengan si Yunna tuh selama 3 bulan je, so si Chibi tak dapat birthday present dr Yunna nih. End of Chibi Maruko

Ada satu pengajaran yang aku dapat dari cerita semalam nih, niat kena betul. Jangan mengharapkan balasan dari apa yang kita beri. Berilah secara ikhlas. Kalau nak praktikkan kat hidup aku nih, kalau aku dah bagi orang kad raya, aku tak boleh mengharapkan balasan kad raya dari orang tuh, sebabnya aku teringat kat dia and aku nak bagi kad raya kat dia secara ikhlas.

Kesimpulannya, aku tak dapat lagi kad raya tahun nih, dapat banyak kad raya virtual jek. Tapi klaka-klaka. Takpela, janji ada ingatan dia kat aku.

19 Ramadhan

Lamanya dah tak update blog. Busy busy busy, Khamis lepas aku mc, akhirnya kecundang juga aku dijangkiti demam. Yana je yang terselamat dan sihat walafiat sampai sekarang.

Semalam Selangor cuti Nuzul Al-Quran, aku pun tak sempat nak update blog kat rumah, Last weekend and yesterday ialah hari mengecat dan mengemas rumah. Hari Ahad rumah aku catnya color Pink. Yesterday, tukar cat jadi color biru. Pink tuh striking sangat, so terpaksa beli cat lain, cat semula dinding rumah. 2 – 3 hari nih rumah penuh dengan bau cat minyak. Pedih mata, hidung dan sewaktu dengannya. Nasib baik rumah aku kecik, so takde la penat sangat mengecat. Aku amik part yang senang-senang jek. Abah ngan Along kena la amik part yang kena panjat-panjat tuh.

Semalam Oya call, dia inform aku loan PTPTN dah kena start bayar bulan 12 nih. Adess, kerja pon tak dapat lagi. Sadiss, sadiss, sadiss