13 Ramadhan

Perit, perit, perit tekakku
Sahur tadi makan tak lalu
Hanya minum air suam kuku
Kepala pusing sebab tidur ku tak menentu

Sakitnya tekak aku
Adakah petanda dijangkiti demam itu
Aduh, aku tak mahu
Biarlah demam dihari minggu

Perit, perit, perit tekakku
Nak cakap pon aku tak mahu
Lebih senang ku tunduk malu
Pura-pura khusyuk tak mahu diganggu

Sakitnya tekak aku
Padan dengan muka aku
Asyik telan air batu
Pasnih kena minum air suam kuku

Renungan:
Hai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."

-- An-Nisa': 1

sangap

Busan deh, study coding nih. Tak paham sangat, wadussss.

Pukul 1 lebih dah, nasib baik hari nih tak macam semalam. Semalam asyik menguap jek, malu seh, nasib baik tempat aku jauh dari tempat boss. Agaknya kalau dia nampak aku menguap, dia suruh aku pergi tidur kot. Ehehhe, berangan! Yang member aku pulak, menguap sampai tercabut brooch tudung dia.

Semalam tidur lambat, settlekan hal yang tak settle. Banyak lagi yang aku kena buat rupanya. Hari ni, lepas kerja plan nak ke JJ. Tak berbuka kat rumah ler hari nih, first time, tapi sengsorang la keluar. Malas deh

Lepas abah baik dari demam, turn mak pulak kena. Ikin pon serentak kena demam dengan mak. Kesian pulak aku nengok, terbaring je. Tak makan, tak minum. Orang kat rumah aku nih, jarang kena demam, tapi kalau kena, demam kuat, sampai bangun pon tak larat. Aku pulak, selalu demam biase-biase jek. Boleh jalan-jalan lagi, selera makan pon ok.

So semalam, aku amik alih tugas mak kat dapur. Sampai rumah je terus masak. Macam lipas kudung aku kat dapur. Masa tuh dah pukul 6.15, takut tak sempat jek. Pastuh bila berbuka, yang makannya aku dengan along jek. Mak ngan Ikin memang tak larat bangun. Abah pulak sejak baik demam nih takde selera nak makan nasi. Yana memang balik lambat la. Syahdu je buka pose skit orang camtuh.

Dah masuk pertengahan Ramadhan, sana sini dah start cerita pasal baju raya la, kuih rayala, nak balik kampung mana la. Seronok jek nengok.

Sunyi je ofis, owh, lunch hour rupanya.aku dah start menguap, okeh nak pi solat

9 Ramadhan

Hujan lebat dua tiga hari nih, cuti weekend camnih menjadikan tidur lebih enak. Cuaca mendung, perut kosong, mata pon layu. Eheheheh. Ish, tak elok aku nih. Pose-pose asik tido jek.

Semalam first time pergi pasar Ramadhan kat kawasan umah aku. Teringin nak makan Roti John. Sampai-sampai je kat gerai tuh, orang punyalah ramai. Sampai kena ambik nombor. Aku punya nombor 39. Makcik tuh plak tengah melayan customer no 27. Lama jugak la aku tunggu, sementara tuh pergi beli the bunga kat sebelah gerai. Untung gila ye orang meniaga nih.

Pagi tadi adik aku si yana tanya, bulan puasa nih syaitan kena ikat. So adakah apa yang kita mimpi tuh still mainan syaitan? Ermm, nk jawab ikut sains aku pon bukannya pandai sangat. Jadiknya, terbiar jek soklan tuh tak berjawab

Pergi terawih orang dah semakin sikit. Kesian pulak aku nengok ustaz yang bagi ceramah. Selalu aku lepas buat 8 rakaat dah lari balik rumah, tapi sebab ari nih dok sebelah mak, mak tahan aku tak bagi balik. Tapi lepas abis ceramah aku balik gak, tak tahan nak shee-shee.

Abah tgh demam, 2 hari lepas Along demam. Nih jangkit dengan Along la nih. Tekak aku pon dah start perit-perit. Kena minum air banyak pasnih

8 Ramadhan, kjap nyer

Semalam first time aku tak pegi terawih. Keletihan sebab tunggu Along lama sangat. Lagi 10 minit nak berbuka baru sampai rumah .. walhal keluar ofis pukul 4.50 … hangin jek aku. Tak suka tunggu lama-lama nih. Hujan lebat pulak semalam, sampai ke malam pon tak berhenti lagi. Rahmat kot puasa-puasa nih.

Sejuk nye ofis nih. Semalam boss bagi coding. Java. Adoiii, dah lah tak expert. Blaja java dulu pon masa 3rd year dulu. Aku bukannya ingat sangat. Pc nih plak takde java application. Tak paham aku, camna nak run, boss plak busy, takde kat tempat dia.

Sekejap jek dah jumaat balik, ari nih ari ke 8 umat Islam berpuasa. Mak dah start nengok resipi kuih raya. Selalunya biskut cornflakes mesti ada tetiap raya. Tahun nih nak try cornflakes stail lain plak. Yana dah order almond London kt kawan dia. Bahulu plak, macam biase tetiap tahun mesti ada. Cecah air kopi. Ooppsss..enough about kuih raya. Terlior plak.

Milo

semerbak bau milo dekat ofis. Nak buat camne, ramai bukan Islam kat ofis nih. Ceit ..

On d way ke ofis tadi, ade accident kat Putrajaya. Penuh orang berkumpul. Bomba ke, ambulans ke tak sampai lahi. Remuk abis. Tak sure kereta ape, tapi kaler putih. Driver dia tersepit, Tak tau pengsan ke atau dah arwah. Ada seorang perempuan, wife dia kot, terbaring kat atas rumput, tuh pn orang ramai agaknye tolong keluarkan. Ngeri. Aku nampak dari atas bas je. Bas gerak slow, so dapat la nengok.

Yang memandu, be careful okeh masa drive.

p/s - kebosanan, takde kerja nak buat. Tengah tunggu coding. cepatlah send oit

..

My japanese name is 藤原 Fujiwara (wisteria fields) 歩 Ayumi (walk, deeper meaning: walk your own way).
Take your real japanese name generator! today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

Langkah untuk sentiasa bahagia.

1. Syukuri semua nikmat.

2. Sabar apabila ditimpa kesusahan.

3. Tawakal apabila mengatur rancangan.

4. Ikhlas dalam segala amal dan perbuatan.

5. Jangan dengki dengan kekayaan orang.

6. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan.

7. Jangan goyah oleh fitnah.

8. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

9. Jangan sakiti ayah dan ibu termasuk juga mentua atau saudara mara.

10. Banyak berkunjung ke "rumah" Allah.

11. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk.

12. Perbanyakan zikir dan doa kepada Allah.

13. Cintailah suami/isteri atau keluarga seadanya.

14. Hormati semua orang.

15. Jangan sombong, takbur dan besar kepala.

16. Berlaku adil dalam segala urusan.

17. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran.

18. Perbanyakkan hubungan silaturrahim.

19. Tutup aurat sesuai dengan ajaran Islam.

20. Bicaralah secukupnya dan berhenti apabila rasa tidak perlu.

21. Hargai waktu, berdisiplin terhadap waktu dan manfaatkan waktu.

22. Jangan terlalu banyak hutang.

23. Selalu ingat akan kematian.

24. Jangan melukai hati orang lain.

25. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab.

26. Laksanakan tugas dengan kesungguhan.

27. Lihatlah orang yang lebih miskin.

28. Jangan pula sombong jika kaya.

29. Jadilah manusia yang bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

30. Jangan buat orang lain menderita dan sengsara.

31. Berkatalah yang baik-baik atau diam.

32. Sediakan waktu untuk beriadah.

33. Jangan kaya dengan memiskinkan orang.

kebahagiaan......tak pernah meninggalkan kita...cuma kita yg tak pandai nk menghargai kebahgiaan yg dilimpahkan....bahgia dengan mengingati-NYA selalu...
-FYZ 1505-

aku surf-surf terjumpa list nih, aku kena amalkan langkah-langkah nih.... 8)

kesahnye...

Setakat nih, aku dah pergi 7 interview untuk cari kerja.

1.First time pi interview masa tuh untuk dapat placing industrial training. 3 orang interview aku. Lama jugakla interview, dekat 30minit. Alhamdulillah dapat. Itu pon aku rase, diorang kasik kerja tuh sebab aku desperate terlampau (Dah abis final exam pon still tak dapat tempat untuk industrial training).

2.Kali yang kedua masa last semester final year. Masa tuh ader career fair kat kampus. Yang tuh saja-saja je apply, nak rase macam-mana kena interview seriously. 2 orang interview aku. Yang nih memang tak dapat, big co nih nak 1st class student jek. Teringat lagi, seram sejuk jek tangan kaki semua, sampai ader interviewer dari company lain bagi nasihat, suruh aku cool, jangan tunjuk yang aku nervous. Kang lagi dia tanye lagi banyak soklan.


3.Kali ketiga pergi interview masa lepas grad. Aku main apply jek keje tuh, 2 kali kena interview. Keje nih dapat, tapi aku tolak sebab marketing, kena jual barang-dari pintu ke pintu. Parents aku tak kasik.

4.Kali keempat aku try apply kerja bahagian network. Tak dapat sebab diorang nak orang yang ade experience jek. Fresh grad tak nak.

5.Kali kelima masa apply kerja sekarang nih. Internship program nih. 6 bulan contract. Alhamdulillah dapat. Interviewer dia boss aku sekarang. Aku bernasib baik sebab dia sorang jek interview aku masa tuh, kalau nak dibandingkan dengan kawan aku yg kena interview dengan 5 orang.

6.Yang kali nih pulak masa apply kerja government. Tak dapat, hampa jugak sebab parents aku mengharap sangat aku dapat kerja dengan kerajaan. Ini antara pengalaman pahit aku pegi interview. Aku tak lancar bercakap and aku marah dengan diri sendiri sebab tak bagi idea yang menarik masa interview.

7.Baru-baru nih aku mintak kerja dekat h***, yg nih mmg sedih. Aku tak dapat kerja nih. Semalam dapat surat yang mengatakan aku tak berjaya. Sedih betul, 3 kali pergi interview. Berjaya untuk yang 1st and 2nd, tapi kecundang juga di kali terakhir. Hampa jugak nih.

Aku kena redha jugakler tang interview yang aku tak success tuh. Bukan rezeki aku kot. Hmmm, tabahlah wahai hati. Memang aku tengah sungguh-sungguh mencari kerja sekarang nih. Hmmmm, Ya, Allah, Moga murah rezeki aku bulan puasa nih dan cepat-cepatla aku dapat kerja aminnnn

geram

Ari nih, setelah hampir 5 bulan bekerja, akhirnya aku dapat workstation aku sendiri. (Cam ape jek, next month kontrak nak abis dah)Tapi yang tak bestnya, sebelah aku nih apek yg suke cakap kuat-kuat. Kalau cakap dalam telepon, satu floor nih boleh dengar ape idea, suggestion, arahan, dan segala atok nenek benda pasal kerja. Eeeeeeeeeeeeee, geramnya akuuuu…. Rase nak sumbat kapas kat lubang telinga nih. Eeeeeee, sabar, sabar, sabar, sabar

:evil: :evil: :evil: :evil: :evil: :evil: :evil:

update update

Sakit perut pagi nih, dah 2 kali aku masuk bilik air. Ingat nak amik mc. Tapi kang buat rugi duit, bukan boleh claim pon. Malas ler aku. Dengan tak bersemangat bersiap-siap jugak la pergi ofis. Along pon moody je masa hantar pagi tadi. Heks

Sampai ofis baru perasan, specs aku terkena cat. Cat minyak plak tuh. Korek-korek tak nak hilang. Nih mesti semalam aku tak berhati-hati masa mengecat. Tahun nih mak beria-ia suruh cat rumah. Semalam baru cat grill and tingkap depan. Next week plak abiskan grill dengan tingkap bilik belakang. Dapat gaji bulan nih, mak planning nak cat dlm rumah plak. Adusss, penat la nak mengemas. Tapi aku suke time mengecat. Terasa diri macam pro plak. Aahahah :lol

Bace blog ita, seronok ye kalo ade adik beradik ramai. Aku nih adik beradik 4 orang, skit jek. Jeles dgn orang yg ade adik-beradik ramai.

Bace blog zie plak, she’s a bit jiwang :lol: … ehehhe …

Bace blog oya, gembire member tuh, ade kejiwangan jugak :lol:

Boss dtg td, aku dah dapat keje, okeh..chiowww

MENGUAP MENURUT ISLAM

MENGUAP MENURUT ISLAM

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya”. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia
meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka”. Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada
orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang
demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu”. Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin”. Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu
terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan
menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi
ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan
“Alhamdulillah”, dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”.

5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas
menguap.

Story, mory

Takde mood nak buat kerja. Rasa nak balik rumah je. Boss tak datang lagi, semalam dia buat kerja sampai pukul 4 pagi, tuh pon tau dari email yang dia hantar. Mak aihhhh, bagusla boss. Impressed sungguh. Aku rasa dah siap dah testing semua screen, tapi boss suruh test balik. Aku pon tak paham.

Kenapa la 1 Ramadhan Selangor tak cuti? Sarah kat JB mesti cuti. Johor cuti 1 Ramadhan. Takpe, takpe, nanti Nuzul Al-Quran Selangor cuti. Yabeda bedu…

Semalam bertarawih dekat surau. Nasib baik muat jugakla nak selit. Selalunya awal Ramadhan nih org penuh berterawih. Tak terkecuali dengan surau kat tempat aku. 9.30mlm dah abis buat terawih. Takde ustaz bagi ceramah pon. Maybe malam nih ade kot.

Teringat masa bulan puasa kat kampus dulu. Pergi tarawih kat masjid MMU, tak pon pergi surau kat belakang rumah. Tapi aku prefer tarawih dekat masjid lagi, boleh jumpa member. Kalau dekat surau, selalu kene buli. Makcik-makcik ambik tempat bawah kipas. Aku n housemate kene campak kat tempat tak berangin. Selalunya, exam Sem 2 mesti jatuh pada bulan puasa. So, memang tak pergi terawih la kengkadang tuh. Sibuk menelaah.

Masa menyewa dengan kengkawan dulu, kitorang rajin bangun sahur. Cukuplah dengan buat air milo, dengan makan roti. Borak-borak masa sahur. Lepas azan subuh, solat cepat-cepat. Pastuh tido balik. Buruk betul perangai. Masa berbuka pulak, beli je dekat kedai depan tuh. Punyala pemalas nak masak. Lagi pon masing-masing teringin nak makan sedap masa berbuka. So beli je, express. Makcik kedai pon dah hapal muka student yang asik beli lauk dia. Aku pon dah hapal berapa ringgit aku mesti bayar tiap kali aku amik lauk.

So sekarang nih dah duduk rumah balik, kira untung jugakla. Nasib baik mak aku tak bekerja, jadi tak terabaila hidup masa bulan puasa. Bulan puasa nih, company kasik balik awal sejam. Kiranya pukul 5 dah boleh chalo la. Jadiknya, pukul 6 dah ade kat rumah. Bolehla tolong mak apa yang patut.

Pagi tadi sahur sungguh meriah. Macam dinner pulak. Awal-awal aku memang rajin, nanti lama-lama liat sikit. Tido kengkadang lagi best dari makan. Eheheheh

Panjangnya aku taip. Terajin pulak ari nih.

Nak cerita lagi. Semalam masa on the way ke ofis. Nampak segerombolan orang tgh mogok. Salah satu sepanduk yang aku nampak “Majikan makan daging, kami makan tulang”. Kesian pulak nengok. Aku nampak polis, tapi rasanya diorang tuh tak buat kecoh kot. Polis pon berdiri nengok diorang mogok.

Esok kawan ajak pergi walk-in-interview OCBC. Gambar passport aku dah abis. Aiseh, camne nih?? Nak pergi ke tak??

Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: ?Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.? Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : ?Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.? (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.


Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : ?Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.?

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: ?Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.? (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: ?Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.? (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: ?Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.?

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: ?Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : ?Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?? Berkata Zaid: ?Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.? (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Training and Puasa

Banyaknya kerja. 2 hari tak masuk ofis. Sakit belakang aku, dari tadi asyik menghadap komputer. Adoii, testing tak abis-abis. Nih yang rasa nak pergi training nih :D. Apsal kalau time takde kerja, duduk menghadap komputer lelama pon tak sakit belakang. Hmmmm…. curious

Training semalam sungguh best. Best Presentation Skill Training. Banyak benda yang aku belajar. Voice la, gestures la, tone la. Pastuh pitching, volume, lontaran suara, semua dia komen. Macam Malaysian Idol pulak :lol: Thanks to trainer yang best tuh. Jumpa balik kengkawan LTP34, geng-geng masa ke Cameron Highland. Apa lagi, keluar balik cerita zaman keseronokan masa kat CH dulu. Asik amik gambor jek.

Satu benda yang paling aku suke pasal training is dapat makan free. Start training pukul 9 hingga pukul 5. Dalam 8 jam tuh, 3 kali makan. Breakfast, lunch and tea break. Tapi semalam paling best la makan. Breakfast makan bihun goring n sandwich. Lunch pulak nasi beriani (lauk daging dgn ayam). Time break untuk tea pulak makan Roti jala dengan sandwich. Dah lama tak makan roti jala pulak tuh. Langkah kanan betul. Ada sekali lagi training lepas raya. Pandai eh, pilih bukan bulan puasa.

Bulan Ramadhan dah nak dekat. Excited sungguh. Tinggal sehari lagi. Phewww, nasib baik aku dapat puasa masa 1 Ramadhan. Ehehehe. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga kita dapat menikmati sejuta keberkatan Ramadhan yang penuh mulia ini.

Chiow

Nak air...

Airrrrrr… aku nak air…. Kawasan rumah aku takde air. Begitu juga dengan kawasan lain yang sewaktu dengannya yang sama-sama takde air. Berlengas betul badan ni. Dah la mandi ala-ala kadar je. Mandi kerbau. Cuaca panas ari nih. Sabar, sabar Cik Faizah oiiitt. Esok dah dapat air, mandi ler puas-puas.

Semalam aku cuti. Ke KL menguruskan something. On the way balik, singgah Sogo. Perghhh, :lol: Sogo sale rupanya. Banyak betul benda yang aku berkenan. Nasib baik la takde hati nak membeli. Alhamdulillah, kalau tak, mau kopak poket. Tapi tak dapat tahan diri dari membeli sebuah novel. Bulan ni tak beli lagi. Nak cari buku yang Zie cadangkan, tapi takde la pulak. Ari tuh terjumpa dekat MPH JJ tak nak beli. Padan muka aku. Last-last aku beli buku Norhayati Ibrahim, Pesanan Terakhir seorang Lelaki. Buku nih dah lama keluar, tapi sekarang baru beli. Eheheheh

Sana sini orang buat kenduri sambut puasa. Tadi pun makan kenduri dekat surau. Mak share buat kenduri dengan jiran aku. Kenduri sambut puasa dengan tahlil arwah sekali. Senang sikit, sebab tetamu yang nak di jemput orang yang sama. Takde-takde air pon kenduri jalan jugak. Buat stail buffet. Jimat sikit pinggan nak basuh. Terimas pada semua makcik-makcik yang menolong.

Esok plan nak ke KL dengan mak, cari tudung raya :D. Haish, cam malas nak pergi. Tapi kang mak marah pulak. Aiseh, nak tak nak kena ikut jugak. Mesti penuh orang shopping esok. InsyaAllah Jumaat start puasa, so masing-masing nak cari barang sebelum bulan puasa.

Isnin dengan Selasa ada training. Presentation skill. Tak masuk ofis lagi. Ye ye ye. Suka aku. Malas betul la. Aku tukar tempat lagi kat ofis. Kena share workstation dengan Vendor from India. Tak reti aku nak beramah mesra. No idea nak borak Lagi pon aku nengok dia busy jek. Aiseh, nasib baik next week dia last. Have to survive for 3 days. Adoiii…

SeBaB JaTuH CiNTa PD SeSeoRG...

nih email dr Oya .. aku dah try dah .. ampes jek result dia

SeBaB JaTuH CiNTa PD SeSeoRG...

korang boleh cuba jawab... . tapi jgn tgk jawapan dulu. Tak adillah camtu... .. kalo korang nak tanya kat pasangan anda pon bleh gak...

soalan nyer cam gini... ...

ader 5 perkara berlaku serentak... ...

1.air mendidih kart dapur... .
2.air paip melimpah kart bilik air... ..
3.bayi menangis... ... .
4.telefon berbunyi... ... .
5.ader org ketuk pintu... ..

kalo korang ... .aper yg korang akan buat terlebih dahulu... . susun ikut yg korang rasa lebih penting utk dibuat dahulu... semua pon kena buat...so,susun la elok2

fikir... ... .

fikir... ... .

fikir... ... .

fikir... ... .

fikir... ... .

fikir... ... .

fikir... ... .


sekarang semak jawapan anda... ..

1. kalo anda memilih utk menutup air medidih manandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan dia utk membimbing anda... ..

2. kalo anda memilih untuk menutup pili air yg melimpah di bilik air menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta... ..

3.kalo anda memilih utk memujuk bayi yg menangis menandakan anda mementingkan kasih sayang... ... .

4.kalo anda memilih untuk mengangkat telefon berbunyi menandakan anda mementingkan budi bahasa dan perlakuan pasangan anda... ..

5. kalo anda memilih utk membuka pintu menandakan anda mementingkan rupa paras,fizikal dan personaliti pasangan anda... ..

jangan ler percaya sangat...tp mcm logik :wink:

yawnnnnnn....

ngantuknya... tak pernah mengantuk macam ni. Kat ofis takde kerja. Busan melampaui batas melanda. Bos on leave hari ni n esok. Tak tinggal kerja untuk aku. Kalau nak diikutkan akal fikiran yang jahat nih, nak aja aku ponteng kerja. Datang ke tak datang ke tak beri kesan pon kat sesiapa.

Nasib baik esok aku dah apply cuti. Cuti tinggal lagi 2 hari. Agaknya masa raya esok cuti aku dah abis agaknya. Manalah tahu, kena korbankan cuti sementara nak tunggu raya ni.

Busannya surf. Ada website yang menarik tak?

...

gambo masa training..





Awet Muda

from my inbox...

Pesan Ustaz Ismail Kamus “Untuk Awet muda”

1. Melambatkan minum air setelah makan..... - minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). Minum setelah setengah jam selepas makan.

2. Rajin-rajin baca Al-Quran..... - niat ikhlas kerana Allah bukan kerana nak muda semata-mata.

3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.

4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam - sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya

5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah..... - kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya.....

6. Mulakannya dengan ‘nawaitu’..... amalkan sekerap termampu.....

KEEPERS OF THE FLAME

KEEPERS OF THE FLAME (LTP 34)
(2004)

As I walk into the darkness of the night
Holding nothing but this torch to shine the light
And as we walk into the world that's full of doubt
Knowing that all that we've fought for will be blown away around

I know I don't have to be afraid anymore
Coz together we will keep this flame alive

Chorus:
Never let this fire die
Just remember how we kept it alive
Even though we will walk our different paths in life
Let this fire burn inside
And forever we will keep this fight
Just remember the call
We are the Keepers of the Flame!

p/s - lagu yang di cipta khas oleh faci masa training...miss ya all

Peringatan untuk diri sendiri

Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, sabdanya :

" Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "

Mimpi

malam tadi aku mimpi handbag aku terkoyak. Selalu kalau mimpi, aku tak akan ingat apa yang aku mimpi. Tapi kalau teringat mimpi tuh, perkara yang related dengan mimpi tuh mesti berlaku.

Dulu pernah sekali aku mimpi mata aku sakit, ada bintik² merah tumbuh kat dalam mata. Rupanya, power mata aku naik. Naik 100% pulak tuh.

Cerita dengan mak pasal mimpi aku malam tadi. Mak kata murah rezeki kot. Ntah la, aku asik bayangkan benda yang tak elok jek. Ish, Nauzubillah, mintak di jauhkan.

Wahai otak, berhentilah membuat conclusion yang ntah apa-apa.

LTP 34

sejuknya ofis nih, tak bawak sweater pulak tuh. big boss MC, kesian dia, sakit belakang.

lama dah tak update, ingat nak update masa weekend lepas, tapi busy, tak duduk rumah sangat pon, sabtu ke Cy**rjay*. Ahad pergi Tangkak rumah Busu, on the way balik singgah rumah Atok Mak. Malam dah melepek kepenatan. Most of the time qada' tido yang terlepas masa training.

training dekat Cameron Highlands sungguh la best. Tak terkata best dia, all participants sporting abis, semua otak gila². kira boleh sekepala la, most of the activities dalam group. So masing² gave 150% cooperation.

Cameron Highlands sekarang musim hujan. Waktu malam suhu sehingga mencecah belasan celcius. 1st night kena tido dalam tent sebab tak dapat siapkan tugasan yang di beri. Semua kena tidur khemah, 16 khemah semuanya. Luckily, kitorang di beri lapik getah untuk tidur and blanket from bilik hotel. Sejuk sangat, aku pakai baju 3 lapis, berstokin and blanket tuh pon still sejuk lagi. Memasing berdengkur tak ingat, macam² bunyi.

Nasib baik, malam kedua kitorang dapat tido hotel. Uh, best skali. Ada yang tido pukul 4, menghabiskan sisa masa dgn geng-baru. Aku memilih untuk tidur je, sakit segala anggota badan, sebab dah lama tak buat outdoor activities. Sepanjang bertraining, kitorang dihidangkan dengan makanan yg sungguh sedap. 6 meals per day. Huh, sejuk² menyebabkan perut sentiasa lapar.

On the way balik, ari jumaat tuh, singgah ler membeli strawberry untuk orang di rumah. Mak pesan kekwa. Aku beli 3 pasu RM10. murah sangat. So aku pilih 2 kekwa yg berlainan color and satu lagi aku tak sure nama dia apa. Beli kaktus untuk Yana. 5 untuk RM10. not bad.

Overall, training sungguh best, best, best, best. Group kitorang masuk Hall of Shame sebab kena tido luar and tak punctual. eheks! sapa lambat seminit kena denda RM 1. RM 14 berjaya dikutip sepanjang training. Hall of Fame pon ada masuk jugak, sebab kitorang berjaya dapatkan our room key. Merasa jugakla tidur kat tent n bilik hotel.

Thanks kat kengkawan LTP34 yg support abis.

Thanks jugak kat semua faci yang best and thanks again for the great words and nasihat sepanjang training.

:wink: