Nisfu Syaaban

got this from email...sedeh nya, nape la training masa nisfu Syaaban :( :cry:

Assalamualaikum w.b.t...

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 30hb September, 2004 (selepas maghrib pada hari14 Sya'aban 1425H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x. Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan
diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum harinisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA KHAMIS 30 SEPTEMBER INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...

Gembira

esok ke cameron highland. yeeeeeeee!! takde mood nak bekerja sekarang .:lol:

Buat kali yang ke 4, tmpt aku kat ofis bertukar lagi. Kali nih lagi 'best'. Duduk dekat dengan cubicle big bos. Nasib baik dia cuti seminggu. Lepas 6 October, tukar lagi tempat.

:roll:

Me..

[Spell your name backward]:
haziaf

[The story behind your email add]:
hrmmm….my email is faizahs2000@Y!.com … story???maybe sebab masa tuh year 2000. skema betul..

[Where do you live]:
Cheras

[Wallet]:
CRIWO, the cheapest purse I bought

[Hair]:
rahsia

[Jewellery you wear daily]:
rantai with loket ‘F’, my lovely, gelang emas tersayang. Antara benda yang paling di sayangi, sebab dapat gelang nih masa standard 1

[Pillow cover]:
Kaler Hijau Katak

[Shoes] :
Alain Delon

[What you are wearing now]:
Green Baju Kurung and Yellow tudung

[In my head]:
Apsal IE bengong hari nih.

[Some of your favorite movies]:
P.Ramlee comedy films, Kuch-kuch hota hei, Lord Of the rings and other romantic films.

[Something you're looking forward ??]
My future permanent job???

[The last thing you ate?]
Mee Goreng

[Something that you are deathly afraid of?]
Kena Tipu and kene reject.

[Do you like candles]:
Yes

[Do you believe in a thing called love]:
Yess

[Do you believe in soul mates]
Yes

[Do you believe in love at first sight]:
Not really…

[If you could have any animal for a pet]:
Cow

[What are some of your favorite foods?]
Keropok Lekor and Murtabak.

[Anyone you miss that you haven't seen in a long time?]:
My x-schoolmates, x-housemates .. rindunya

*LAST TIMES*

[Gotten sick:]
Tak ingat

[Felt stupid:]
Sometimes

[Hugged someone]
Tak ingat jugak, rasanya last sekali masa jumpa Sarah. Miss her

[Talked to someone you have a crush on]:
Sape eh?, sejak kerja nih tak jumpa yang berkenan di hati

[Fought with your parents:]
Last week….

[Dreamed about someone you can't be with:]
None…

[Do you like being around people:]
Depends...

[who have you known the longest:]
a lot … my parents will be the first on the list

[who do you argue with the most:]
Yana! And Ikin!, (my sis)

[Who do you always get along with:]
My family, and my friends who really know me.

Hari membaca

Malas nya nak bace buku nih. 30 more pages to go. Dah lah softcopy, pasal motivation pulak tuh

adusss, kan best kalau di suruh baca buku cerita.

Friday

sana sini orang cerita pasal Persidangan UMNO, beli paper pon cerita benda yang sama. Aku nih tak minat politik², belom masa nya kot nak minat.

Tadi lunch beramai-ramai. Ada sorang nih cakap muka aku macam Jedi dalam Star Trek. What the hell. Star Trek pon aku tak nengok. Teringin sangat nak nengok, part mana lah yang sama tuh.

ishhh

yeeeeee, esok weekend dah. Sharni bertolak hari ni. Good luck ye!

Happy birthday to Adeline. Bak kata Sharon, Last time celebrating birthday as virgin girl. Pasnih dah nak jadi bini orang dah. :lol:

...

Aku Kehilangan Mu

by Francesca Peter

Saat aku kehilanganmu
Hati dibaluti rasa pilu
Kedukaanku pasti berlarutan
Kerna di kecewakan

Bagaikan aur dengan tebing
Kita mengatur langkah seiring
Menghadapi kepahitan hidup berdua
Pernah menangis bersama

Panas dan hujan, ribut dan taufan
Telah menguji kesetiaan
Bersama keyakinan kita jadikan
Mimpi satu kenyataan

Tiada pernah kumenyangka
Kejayaan mengaburi mata
Sehinggakan kau merasa tak lagi perlu
Ku berada di sisimu...

p/s suke lagu nih. lagu cerita mama paparazi

Alhamdulillah.

Lunch sorang² jek tadi. Ari ni ada bubur ayam. Menghadap mangkuk bubur tuh sampai tak pandang orang lain. Nama pon makan sorang, plus dah lama tak jumpa bubur nasi camtuh. Letak banyak sikit daun bawang bagi wangi. Uh, sedap. Alhamdulillah... pastu teringin pulak nak makan aiskrim. Kenyang perut. Alhamdulillah.

Tadi pakcik call, buat spoil mood je. Gaya bercakap macam tak percaya dengan aku je. Aku tau la jadi gerentor tuh susah. Tapi jangan risau pakcik, saya takkan menyusahkan pakcik sekeluarga. Kalau nak buat agreement baru between u and me pon takpe. Tak kisah. Tapi cara dia cakap tadi buat aku kecik ati jek.

Tak mintak tolong pon susah, mintak tolong pon susah jugak. Ish... Tuhan, sabarkan hati aku, tabahkannya sekali.

Result KPLI dah keluar. Aku tak dapat. Ish, sedeh lagi. Asyik tau perkara yang menyedihkan je 2 - 3 ari nih.

Nasib baik esok gaji dah masuk. Tuh jer la kot perkara yang menggembirakan aku. Esok nak pergi cari buku cerita baru. Moga dapat melupakan hati yang lara nih.

Renungan

Sabda Rasul SAW yang bermaksud:

" Ada empat macam yang berharga dalam diri
manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.
Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh.
Maka, akal boleh hilang disebabkan marah.
Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak dan
amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."

isk

Bosannya dekat office ni. Boss takde, on leave start today until this Friday. Tak tinggalkan aku kerja langsung. Member yg rapat dengan aku pon training, start hari ni sampai Friday. Tadi pagi ada kerja, tp kejap je siapnya.

Sayu je perasaan aku 2 –3 ari ni. Macam² fikir. Moga allah kuatkan semangat aku and tabahkan hati aku.

Ramainya orang nak bertunang, sana sini terdengar cerita. Aku doakan moga bahagia ye.

Training abis semalam. Best, aku suke dengan tenaga pengajar dia. Sebab dia ingat nama aku. :D

rasa macam nak pergi training hari²

P/s – tgn aku ada syndrom Cappal Tunnel ler .. sakit betol pegang mouse

update, update

Banyak mende nak tulis nih .. tp takde idea. Hopefully idea akan dtg masa menulis .. :lol:

Let start with last weekend. It was a very bz weekend. Ari Sabtu pi Jln TAR cari baju raya. Best best, 1st time beli baju raya dgn duit sendiri.Syok betul bile dah pegang duit sendiri nih :lol: .. ujan lebat masa pi shopping ari tuh. Tp redah jugak la, nasib baik tak demam.

Ari Ahad pulak keluar ke KLCC, jumpe kengkawan lama. Mcm biase, borak², cerita tuh, cerita nih, tp aktiviti wajib, nengok orang, kot kot ada lah terjumpa familiar faces. Plan nak ngk PGL, tp seat tinggal yg depan skali, so cancel nengok wayang. Nasib baik cancel,jimat duit ..

Masa kt KLCC, terserempak dgn Sufiah Malasian Idol, nengok dr jauh je, tak kuasa aku nak pi tegur. Terjumpa dekat dia, mak dia n kakak dia kot kat food court KLCC. Pastu, dapat nengok Syafinaz nyanyi promote perfume baru CD .. Poison kot tak salah aku (bau dia tak sedap ler). Seksi sungguh minah tuh, pergghhh … dari jauh nampak braces … ihihihih

Sukaneka dah berlalu, aku tak pi nengok pon … Ikin je yg menang. Tp paling klaka dia dpt hadiah alatan menulis, mcm hadiah budak tadika. Ada 4 kumpulan bertanding, tp blok aku dapat tempat yg tercorot. Hmmm, nasib baik tak pi …

Td siang ada training, letihnya. Tapi best la training, pandai Trainer tuh amik ati participant, best best ... berasap juga la kepala otak nih, sebab kene ingat balik segala tenses. Grammar aku bukannya bagus sangat. Luckily, berpeluang juga belajar balik mende tuh semua. Esok last training. Next week pi training kt Cameron, Yay!

Malaysian Idol tinggal 4 orang dah. At last keluar jugak Saiful. Mesti MI fans relieved dia dah keluar, tak terkecuali aku. Hopefully it will be Andrew’s turn next week. Top 3 biarlah Dinah, Jac and Vick. Which one of them would be the 1st Malaysian Idol??? Entah la. Aku tak undi pon, and tak akan undi … just enjoy watching the show.

Ngeee, panjang nya tulis.

isk

Got department meeting this morning. There was a statement from the big boss that I remembered. It haunted me till now,

"I wont expand the head count in our department"

iskk, .. hate that so much

Bermula nya dengan berkat

dapat nih dr email.

Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah setiap waktu dan ketika.

* Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

* Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

* Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

* Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

* Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

* Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

* Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

* Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

* Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat ........

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

* Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

* KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

* Apabila manusia telah mengubah tabiat,

* ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

* Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

* Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

* Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

* Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

* Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

* Semua nak tunjuk kuat.

* Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

* Tapi hidup pula yang melarat.

* Tali kasut dah tak berikat.

* Rambut pun jarang sikat.

* Yang perempuan, pakai mini sekerat.

* Suka pakai baju ketat.

* Suka sangat menunjukkan pusat.

* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

* Pakai pulak yang singkat-singkat.

* Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

* Duduk jauh berkirim surat.

* Bila berjumpa, tangan berjabat.

* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

* Usah peduli agama dan adat.

* Usah takut Allah dan malaikat.

* Yang penting apa kita nak buat?

* Kita 'bukti' lah kita buat.

* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

* Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

* Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

* Habis manusia telah tersesat.

* Inilah dia fenomena masyarakat.

* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

* Marilah kita pakat mengingat,

* Bahawa dunia hari ini makin singkat,

* Esok atau lusa mungkin kiamat,

* Sampai masa kita semua akan berangkat! .

* Berangkat menuju ke negeri akhirat.

* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

* Masa tu, sindri mau ingat.

* Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?

* Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?

* Harta benda anta, dari mana anta dapat...?

* Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Haji Rawa.Sebarkanlah kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan
sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.)

p/s - mengingatkan diri sendiri juga ... insaf

Demam sukaneka

Demam sukaneka sudah bermula, semalam Ikin learned the best way untuk masukkan air dalam botol dengan menggunakan span. Mak pulak nak cari daun kelapa ari nih practise menganyam ketupat ...

aku jadi tukang gelak! :lol:

30 Rejab

Terdengar sayup sayup lagu tamil kat telinga nih, selang 3 meja pon boleh dengar walaupon tuan yg bukak lagu tuh pakai earphone, sampai kat table aku, boleh dengar, sakan nya volume dia bukak…mesti orang tuh rindu ngan tanah air dia .. :lol:

Baru lepas lunch, makan sengsorang sebab member aku nak duduk depan pc dia untuk berporem sabo je la … lunch nih tak ramai orang lepak ofis, boss and the gang pukul 12 dah turun pi lunch, so sambil sambil nyelam kami pon minum air .. Aku dok sangat ralit baca journal TokRimau . aku dah ikut lama dah, masa zaman study kat u lg, suka gaya penulisan yg meninggikan imaginasi aku pada persekitaran semula jadi nya . lagi satu blog Kak Lyn @ Batpupu .. pon seronok jugak baca. Semalam masa surf terjumpa dengan beberapa blog budak mmu yg aku kenal. Ceh, muka jek brutal, tp tulis blog gak ye.

Malam semalam mak membuat lawak antarabangsa. Sibuk suruh abah cakap dengan AJK sukaneka suruh masukkan nama adik² aku dalam apa² saja acara yg di pertandingkan. Oo ye, ahad nih ada kat flat aku ada sukaneka. Adik aku tak kesah pon nak masuk, tp mak beria-ia suruh, biar dr family kitorang ada wakil. Actually, mak kecewa, sebab acara yang dia nak masuk tuh abah tak nak masuk. Acara tuh khas untuk suami-isteri jadi peserta. So sebagai penduduk yang setia, mak memberi support yg sepenuhnya pd sukaneka tuh, siap pi meeting lg…

Esok 1 Syaaban…lg sebulan nak puasa .. seronoknya…

p/s - boss dah approve training aku, lepas nih leh beli sweater baru sbb yg lama dah ilang.

Thought of the day

Anger is a condition in which
the tongue works faster than the mind.
  
*******
You can't change the past,
but you can ruin the present
by worrying over the future.


*******


All people smile in the same language.


*******
    & nbsp;
A hug is a great gift... one size fits all.
It can be given for any occasion
and it's easy to exchange.
    & nbsp;
*******
    & nbsp;   &n bsp;  
Everyone has beauty
but not everyone sees it.
    & nbsp; 
*******
    & nbsp;  
Thank Allah for what you have,
TRUST Allah for what you need.
    & nbsp; 
*******
    & nbsp; 
If you fill your heart with regrets of yesterday


and the worries of tomorrow,


you have no today to be thankful for.


*******
    & nbsp; 
The choice you make today
will usually affect tomorrow.
    & nbsp; 
*******
    & nbsp; 
Take time to laugh, for it is
the music of the soul.
    & nbsp; 
*******
    & nbsp; 
If anyone speaks badly of you,
live so none will believe it.
    & nbsp; 
*******


Harsh words break no bones
but they do break hearts.
    & nbsp; 
*******
    & nbsp; 
To get out of a difficulty,
one usually must go through it.
    & nbsp; 
*******
    & nbsp; 
We take for granted the things
that we should be giving thanks for.
    & nbsp; 
*******
    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;
For every minute you are angry with someone,
you lose 60 seconds of happiness that you can never get back.
    & nbsp; 
********
    
Do what you can, for who you can,
with what you have, and where you are.
    & nbsp; 
~Author Unknown~

Bored

Ari nih mcm biase, pi ofis, pg nih releks jek .. takde keje .. BOSAN nye, pukul 2 kang ada discussion, tp ready je la, boss tuh slalu cancel discussion …

Lunch nanti join all interns makan dekat Street Mall…Penang House kot .. celebrate 1 new intern as well as farewell for the other 2 interns, Kay ngan Kho, ramai sangat intern .. bukan kenal pon .. tp sebab makan dekat street mall tuh yg best .. tukar angin pulak…bored with food downstairs …

Tgh takde keje nih aku asik dok bace blog org lain , semalam pon same, dok static depan pc bace blog orang lain … ehehehe .. paling suke bace blog married people yg dah ada babies .. memasing asik cerita pasal anak .. cam seronok jek … mcm mcm kerenah ada ..

Ingat tak dulu ada entry yang aku cerita pasal ada someone kat ofis nih tak ingat nama aku?, yay! … dia dah ingat nama aku .. hahahah .. nearly 4 months baru ingat .. maybe sebab nama aku dekat dengan nama kawan aku .. lg pon kitorang duduk sebelah menyebelah … sabo jer la .. hihhi..

Still lagi tak dapat approval dr boss regarding training tuh … isk … cepat ler ..

P/s – ramai sangat sexy woman dlm ofis nih, ari nih tema pakai baju seksi ker???

sambungan kesah israk mikraj

When???

When was the last time you did something for the first time??

Renungan

"Jangan Sesekali Kamu Iri Hati Kerana Iri Hati Menghapuskan Kebajikan Seperti Api Menghanguskan Kayu Bakar"

Riwayat Abu Dawud

ahad, tp esok isnin!! tidak!!

Weekend aku duduk rumah aje, malas nak keluar .. suppose aku kene beli baju raye siang td, tapi sebab mak macam malas nak kluar + td ada gotong royong perdana kt kawasan rumah nih, tak jadilah plan nak beli baju raya. Beli baju raya kene pegi dengan mak skali, kalau aku beli baju sendiri nanti ada aje komen dia .. baju tak lawa la, corak orang tua la, memacam … so better pergi dengan mak ..biarlah dia pilihkan… eheheh

Semlm ke rumah sharni, dia buat jamuan skit sbb 24hb nih dia ke Cardiff, sambung study sana .. tahniah buat kawan aku tuh .. terkejut aku masa sampai kat rumah dia semalam, mana tak nyer, mcm kenduri kawin lah pulak, siap bagi potpuri lagi … dapat jugak ler jumpe kengkawan aku .. tp yg paling tak best semlm kitorang sesat jalan on the way nak balik .. hahahah .. sabo je la …

Esok dah ari isnin .. malas nya nak pergi kerja .. kan best kalau hari ahad ngan sabtu jek memanjang ..

yippiiiieee!!!

La la la la la .. gembire nye rasa hati …

td check email Y! … (secare sembunyi² dan takut²) dapat email dr mdc … yeeeee … email yg di tunggu tunggu telah tiba.

Boss, bolela, izinkan saye pergi training tuh .. boss nih jgn la bz sangat .. cek la email tuh boss, pastuh boss cepat² la reply and say yes for my training.. boleh ye boss, boleh ye ..

P/s – eeee seronok nyer….

Renungan bersama

i got this from email,

Assalamualaikum wbt,

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga olehdua malaikat. Malaikat yg di sebelah kanan lebih berkuasa dari yg sebelahkiri.

Sekiranya seseorg anak Adam melakukan dosa maka malaikat yg di sebelah kiriakan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya,

"Apakah yg harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan,

"Jgn kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.

Malaikat yg di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan,apa yg harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendpt 10
pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yg lalu sebagai tebusan & kami masih simpankan utknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,
"Kalau macam ini sampai bilakah aku dpt merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yg lalai & leka dgn keseronokkan serta
kemewahan dunia.

MEETING????

MEETING????

Arrrghhh….boss, pleasee … I don’t want to go to the meeting, I hate it so much ..

boss, please tell the big boss that ur interns hate meeting ..

I blur when u guys discuss about those things ..

I don’t understand …

boss … please … don’t let me involve with those meeting next time…

goshhh I hate meeting …

thank god its only 1 hour meeting

To realize

To realise...

To realize
The value of a sister
Ask someone
Who doesn't have one.

To realize
The value of ten years:
Ask a newly
Divorced couple.

To realize
The value of four years:
Ask a graduate.

To realize
The value of one year:
Ask a student who
Has failed a final exam.

To realize
The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a still born.

To realize
The value of one month:
Ask a mother
who has given birth to
A premature baby.

To realize
The value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.

To realize
The value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to Meet.

To realize
The value of one minute:
Ask a person
Who has missed the train, bus or plane.

To realize
The value of one-second:
Ask a person
Who has survived an accident...

To realize
The value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics

Time waits for no one.

Treasure every moment you have.
You will treasure it even more when
you can share it with someone special.

To realize the value of a friend:
Lose one.

p/s -
to realize
the value of 8 hour,
ask me who dont have work to do at the office
:lol:

...

Pg td masa tunggu bas terserempak dengan Zura (Zura Ousemate Lin Cekodok) .. tak sangka dapat jumpa Zura .. rupanya dia dah 3 minggu bekerja dekat HSBC Cyberjaya .. sabo je la … walhal dekat jek HSBC dengan ofis aku .. ehehe .. menurut si Zura, ramai bebudak sekampus kerja dekat situ … ehehe .. kecik jek dunia nih ..

Semalam ade kawan sms aku, suruh aku belanja dia makan .. sempat tuh sound aku, sebab aku tak inform kat dia yg aku kerja dekat dengan tempat dia blaja, sorry la kawan .. aku segan nak kasi tau korang yg aku dah kerja… lg pon kerja yg aku buat sekarag kerja kontrak jek… malu nak cakap … dalam erti kata yang lain, aku tak stabil lagi …

Td ada staff meeting, semua staff berpusu pusu naik bas pegi meeting dekat cyberview lodge, lawak betul la .. dewan yg ada kat tingkat bawah tengah renovate … jadi workstation yang baru .. crowded sangat building nih, aku sampai sekarang kena share table dengan member aku .. sabo je la ..

Tgh busan nih .. keje dah siap .. bila la dia nk bagi kerja baru ..



p/s - Semalam masa tgh dalam process nak tido mak usap usap kepala aku.. aku pure pure tido masa tuh .. sebak jek hati nih …

Cahaya Rejab: Israk Mikraj berlaku kepada jasad, roh Rasulullah

PERISTIWA Israk dan Mikraj membawa banyak pengajaran khusus untuk umat Nabi Muhammad saw. Semua gambaran yang diperlihatkan kepada Rasulullah mempunyai pengajaran dan perbandingan simbolik yang tersirat.

Bagaimanapun, ada umat, terutama yang lemah keimanannya kepada Allah, rasul dan khabar ghaib sukar mempercayainya. Sebaliknya, orang beriman terus percaya tanpa soal selidik kerana mereka sedar semua itu adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah.

Apa yang Allah kehendaki terus menjadi (kun fayakun); tiada siapa pun boleh menghalangnya. Semua kita milik Allah, masa milik Allah, tempat milik Allah, ruang milik Allah malahan apa yang terlintas di hati kita juga milik Allah.

Hakikatnya kita tidak memiliki sesuatu. Saidina Abu Bakar apabila diberitahu mengenai keganjilan yang berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj, serta merta berkata jika pengakuan itu datang daripada Nabi Muhammad, Baginda 100 peratus yakin dan percaya, bukan setakat peristiwa Israk dan Mikraj, malah lebih daripada itu pun baginda akan yakin.

Semua ulama berijmak bahawa peristiwa Israk dan Mikraj berlaku kepada Rasulullah secara jasad dan roh.

Peristiwa itu berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah.

Pada malam itu, Rasulullah sedang tidur (tidur-tidur ayam) bersama bapa saudaranya, Hamzah dan Jaafar bin Abu Talib.

Tiba-tiba Jibril datang bersama Mikail serta malaikat lainnya. Jibril memerintahkan malaikat lain mengangkat Rasulullah ke suatu tempat. Di situ, Jibril membelah dada Rasulullah hingga ke bawah pusatnya.

Selepas dada Rasulullah dibelah, Jibril memerintahkan Mikail membawa satu batil air zam-zam untuk menyucikan hati Baginda supaya luas dadanya. Selepas itu, ia pun mengeluarkan jantung Baginda dibasahi dengan air zam-zam sebanyak tiga kali.

Darah hitam dalam dada Rasulullah dikeluarkan. Darah itu adalah sebahagian daripada syaitan.

Setelah itu, Jibril menuangkan satu batil daripada emas yang penuh hikmat dan iman ke dalam dada Rasulullah hingga dada Baginda penuh dengan hikmat, ilmu, keyakinan dan keIslaman yang sejati.

Kemudian, selepas selesai semuanya, dada itu pun ditutup kembali. Semua proses itu tidak menimbulkan sebarang kesakitan kepada Rasulullah. Sesungguhnya termeterailah Baginda di dua balikatnya dengan Khatam an-Nubuwah.

Kemudian, didatangkan Buraq dari syurga yang berpelana dan bertali. Buraq ialah seekor binatang berwarna putih, saiz badannya lebih besar daripada himr dan lebih kecil daripada barghal. Ia mempunyai empat kaki dan pantas berjalan. Satu langkah ke satu langkah kakinya adalah seumpama sekelip mata memandang.

Apabila ia hendak menaiki bukit, kedua-dua telinganya akan bergerak-gerak dan kedua-dua kaki di belakangnya akan memanjang dan apabila ia turun kedua-dua kaki di hadapannya akan memanjang. Ia juga mempunyai dua sayap.

Ketika Rasulullah mula-mula hendak menunggang Buraq, ia meliarkan diri dan memayahkan tunggangan Baginda. Lalu, Jibril pun meletakkan tangannya pada leher Buraq seraya berkata: "Tidakkah engkau malu wahai Buraq, demi Allah tiada seorang pun menunggang engkau yang terlebih mulia di sisi Allah daripadanya."

Apabila mendengar kata-kata Jibril itu, Buraq pun berhenti bergerak-gerak serta merendahkan dirinya hingga Rasulullah naik ke atas belakangnya.

Tidak berapa lama Rasulullah menunggang Buraq, sampailah Baginda dan Jibril ke suatu dusun yang banyak nahl atau pokok kurma. Jibril menyuruh Rasulullah turun di situ dan solat dua rakaat. Apabila selesai, Jibril bertanya: "Adakah engkau tahu tempat engkau solat tadi?"

Jawab Baginda: "Tidak tahu."

Jibril pun menerangkan bahawa tempat itu ialah Tai`bah iaitu Madinah al-Munawarah.

Perjalanan itu pun diteruskan. Sampailah mereka ke suatu tempat. Seperti biasa Jibril menyuruh Rasulullah solat dua rakaat. Rasulullah menurut suruhan Jibril itu dan apabila selesai, Baginda menunggang Buraq kembali.

Jibril pun bertanya Rasulullah adakah Baginda tahu tempat berkenaan. Seperti tadi juga, Rasulullah menjawab tidak tahu. Kemudian Jibril pun menerangkan bahawa itulah Baitul Lahm iaitu tempat kelahiran Nabi Isa.

Tiba-tiba Rasulullah terlihat Afrit daripada bangsa jin. Ia membawa cembung api menyebabkan mata Rasulullah sentiasa berpaling ke arahnya.

Bertanya Jibril: "Adakah engkau mahu aku ajarkan kalimah untuk menghalau Afrit itu?"

"Ya," jawab Rasulullah.

Jibril pun mengajarkan Rasulullah, kalimah yang berikut:

Maksudnya: “Aku berlindung dengan wajah Allah dan kalimah-Nya yang sempurna, yang kebaikan dan dan kejahatan tidak mengatasinya daripada kejahatan yang turun dan naik ke langit, dan daripada kejahatan apa yang diciptakan di bumi juga yang dimusnahkan, dan daripada kejahatan malapetaka malam dan siang, dan daripada kelihatan penunggu malam dan siang, melainkan yang datang dengan membawa kebaikan, wahai Tuhan Yang Rahman.”

Apabila kalimah ini dibaca, padamlah cembung api Afrit dan rebahlah ia ke atas mukanya. Tatkala selesai Rasulullah membaca, tersungkurlah Afrit

source: Berita Harian Online

Kaitan cinta dalam hidup

aku dapat nih dr member perempuan aku .. lately suke benor bagi aku email berunsur cinta .. ehehe .. mungkin dah tercapai hajat dia..

enjoy reading

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa
dengan orang yang salah sebelum menemui insan
yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah
di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan
memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang
anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai
bersama tanpa berkata apa-apa pun dan
kemudian berjalan pulang dengan perasaan
bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa
yang telah kita punyai sehinggalah kita
kehilangannya dan juga benar bahawa
kita tidak tahu apa yang kita rindukan
sehinggalah 'ia' datang.

Untuk Renungan

" Apabila Allah mahukan kebaikan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikannya merasa dirinya kaya dan ia mengisi taqwa di dalam hatinya, dan apabila Allah mahukan keburukan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikan kemiskinan itu terbayang di matanya. "

Diriwayatkan oleh al-Hakim dari Abi Hurairah

TUJUANNYA

Kaya dan miskin sentiasa menjadi persoalan pokok dalam hidup manusia di dunia ini. Yang miskin ingin jadi kaya dan yang kaya ingin jadi lebih kaya lagi. Namun begitu keinginan untuk jadi kaya bukanlah merupakan satu dosa di sisi Allah, demikian juga keinginan menjadi lebih kaya.

Tetapi yang sering menghilangkan pertimbangan manusia yang wajar dan yang sering menjadikan manusia lupakan daratan ialah perasaan tamak yang tidak mengenal batasnya, perasaan merasa tidak cukup yang tidak tahu sempadan.

Dalam hadis ini Allah mendedahkan dua sifat pokok yang membezakan di antara orang yang disayangi Allah dengan orang yang dibenci Allah. Sifat yang disayangi Allah ialah sifat memadai dan sederhana. Setiap orang yang dapat menikmati sifat itu akan merasa dirinya benar-benar kaya dan merdeka. Ia tidak diburu oleh merasa kebimbangan yang bukan-bukan, tidak dirasuk oleh ketamakan-ketamakan yang boleh memesongkan jalan hidupnya yang baik, sementara sifat orang yang dibenci Allah ialah orang yang sentiasa merasa dirinya diancam kemiskinan, ia begitu takut jatuh papa dan miskin, begitu panik dengan kemerosotan kekayaannya walaupun kekayaan yang wujud dalam miliknya masih kukuh dan masih tidak seburuk orang lain.

Penyakit takut miskin atau 'miskin fobia' merupakan penyakit zaman moden yang amat ditakuti sekali, kerana itu sebilangan besar orang ramai melindungi dirinya dan anak buahnya dengan berbagai-bagai insuran dan menyapu dari jiwa mereka sebarang perasaan menyerah dan bertawakal kepada Allah yang menjadi sifat utama para Mukminin dan tidak kurang pula menjadi petualang-petualang yang bersedia untuk merompak apa sahaja peluang yang dapat membebaskan mereka dari ketakutan menjadi miskin. Dan penyakit inilah juga yang menjadikan mereka manusia-manusia bakhil yang hanya sibuk menghitung punca-punca masuk dan keluarnya duit-duit mereka, tanpa mengira kewajipan-kewajipan terhadap Allah dan masyarakat.

Dalam surat Al-Isra' ayat (100) Allah memberi satu sindiran tajam kepada manusia yang dikongkongi penyakit'miskin fobia'

" Katakanlah wahai Muhammad kalau kiranya kamu (wahai manusia) menguasai perbendaharaan-perbendaha raan nikmat Tuhanku tentulah kamu tahankan perbendaharaan itu kerana takut membelanjakannya, sesungguhnya manusia itu amat bakhil. "

p/s - Ya Allah, jauhkan la aku dari sifat bakhil dan tamakkan harta dunia

sabar

baru settlekan report ... 2 hari amik masa untuk siapkan report .. jumaat lepas takde mood langsung nak bekerja .. maybe sebab tak sabo nak ke airport jemput mak .. :lol:

aku puasa ari nih .. puasa sunat ... nasib baik puasa ganti dah buat .. tgh bersabor nih .. bau nescafe semerbak kat ofis nih ...ishh .. nyampah aku ... fevret plak tuh ...

sabar sabar sabar ..

ye ye ye

mak dah balik!

alhamdulillah .. syukur, mak selamat pegi dan balik .. lega sikit mak da balik rumah .. takde la rumah sunyi jek .. lagi pon aku dah tak larat makan masakan sendiri .. muak ..ahahah ...

cute



p/s - blur nyer ari nih

Imam Abu Hanifah Part 2

" Hai Dahri, apalah yg digusarkan. Orang yg mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri & menyentakkan kaum Muslimin yg hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya meman&g tajam mata Abu Hanifah. " Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Se&gkan ulama yg hebat-hebat, yg berserban & berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah. " Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan & kebesaran itu pada serban atau jubah yg labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yg berilmu & bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yg bermaksud: " Allah telah meninggikan darjat orang beriman & berimul antara kamu beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 ). Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dgn tokoh Ad- dahriayyah, yg terkenal dgn pemikiran materialis& ateisnya itu,berlangsung dgn mendebarkan. "Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya. "Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah. "Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi. "Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah. "Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin. "Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dgn penuh minat. "Bahkan, memang aku ada nyawa, & memang setiap makhluk yg bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri. "Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dlm air susu ini ada terkandung lemak...?" Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!" Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yg petah itu. "Utk mencari dimanakah bera&ya roh dlm jasad & tersisip dimanakah kandungan lemak dlm air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dpt menjangkau dimanakah bera&ya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yg telah mencipta & mentadbir seluruh alam ini termasuk roh & akal &gkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yg tunduk & patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yg Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan. "Hai anak muda! Apakah yg wujud sebelum Allah. & apa pula yg muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yg pintar ini. "Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yg wujud sebelum Allah Taala & tidak ada sesuatu jua yg akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim & Azali. Dialah yanng Awal & Dialah yg Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat. "Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? & mana mungkin Dia pula yg terakhir tanpa ada lagi yg selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dgn minda logiknya. Dgn tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yg kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. & beberapa hadirin turut berbuat demikian. "& pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yg selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yg sekecil itu yg diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yg kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yg Maha Agung itu, yg tiada suatu pun yg mendahului-Nya & tiada sesuatu yg kemudian selepas-Nya." Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa utk mematahkan hujah anak muda yg telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dgn penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik min&ya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak. "Ini soalan yg terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok. "Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang. "Ini soalan yg sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dr tempat yg tinggi supaya dpt didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yg sedr tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat utk Abu Hanifah: "Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yg bathil sebagaimana Dahri yg berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. & Allah juga telah menaikkan yg hak sebagaimana aku, yg berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !" Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dgn itu bergemalah pekikan takbir dr orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yg telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dr lidah Dahri yg sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha & salah seorang drpada Imam Mujtahid Mutlak yg empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dlm fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini

Imam Abu Hanifah Part 1

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dgn membahaskan soal-soal yg berhubung kait dgn ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad utk berdebat dgnnya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dpt dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad & ulama-ulama disekitarnya yg sanggup berhadapan dgnnya. Dr kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yg benar-benar berwibawa & tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yg boleh dibawa berdpn dgn Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yg tidak kurang juga ketokohannya. Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad & Dahri disegerakan. & majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dgn orang ramai. Masing-masing menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yg diharapkan. "Subhanallah.... Subhanallah .... Walahaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yg tidak layak bagi Zat yg Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yg dilemparkan oleh Dahri yg biadab & matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dlm Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhi&nya bergelora. Mahu rasanya dipenggal leher si Dahri yg angkuh itu di dpn ribuan mata yanng turut hadir dlm majlis iru. Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yg paling rapat & yg paling disayginya. Namanya yg sebenar ialah Nu' man, yg ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya utk mendpt kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yg sebenar. Dlm pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dgn penuh khusyuk. "...Aku bermimpi ada sebuah dusun yg amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yand ren&ng & lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dr hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yg masak ranum dr pokok itu. Hingga ke daun & dahan-dahannya habis ditutuh.Yg tinggal cuma batangnya sahaja.Dlm pada itu juga keluar seekor harimau drpada umbi pohon ren&g tadi lalu menerkam khinzir itu dgn gigi & kukunya yg tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga." Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yg telah dicetuskan Dahri, yg boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yg tenang bagai air sungai yg mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. & setelah mendpt keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya: "Apa yg tuan lihat dlm mimpi tuan sebagai dusun yg luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yg berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yg masih tinggal itu adalah tuan sendiri. & khinzir yg tiba-tiba muncul & merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yg keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah. Beliau juga memohon izin utk membantu gurunya berdpn dgn si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dr hati muridnya sendiri. Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya utk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yg dihadiri oleh orang ramai & Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar & memperleceh-lecehkan ulama dgn bersuara lantang dr atas pentas.

Politik

sakit hati dengan permainan politik dekat ofis nih ... yang bernasib baik dapat la bekerja di sini ... mana yang tak bernasib baik terpaksa menahan perit hati atau pon berhenti ... lately ramai sangat staff berhenti ... pelik dengan keadaan itu ... sini gaji yang di beri boleh tahan ... tp ntah la...

Datuk Seri Anwar Ibrahim di bebaskan ari nih .. sekejap saje rase nya 6 tahun hukuman tuh berlalu ... sane sini orang membincangkan kisah yang terjadi 6 tahun dulu .. masa zaman aku form 4 lagi ... aku pon tak tau mana satu yang benar ... aku tak minat hendak menyokong sesiapa .. tapi aku menghormati keperbadian DSAI ... hanya Allah sahaja yg maha mengetahui

td lunch dengan member yg baru bekerja di ofis baru ... kesian dia ... takde kawan yg sebaya and satu kepala ... nasib baik building ofis aku dekat dengan building dia ...eheheh ..takpela .. ambil masa juga kalau hendak menyesuaikan diri dengan environment baru ...

tak saba nak tunggu pukul 6 petang...nak balikkkkkk!!!