Sekadar Pendapat
Entry kali nih aku dapat dr emel ... so aku paste kt sini... enjoy reading.
Saya setuju kalau org kata...
1. "Eleehh..... tak semua org yg Sembahyang tuh baik. Derang ada jugek perangai buruk.Tgk cam si polan tuh. Buat juga begitu dan begini walaupun dia sembahyang".
2, "Eleehh...tak semua orang gi masjid bebaik. Ada juga yang begitu dan begini walaupun dia selalu gi masjid"
3. "Bukan semua orang pakai tudung baik. Tgk tuh yg pakai tudung pun boleh buat begitu dan begini walaupun dia bertudung".
Jadi saya pun terpanggil untuk menjawab antara "ungkapan2" di atas. Saya petik dari kata-kata Ust. Haron Din dalam ceramahnya.
"betul...tak semua org yg pakai tudung tuh baik. TAPI betapalah lagi orang yang tak mahu pakai langsung-langsung. Kenapa..?? sebab dia secara terang-terang melawan perintah & larangan Allah". (menjawab ungkapan 3)
Maka saya nak kaitkan tamsilan ustaz nih tadi utk situasi 1 & 2
1. Betul tak semua orang Sembahyang/solah tuh baik (e.g perangainya). Ada juga terkadang2 buat atau terbuat perkara yg tak elok. TAPI betapalah lagi org yg tak mahu solah langsung-langsung. Terang2an dia itu melawan perintah Allah s.w.t.(maaf cakap tapi inilah glgn fasik. Glgn yg tahu solah itu wajib tapi dia tak mahu buat)
2. Betul tak semua org yg pergi masjid tuh baik (e.g perangainya). Ada juga dikalangan mereka yg berbuat atau terbuat sesuatu yg tak baik. TAPI betapalah lagi org yg takmo pergi masjid langsung-langsung. Terang-terangan mereka mengabaikan galakkan Rasul s.a.w utk org Islam solah di masjid.
Sebagai tambahan.....SAYA dan kita2 semua perlu melihat :
1. Bahawa hebat mana pun ilmu agama seseorang tuh dia ttp manusia biasa. Ada melakukan dosa ada kekurangan.
2. Dia mungkin bersolat tapi ada juga kemungkinan dia tidak khusyu' dalam solah dia. Dia tidak menghayati keseluruhan solahnya. Dia mungkin pergi ke masjid tapi dia mungkin ke masjid kerana dia ada jawatan di masjid itu.
3. Dia mungkin bertudung..tapi dia mungkin bertudung kerana itu peraturan sekolah(bukan datang dari kesedaran dia ttg kewajiban memakai tudung) atau dia beranggapan bahawa menutup aurat ini hanya untuk rambut sahaja so tak kesah kalau berT-shirt lengan pendek sahaja.
Akhirnya,bersangka baik(husnus zon) itu adalah perkara yg terbaik. Kita bukan mahu ikut Islam kerana seseorang @ makhluk. Tapi kerana Allah s.w.t jua adanya. Bila kita "adore" someone yg baik atau kita consider alim then suddenly dia "tergelincir" dari agamanya takkan kita pun nak ikut "tergelincir"..??. Dalam maksud kalau kita tgk org tuh selalu solat dan
jaga auratnya tetiba satu hari dia "buat perkara tak elok" takkan kita terus takmo solat dan takmo jaga aurat kita atas alasan dia yg kita "adore" pun dah jadi camtuh. Kita ikut siapa sebenarnya...??
Kesimpulan saya...
1. Saya wajib berusaha tetapkan yaqeen saya terhadap Islam tanpa berbelah bahagi sekalipun ada segelintir mencalarinya. Kerana bukan agama ciptaanNya
yg cacat. Tapi kerana ada penganutnya yg kurang penghayatan.
2. Dakwah bermula dari keluarga saya sendiri (adehh..susah btol yg nih).Tapi kena usaha jugek.Insya Allah.
Yang baik dari Allah.Yang kurang dan lemah dari saya jua. Yang baik jadikan teladan yang kurang jadi sempadan.
Wallahua'lam
07.30.04 (1:36 pm) [
edit]
1
Comments
EMBUN HIDAYAH.
Menjelang Maghrib, seorang saudara terbongkok2 dgn tongkatnya menuju
ke masjid. Beberapa kali dia hampir terjatuh.. tetapi sempat dikawal
menggunakan tongkatnya. Berhampiran di pintu masjid, saudara
terssebut tersadung batu sehingga tubuhnya terhuyung-hayang ke
depan. 'untunglah' seorang pemuda yang kebetulan berada disitu sempat memegang bahu
saudara tersebut sehingga dia tidak jatuh. kemudiannya, pemuda tersebut
menuntunsaudara tersebut sampai ke pintu masjid.
Selesai solat, lelaki tua tadi baru menyedari bahawa pemuda yang
membantunya sebentar tadi tidak turut solat berjemaah. Dilihatnya pemuda tersebut
duduk termenung di pintu masjid tanpa melakukan apa2 pun. "wahai pemuda,
kamu sudah membantuku menuju ke masjid, tetapi mengapa kamu sendiri tidak
solat?" tanya lelaki tua sambil menghampiri pemuda itu.
"saya tidak mungkin solat pakcik... saya anak iblis.."
Lelaki tua tersebut t'peranjat, tetapi dia masih mencuba bertanya, "
kalau kamu anak iblis, kenapa kamu b'usaha menolongku ketika aku hampir
jatuh?".
"Ayahku sudah lama perhatikanmu. Ia sgt marah kerana setiap kali kamu
t'huyung-hayang... dilihatnya dosa-dosamu berguguran. Ketika kamu
hampir jatuh, ayahku takut dosamu akan habis sama sekali, sehingga
disuruhnya akumembantumu berjalan menuju ke masjid"...
hayatilah...
07.29.04 (8:59 am) [
edit]
0
Comments
convocation
Last weekend went to melaka for my convocation ceremony .. jumaat turun melaka dengan ina … kitorang bertolak dr KL pukul 9 pagi … nasib aku kurang baik pagi tuh … hujan renyai², bas tetibe rosak tgh jalan(bas intrakota, masa tuh aku nk menuju ke LRT Maluri) and jalan yg jam seteruk teruk nya memaksa aku berdiri sepanjang perjalanan…
Sampai melaka pukul 11. Ana jemput kitorang .. ehheh :lol: dapat jugak merasa naik kereta baru Ana.. terus menuju ke kampus amik jubah sebab takut ramai org … Memang ramai org, sebab budak cyber and melaka berkumpul kt situ utk amik jubah memasing … bile dapat je jubah tuh cecepat aku try .. mak aii.. labuh ampai ke buku lali … terpaksa tuka … nasib baik size tuk aku still ade…
Menumpang tido untuk 2 malam kat umah ikin (umah lama aku) sementara menanti session aku (rumah tuh dah lawa) … ari sabtu memang ari meronggeng .. penat giler … pegi MP jek aku 2 kali .. belom kire pegi JJ yg ntah berapa kali … thanks to Tini and Madz yg bawak aku meronggeng…
Melaka masa last week sungguh la havoc … sbb MMU ade convocation di tambah pule dengan Karnival sale yg start 24 July..
Masa yg di tunggu pon tibe … hari Ahad .. eheh Ahad petang aku konvo .. pukul 1 lebih aku dah sampai ke Dewan Seri Negeri … sini lg la ramai org .. dgn cuaca yg panas buat aku pening kepala je ..kat sane jumpa ramai geng se fakulti aku … seronok jumpe bebudak tuh semua …semua mengucapkan tahniah … sebak pulak aku (lepas nih ntah bile la dpt jumpe kengkawan semua) … sambil² tuh touch up tudung and topi convo yg asik nk tercabut tuh … sambil tuh tahan panas sbb memakai robe gelap tuh…bile berada dalam dewan … baru la ader feeling tuk konvo (sbb tahun nih punyer konvo takde karnival konvo pon utk bebudak yg nk konvo tahun nih .. bosan betul) …Tun Dr. Hsmah Mohd Ali yg bagi scroll kt aku .. bangga giler waktu tuh … dlm hati gembire sbb berbaloi jugak 4 tahun blaja kt MMU..
Kluar jek dewan abang ngan adik² aku ucap tahniah… mak ngan yana bg bunga .. (1st time dpt bunga) … dpt jugak hug and kisses from mak .. abah pon tersenyum memanjang …gembire rase nye bile aku dah dapat segulung ijazah nih ...gembire rase nye bile aku dapat menggembirakan parents aku and buat mereka bangga dengan aku ... terima kasih to mak and abah yg selama nih telah berkorban sepanjang aku hidup di bumi Allah ini .. tak terbalas rase nye... :cry:
kt luar dewan tak sempat mengamik gambo dengan rerakan .. amik gamba dgn family jek … terus rush ke MMU tuk amik certificate and pulang robe (amik deposit balik .. tuh yg penting) .. sebelom pulang robe .. sekali lg amik gambo kt depan library … ahahah :lol: .. amik gamba family skali
pukul 6 petang aku dah bertolak balik ke KL sbb takut jalan jam … [b]best best best best [/b].. konvo yg pertama buat aku .. terakhir???? Wallahualam .. tak tau lg .. ehehe ..walau pape pon .. congratulation to all my friends yg berkonvo and kepada mereka yg wish me, thanks a lot … and many many thanks for all ur support and friendship for the wonderful years in MMU .. [b]FRIENDS FOREVER![/b] ..
nanti kawin jgn lupe jemput aku tau! :wink:
P/s : gambo takde sbb tak cuci lagi . nanti kalo dah scan insyaAllah aku paste kat sini
07.27.04 (3:49 pm) [
edit]
0
Comments
MR. BEAN
[b]BRAIN TUMOR[/b]
Doctor: I regret to tell you that you have a brain tumor.
Mr. Bean: Yesss!!! (jumps in joy)
Doctor: Did you understand what I just told you?
Mr. Bean: Yes of course, do you think I'm dumb?
Doctor: Then why are you so happy?
Mr. Bean: Because that proves that I have a brain!
[b]MR. BEAN WHILE IN GRADE SCHOOL[/b]
Teacher: What is 5 plus 4?
Mr. Bean: 9
Teacher: What is 4 plus 5?
Mr. Bean: Are you trying to fool me, you've just twisted the figure,
the
answer is 6!!
[b]WHILE IN A DRUG STORE[/b]
Mr. Bean: I'd like some vitamins for my grandson.
Clerk: Sir, vitamin A, B or C?
Mr. Bean: Any will do, my grandson doesn't know the alphabet yet!
[b]QUEUING BEHIND HIS FRIEND AT AN ATM MACHINE[/b]
Friend: What are you looking at?
Mr. Bean: I know your PIN number. Hee, hee!
Friend: Alright, what is my PIN number if you saw it?
Mr. Bean: Four asterisks!
[b]MOM[/b]
Mr. Bean: (crying) The doctor called, "Mom's dead".
Friend: Condolence, my friend.
After 2 minutes Mr. Bean cries even louder
Friend: What now?
Mr. Bean: My sister just called, her mom died too!
07.21.04 (3:59 pm) [
edit]
0
Comments
hmmm...
Pg td aku beli nasi lemak … sambil tunggu makcik tuh bungkus…
Makcik nasi lemak : [b]“ko nih anak cik awie ye”[/b]
Aku : [b]“a’ah”[/b](sambi l tersenyum )
Makcik nasi lemak : [b]“dah keje yer … yana pon dah keje kan … senang la mak nko”[/b]
Aku :[b]“hehehe"[/b] (aku asik tersengih and tersenyum … malu ... aku takde idea nk meneruskan perbualan)
Makcik nasi lemak : [b]“dah abis sekolah yer”[/b]
Aku : [b] “a’ah … bulan 4 ari tuh abis”[/b]
Makcik nasi lemak : [b]“lain nyer muka … masa kecik muke lain .. sekarang dah beso pon lain”[/b]
aku pon gelak jer lah .. tp dlm hati “cakap je la saye nih dah gemuk , tak same mcm dulu”
pastuh makcik tuh tambah lg …[b]”kecik jek same .. dr dulu sampai sekarang tak besar besar” [/b](makcik tuh refer kepada ketinggian aku)
[b]“hehehe” [/b]… aku gelak sambil cakap … [b]“nengok la mak saye mcm mana”[/b]
lepas aku bayar and cakap terima kasih.. bergegas aku ke bus stop .. takut along tertunggu lama…
sabo je la aku .. walhal sebelom nih aku penah beli nasi lemak kat makcik tuh .. maybe dia tak perasan kot … nasib baik nasi lemak dia sedap … RM0.80 je .. tp tak beli selalu la … menggemukkan … bahaya …
org kat neighbourhood aku mmg camtuh .. asal jumpa aku mesti cakap aku dah lain, ade tuh penah cakap aku dah gemuk, tanye aku dah abis blaja ke blom, atau tanye aku keje kt mana … aku pon jawab ler mana yg patut … malas nk berpanjang jela .. bukan ape .. aku nih pemalu … and aku tak selesa di hujani dengan pelbagai soklan .. mcm artis plak .. ahahah :lol:…
oklah … ade keje nih .. saje update …okeh … chiow
:wink:
07.21.04 (3:32 pm) [
edit]
0
Comments
Mengingati Mati ...
sekadar amik masa anda seminit untuk renungan....
kalau seseorg mengingati mati maka timbullah sifat-sifat baik dalam dirinya iaitu;
1.Abid ..rajin beribadah
2.Sakinah..perasaan tenang dan tidak gelisah
3.Wara..tidak mahu membuat maksiat
4.Zuhud...tidak melekat hati kepada harta
wallahualam.
07.20.04 (11:35 am) [
edit]
0
Comments
Sabar
MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.
Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:
* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.
Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.
Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.
Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:
Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.
Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).
Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS. 39:10);
Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya (mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka). (QS. 3:200).
Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.
Saiyidina Ali Abu Talib k. a. w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.
DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibat itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.
Sebagai perbandingan tentang hakikat musibat itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadai kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?
Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil, tidak bertimbangrasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.
Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibat yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.
Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.
Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.
Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa 'seksaan' itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka 'seksaan' sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.
Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibat atau ujian drpd Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.
Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.
Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.
Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibat itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.
Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.
Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab.
Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a'lam.
07.20.04 (9:33 am) [
edit]
0
Comments
i feel terrible
Semlm ader meeting … and I received bad news.. :cry: contract tak bole continue … sbb takde budget … sedeh nyer … ilang semangat for the whole day .. nasib baik boss emergency leave .. bole la melayan perasaaan hampa nih … si Adeline and Afifah pon menerima nasib yg sama .. last week baru jek Yong quit sbb contract dia tak leh continue .. ujung bulan nih Emma plak .. sedeh nye … ingat dpt la permanent job kt sini .. tp cam nih lah pulak jd nye …takde rezeki kot
Ari sabtu ari tuh pon aku dpt berita tak baik jugak .. interview SPA aku tak success .. ish ish ish .. terkilan pon ade jugak .. tp nk buat mcm mana … redha aje la .. takde rezeki … bulan 11 nnti kene start cari keje … sbb internship abis ujung bulan 11… perit woo carik keje …
Last weekend kluar dgn kak aju … lama dah tk jumpa dia … she still mcm dulu jugak … kitorang ke klcc … eheh .. kluar ke tmpt yg sejuk skit … tgk² org , tgk² barang … borak aje keje nye …on the way nak balik tuh kasut aku tumitnye tercabut … sabo je la .. terpaksa singgah ke jukebox carik selipar …
Jumaat nih aku turun melaka … convo ahad nih .. last session .. takde perasaan pon nak convo … baju pon pakai yg mana ada .. member yg lelain bergaya abis .. tempah baju lg utk convo … ntah la .. still shock dgn bad news …
Semlm boss on leave .. ari nih dia dtg lmbt .. busan tul kt ofis nih …time busy, busy sesgt .. time releks, mcm aper ntah … sume org dok ngk ape yg aku buat time releks .. asik kene spot check jek …
Karnival sale start sabtu nih :lol: .. aku bercadang nk beli kasut .. kasut aku semua nyer dah tua .. kasut yg tercabut tapak je ade 2 .. tinggal 1 kasut jek yg bole pakai …konvo nih pon takde kasut … belasah je la mana yg ada …
Okeh chiow …
:roll:
07.20.04 (9:22 am) [
edit]
0
Comments
:lol:
Busannyer … dok ofis surfing .. pehtuh dok try test personality quiz yg melambak kt internet nih … eheh ..aku byk buat quiz .. tp 2 nih jek yg aku paste kt blog
Pg nih tkde keje lg .. tp kol 2 kang ader mende nk kene buat … x tau kene buat ape … semlm pon keje skit jek .. kjap jek aku siapkan …
Ari nih aku bawak bekal … eheh :lol: .. lauk asam ikan merah ngan sayur kacang panjang .. dah tak larat dah nk makan kt food court kt ofis nih … kol 6.15 a.m. dah bangun tolong mak … nasib baik tk ngantuk kt ofis ..
Semlm dok nengok citer Gilmore girls, everybody loves Raymond, ngan Sephia… tuh pon asik tuka² channel supaya aku tau jln cerite sephia ngn Everybody loves Raymond …:lol: …
Oklah … tak tau nk tulih ape bye… :bye:
07.14.04 (11:54 am) [
edit]
0
Comments
Green !
p/s : apsal lately aku ske green???? :)
07.14.04 (11:20 am) [
edit]
0
Comments
MP Sir !
OFFICER------------------ ----WHAT IS YOUR NAME ?
CANDIDATE---------------- --M P. SIR
OFFICER------------------ ---TELL ME PROPERLY
CANDIDATE---------------- -MOHAN PAL SIR
OFFICER------------------ ---YOUR FATHER'S NAME ?
CANDIDATE---------------- -M P. SIR
OFFICER------------------ ---WHAT DOSE THAT MEAN ?
CANDIDATE---------------- -MANMOHAN PAL SIR
OFFICER------------------ ---YOUR NATIVE PLACE
CANDIDATE---------------- -M P. SIR
OFFICER------------------ ---IS IT MADHYA PRADESH ?
CANDIDATE---------------- -NO, MUNNUR PAL SIR
OFFICER------------------ ---WHAT IS YOUR QUALIFICATION ?
CANDIDATE---------------- -M P. SIR
OFFICER------------------ ---(ANGRILY) WHAT IS IT ?
CANDIDATE---------------- -METRIC PASS
OFFICER------------------ ---WHY DO YOU NEED A JOB ?
CANDIDATE---------------- -M P. SIR
OFFICER------------------ ---AND WHAT DOSE THAT MEAN ?
CANDIDATE---------------- -MONEY PROBLEM SIR
OFFICER------------------ ---DESCRIBE YOUR PERSONALITY
CANDIDATE---------------- -M P. SIR
OFFICER------------------ ---EXPLAIN YOURSELF CLEARLY
CANDIDATE---------------- MAGNANIMOUS PERSONALITY SIR
OFFICER: THIS DISCUSSION IS NOWHERE, YOU MAY GO NOW
CANDIDATE---------------- -M P. SIR
OFFICER------------------ ---WHAT IS IT NOW
CANDIDATE---------------- -MY PERFORMANCE....?
OFFICER------------------ ----M P!!!!
CANDIDATE---------------- --WHAT IS THAT SIR
OFFICER------------------ ----MENTALLY PUNCTURED
07.13.04 (1:44 pm) [
edit]
0
Comments
Peristiwa dalam keretapi
nih aku dpt dr kawan aku ... enjoy ...
Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang
duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni,
orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak- boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu
dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu
keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu
tadi...bertanyalah si orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan
selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, i got a lot american dollar
in my country". Tercenganglah masing-masing. Belum habis tercengang...
si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah
antara yang termahal didunia) luarkan sebatang curut (curut Cuba adalah
lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut...terus dia membuangnya
keluar tingkap..."Why you do that for" kata american tadi... "Don't
worry, i got a lot cigar in my country". Terkejutlah aku dibuatnya. Masa
tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia
tengah fikir. Aku pun apa lagi...tangkap Bangla tu terus aku campak ke
luar tingkap...belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESH IN MY COUNTRY"
07.13.04 (1:37 pm) [
edit]
0
Comments
Bace le ye ...
Wasiat Nabi SAW kepada Saidina Ali r.a.
Wahai Ali, bagi org mukmin ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dgn pujuk rayu wanita.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi org alim itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dlm berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bg org yg jujur itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bg org yg takwa itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yg halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bg ahli ibadah itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kpd Allah s.w.t
07.12.04 (12:03 pm) [
edit]
2
Comments
Entry for Monday
Ermmmm … isnin lagi ari nih …kjap sunggu masa berlalu… ari nih boss mc … so busan lg… weekend lepas tak kluar ..malas nk luar.. traffic jam … sakit hati aku nengok … plak tuh ramai org …nanti² lah kluar … plan nak carik kasut for convocation … maybe next week … ari tuh kluar carik kasut .. tp takde size lah, takde tu lah takde ni la …buang karen aku jek turun kl …
Kt ofis nih ramai plak org yg mc … sunyi skit … tak dengar officemate buat lawak … sampai² je office kerusi aku kene kidnapped … saper ntah amik… nasib baik yong cuti … rembat kerusi dia for today …ehehe :lol:
Semlm nengok Malaysia Idol … melekat aku kt tv cuti² nih …ari jumaat ari tuh dah nengok Malaysian Idol … tp aku tgk lagi ulangan dia ahad semalam … best best … tak sabo tunggu final round…
Semlm gak nengok cerita favourite aku .. The OC … best best … puas ati aku nengok Oliver tuh .. padan muka dia… amik lg awek org … pompuan punye lah ramai cun² kt high school tuh tp awek org gak dia nk amik … nasib baik la si Ryan tuh tak berputus asa nk selamatkan Marissa… aku dh tau jalan cerita dia… thanks to the episode guide yg aku search from the internet ehehe :lol:
Tak sabo tunggu Gilmore Girls ngan Sephia Selasa nih, bace blog Ita pasal citer Spehia … huh …kalo btol la ending dia camtuh … sesia aku nengok …naper org baik kene mati … ending for the hero must be happily ever after ..ceh ..sabo je lah aku …tp aku still akan ikut cerita tuh …
Oklah …ngarut jek aku pepagi isnin nih …td big boss dtg … buat inspection agaknye … ehheheheh
Okeh chiowww…
8)
07.12.04 (9:57 am) [
edit]
0
Comments
Ketenangan
Sebenarnya untuk mencari ketenangan bukan sesuatu yang sukar. Ingatlah firman allah:
" ingatlah hanya dengan mengingati allah sahaja hati akan menjadi tenang"
1. Banyakkan istighfar
2. Banyakkan selawat
3. Solat di awal waktu
4. Banyakkan berdoa dengan sepenuh penyerahan kepada allah
5. Bacalah selalu surah thaha , ayat 1-6.
6. Buang sangkaan buruk
7. Hentikan perjalanan syaitan dlam darah kita dengan kurangkan makan dan banyakkan berpuasa
8. Ingat selalu bahawa kita hamba allah yang lemah, tetapi usaha perlu ada sebelum bertawakkal, jadi usahalah untuk mengembalikan keharmonian rumahtangga dengan mengambil kembali hati suami, biarkan suami nampak bahawa yang halal dalam genggamannya lebih bernilai dari yang haram yang dikejarnya. Puan lebih mengetahui kesukaan suami puan.
9. Bila malam berdoalah dengan sepenuh hati:
" wa alqoitu alaika mahabbatamminni walitusna'a ala aini yuhibbunahum kahubbillah mallazi na'a manu ashadduhubbalillahi qul inkuntum tuhibbunallaha fattabi'uni( sebut nama suami) yuhbibkumullah. Wa nur yusufi wajhi man roani yuhibbuni.......dan hembuskan di tengkuk dan ubun2 suami kala dia tidur. Itu adalah doa ajaran ustaz ismail kamus untuk para isteri supaya suami pandang kita dia akan tambah sayang dan tak jadi kahwin lagi. Ada dalam al- quran.
07.10.04 (5:02 pm) [
edit]
0
Comments
lelaki vs perempuan
saidina ali kata... ada 3 perkara yg buruk bagi lelaki
tapi baik bagi wanita... pertama...
1. membesar diri...
bila seorang wanita membesarkan diri...
maka dia tak dek la nak cakap lemah longlai dengan lelaki...
keras... cakap pada waktunya...
maka terjaga lah maruah dia...
dan kalau dia dan keluarganya...
2. bakhil...
lelaki tak elok bakhil..
kene jadi dermawan.. tapi wanita...
bagus.. sbb terjagalah harta suaminya...
3. penakut...
lelaki kalau penakut... fuh dayus beb...
tapi perempuan mmg kene jadi penakut...
supaya dia duk dlm rumah je sbb dia takut keluar rumah...
so dia tak keluar la... maka terjaga lah dia dari fitnah dunia...
bayangkan kalau perempuan stok muke mcm cik nur nih....
pergi dengan berani nya jalan dekat lorong haji taib ke sorang2...
huhuhuhu.... kan ke dah lain bunyinya tuu....
07.10.04 (4:58 pm) [
edit]
0
Comments
Al-fatihah
kengkawan ... bapa oya baru sahaja meninggal dunia jam 4 pagi td ... mari la kite sesame sedekahkan al-fatihah buat arwah .. moga allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh nya...amin...
07.09.04 (8:52 am) [
edit]
1
Comments
...
aku dapat email nih dr member aku...eheeh...lawaks..
I was having trouble with my computer. So I called Rick the computer
guy, to come over.
Rick clicked a couple of buttons and solved the problem.
He gave me a bill for a minimum service call. As he was walking away, I called after him, "So, what was wrong?"
He replied, "It was an ID ten T error."
I didn't want to appear stupid, but nonetheless inquired: "An ID ten T error? What's that ... in case I need to fix it again?"
The computer guy grinned.... "Haven't you ever heard of an ID ten T Error before?"
"No," I replied.
“Write it down," he said, "and I think you'll figure it out."
So I wrote out ....: I D 1 0 T
07.08.04 (10:46 am) [
edit]
0
Comments
fast update
lama dah tak update ... pc kt ofis nih tetibe jek takleh access internet...intranet ok lah plak...lg pon last week and early this week bz skit...siapkan testing ...pg td baru siapkan report dia...sakit wrist aku keje pegang mouse nih...
semlm dpt invitation card for convovation day...yg tak bestnye...aku nye session is the last session...mana lah sempat nk amik gamba lelamer...nk return robe lg...amik certificate lg...ntah la..bercadang nk take leave on 23rd nih ... on that day kene ade reheasel which aku tk bercadang nk pegi...tp aku kene amik robe...dah janji ngan sarah nk jumpe dia kt melaka..lama dah tak jumpa minah tuh...
semlm gak aku call oya...dengar citer kengkawan yg ramai dah dapat keje..tahniah semuanye...nanti kite jumpe masa konvo..
oklah...no idea nk tulih ape...chiowww
07.07.04 (4:33 pm) [
edit]
0
Comments