Amir jawab.

01.12.12 (1:48 am)   [edit]

Mama : Esok amir dengan adik kena duduk rumah atok tau. Mama kena kerja.

Amir : Pergilah. Carik duit.

Tu jawapan si amir tadi. Sebab selalu cakap dengan dia, mama dengan abah kena kerja, nak carik duit, nak beli susu, pampers, aiskrim, koko krunc, solivite (sebut semua benda yang dia suka makan huhu

p/s : esok ada meeting daa

1 Comments

Dari office.

01.07.12 (2:05 am)   [edit]

Update blog dari office.

Yer, saya memang cuti bersalin 3 bulan. Patutnya mula bekerja balik pada 31 Januari. Tapi kena kerja hari ni.

Next week pon kena mai juga. Haih.

Tadi telefon mak, adik nangis, taknak minum dari botol dan abangnya terjerit-jerit menyebabkan adik tak boleh tidur.

Sabar jer lah.

0 Comments

Rasa nak pengsan bila...

01.04.12 (4:26 am)   [edit]

Bila si amir tarik kain mama sambil cakap

"Mama nak tengok kotey mama"

Pengsan. Aduilah.

3 Comments

Ombak Rindu

01.03.12 (9:16 am)   [edit]

Nak tengok wayang, memang kirim salamlah kan. Dah lama tak buang tebiat tengok wayang, makan bertahun jugaklah. Last rasanya masa baru lepas bertunang kot, lepas tu terus tak masuk panggung, nak jimat duitlah konon, untuk majlis kahwin hahaha.

Lepas tu cadangnya nak order kat Astrok 1st. Astrok kat rumah mak lah, rumah aku mana ada kualinya. Tapi cancel jugak, sebab baca orang komen ada adegan atas katil, kang mau mak den marah sebab tengok benda tak senonoh macam tu.

Tapi aku tengok jugaklah lepas en Suami belikan cd dekat pasar malam teheheh.

Turn aku pulak nak komen cerita ombak rindu.

1. Cam biasalah, dah kalau buku di moviekan, memang tak se best buku. (baca buku ni zaman tingkatan dulu kot(serius lupa) pinjam dengan member sekelas. Paling aku tak gemor movie ni bila dari babak lain nak ke babak lain, main potong macam tu je.

2. Abang aaron memang sesuai lah jadik hariz.

3. Maya pon ok lah jadi izzah, masa kat kampung pakai tudung pon tak iron hihihi. Bila dah masuk bandor baru iron tudung. Eh, ada aku baca kat blog mana ntah komen, ustazah ajar ngaji tapi pergi sidai baju berkemban. Aku setujukkk, tak sesuai tauu.

4. Lisa memanglah tak sesuai jadik mila. Macam pelik je tengok lisa jerit-jerit hihi.

Kesimpulanya, takdelar best sangat. Tak nangis pon (pelik aku ada org nangis2 hahaha). Masa aku tengok nih, sibuk si amir nak tengok sama, so adegan yang tak patut tu, aku tutup mata budak ni hahaha.

Tapi seriuslah, nape nak tunjuk adegan atas katil? ada banyak lagi cara nak tunjuk yang si hariz dah suka kat izah tu.

Lepas ni cerita gemersik kalbu di dramakan. Novel nih pon salah satu favourite aku jugak. Tapi for sure diorang olah balik jalan cerita, tak ikut novel sangat.

4 Comments

Bye 2011

12.31.11 (8:34 pm)   [edit]

Kejap je dah habis setahun. Esok tahun 2012 (maksudnya umur aku dah 30 tahun depan)

Alhamdulillah, tercapai jugak azam aku nak dapat anak lagi sorang by umur 30.

Alhamdulillah, dapat juga kami beli rumah walaupon kecil.

Alhamdulillah, hutang kereta dah habis lama dah. Sekarang asyik repair kereta tiap-tiap bulan, oh sedih, tak mampu lagi nak berkereta baru.

Yang paling penting, alhamdulillah, sihat tubuh badan, boleh kerja nak cari duit, nak membesarkan anak-anak dll.

4 Comments

Jawapan amir

12.22.11 (7:49 pm)   [edit]

Ni jawapan amir kalau mama suruh buang pampers adik.

1. Jap mama jap

2. nak amin tetete (main bulldozer)

3. akut ticak(takut cicak)

4. nak tengok tibi

5. amir antuk, nak tido

Geram jeee sayaaaaa.

------------------------- ------------------------- ---

Ada sekali tu abah baru keluar dari bilik air, memakai baju dengan bertuala.

Amir : Abah, pakai baju abah, maluuu

Mama : Bukan pakai baju laaa, pakai seluarrr.

Comel je dia sejak banyak cakap ni. hihi (tak abis2 cite pasal anak) hahahaha

3 Comments

Panggilan tak best

12.14.11 (2:12 am)   [edit]
Panggilan dari office. Yang offer suruh masuk kerja sekali seminggu sampai aku habis cuti berpantang Januari ni. Aku boleh pilih dibayar atau kumpul hari bekerja tu untuk claim cuti. Hadoi. Kalau bos kata sehari seminggu aku rasa boleh lagi kot. Buatnya tiba-tiba bukan sehari seminggu? Pening.

2 Comments

Si arif

12.11.11 (8:47 am)   [edit]
Si amir sebut nama adiknya 'aris tahmi'. Hahaha. Si arif ni memang nak bau mama kot.tido kt katil dia,cepat je jaga.cer bawak tido sebelah mama,elok la plakk tidur.

1 Comments

Lepas beranak...

12.09.11 (3:18 am)   [edit]

Kasar betul bunyi beranak ni kan.

Anyway, bila dah lepas bersalin, sakit lupa pon datang.

Bukan tu jer, rambut pon start gugur. Aku rasa dua benda ni normal.

Tapi yang paling tak boleh blah, telinga makin pekak.

Serius!! laki cakap pon tak dengar, suruh ulang dua tiga kali.

Kalau taknak kena marah sebab suruh dia ulang cakap, kena datang kat dia bila dengar suara dia. Sebab takut salah dengar(sebenarnya memang tak dengar, dengar gitu-gitu je)

Hadoi la. Korang yang lepas bersalin ada pengalaman macam ni ke? aku korek dah telinga -_-

0 Comments

Dialog amir

12.08.11 (12:36 am)   [edit]

Cit! bukanlah dialog sangat. Saja nak tulis benda yang amir cakap, aku rasa kagum/gelak/geram hahaha

Abah amir beli durian(sebiji je tapi, RM9). Gigih nak makan. Kopek buah kat dapur.

Mama : Amir, cepat pergi dapur, abah tengah makan buah

Amir : Bukan, makan durian.

Pastu tengah makan, mulut tak habis cakap dap dap. (sedap)

.......................................................................

Mama nak tukar lampin adik, adik berak.

Amir : Nak tengok taik adik.

Mama : Hishh, taik pon nak tengok ke? Dah, pergi buang pampers adik kat tong sampah

Amir : Taknak, akut taikk.

Pulak dahhhh.

........................................................

Kalau dia pukul orang, dia diam je tak cakap apa-apa. Kalau orang pukul/cubit dia, datang kat mama/abah ngadu orang buat dia

.......................................................

Lepas tu suka cakap

"Amik abah, lori tanah"

"Amik mama, lori tanah"

Lepas tu repeat, kejap amik atok, kejap amik pak long, kejap amik ibu. Suka lori, tapi takut dengan lori. Mungkin sebab bunyi lori tu kuat sangat.

1 Comments

Cerita bersalinkan si adik.

11.29.11 (10:13 am)   [edit]

Mengandungkan si Arif Fahmi memang tak sama dengan Amir Yusof. Masa mula-mula scan, doctor tak Nampak kantung. Kena pegi refer ke hospital. Scan ikut bawah, baru nampak. Contraction masa 2nd month menyebabkan aku terpaksa stop susukan amir (oh sedih). Bleeding masa 3rd month. Belum lagi setiap dua minggu kena datang check up. Kes Hb darah yang rendah.Tapi semua tu tinggal kenangan bila Allah makbulkan doa aku. Doa setiap ibu yang mengandung, agar dipermudahkan semasa bersalin. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Macam amir, tanda bersalin (turun darah) keluar pada 31/10/2011. Sakit ada sikit-sikit, tapi tak constant. Panic, terus kami pergi hospital(kebetulan masa hari tu aku mc. en Suami pon pakat ambil mc(padahal dia tak sakit)dan ajak aku pergi LHDN, settlekan cukai aku yang ntah apa-apa tu). Doctor buat check, scan, test, dan seluk (2 kali grr), takut air ketuban leaking, sebab aku batuk kuat sangat. 2 hari sebelumnya demam panas tahap gigil. Doctor takut effect kat baby. Keputusannya baby ok. Dan jalan baru bukak 1cm. Doctor suruh balik dulu.

Dan darah turun sikit-sikit. Tapi aku tak pergi hospital, sebab tunggu sakit yang kerap.

1/11/2011. turun tanda, siap cakap dengan baby suruh keluar hari ni sebab date cantik hihii.

2/11/2011. masih lagi turun tanda, sakit? Hampir takde. Malamnya aku ajak en Suami pergi JJ. Aku pon makan sepuas-puasnya (kes sama macam mengandungkan amir dulu) Aku rasa anak-anak aku ni memang nak makan sedap-sedap baru keluar melihat dunia. Hahaha.

Masa dua hari ni memang tak pergi kerja. En suami pon tak bagi pergi. Bos pon suruh rehat je. Tapi aku segan dekat boss, aku terus cakap dengan boss aku start cuti bersalin minggu tu

3/11/2011. Jam 3 pagi, aku memang tak nyenyak tidur, sebab amir demam panas. Perut ada sakit-sakit. Tapi sakit macam olok-olok. Aku pon tidur-tidur ayam. Masa subuh. Start dah sakit memulas. Boleh bertahan lagi, aku pon lupa nak tengok sela masa sakit tu. En suami lagi best, dia kata aku sakit perut sebab angin. Pukul  7.45 En Suami tanya aku, nak dia pergi kerja atau tidak (dah siap pakai uniform dia). Sakit masa ni memang tak tahan, every time contraction datang, memang aku picit kuat-kuat tangan en Suami.  Last-last suami kata pergi hospital. Tapi sebelum tu dia nak pergi beli breakfast dulu, nak suruh aku makan, nak kasi tenaga (sebab malam sebelumnya aku tak makan nasi). Aku cakap ok. Tapi dalam hati cepat-cepatlah balik. Masa Suami pergi beli breakfast, datang lagi contraction (sakit oo) si amir nangis tengok mama mengerang sakit.

Terus siap-siap, hantar amir ke rumah mak.  Masa ni sempat lagi tengok jam dekat dash board kereta 8.30pagi. Kami segera ke hospital. Sakit dah kerap. Nak makan pon tak lalu, cuma makan kurma je. Dah last traffic light nak masuk hospital kajang tu, sakit nak berak pon datang. Sampai-sampai hospital, memang tak boleh nak jalan, en suami tolak guna wheel chair. Nurse tengok aku sakit lain macam, dia cek bukaan dah 8cm. Terus ke labour room.

Sampai labour room, katil penuh pulak, kebetulan ada satu patient tu dah siap, terus aku disuruh baring kat katil tu. Doctor pecahkan air ketuban, dan suruh aku teran bila rasa sakit tu datang. Dengan dua kali teran, lahirlah arif jam 9.05pagi dengan berat 2.8kg, dan panjang 49cm. Oh, kena jugak jahit, tapi tak banyak. Kali ni yang sambut bersalin dan jahit doctor perempuan. Lega, masa 1st time datang tu(bukak 1cm) doctor lelaki. Huhu.

Yang aku boleh kata, yang kedua lagi mudah dan dah tau apa doctor akan buat, rasa kena jahit dan yang lain-lain,jadi semua pon jadi mudah. Otak pon kenalah set, sikit je ni, dulu amir lagi teruk sakit dia. Hihihi. Dah takde drama jerit-jerit hahaha.

Kali ni pantang mak jaga. Aku nak balik rumah pantang sendiri pon mak tak bagi. Mungkin sebab mak tak dapat jaga masa bersalinkan amir dulu, so kali ni dia nak jaga.

Alhamdulillah Arif Fahmi anak baik, yang susah hatinya mama kena jaga abang amir, sebab abang amir asik-asik ‘nak tium adik’ kadang-kadang dipicit muka, tangan, tarik kaki adik.  Tapi nampaklah SETAKAT NI(huruf besar lagi ni) dia sayang adik dia. Kalau nampak adik celik mata, ‘meh mama,meh mama’ nak pegang adik.

2 Comments

Confinement

11.28.11 (12:58 am)   [edit]

The good thing of having your confinement during end of the year is the weather is not that hot.

But the worst part is you cannot go to any of kenduri kahwin. Ciss.

20days to go.

Will update about our second boy later.

Kena karang dulu. Hikhikhik.

2 Comments

Mood tadek

11.01.11 (8:27 pm)   [edit]

No mood to update blog. Hatta nak nak pergi kerja pon malas.

Dengan ini saya mengishtiharkan bahawa saya mulakan cuti bersalin 3 bulan pada hari ni (1/11/2011).

sekian.

p/s belom bersalin lagi daaa, kawan-kawan tolong doakan agar semuanya selamat dan dipermudahkan.aminn

1 Comments

Hari ini dalam sejarah.

10.21.11 (11:20 pm)   [edit]

Gaji bulan 10 masuk 19.10.2011.

Giler awal. Padahal takde orang sambut deepavali pon.

Gaji makin lama, makin awal.

Orang admin ni bab gaji memang buat keje laju je.

Cer bab lain. prffffttttttttttttttttttt ttttttttttt.

0 Comments

Cerita uri.

10.20.11 (3:00 am)   [edit]

Mak kata uri adik amir ni nanti dia nak suruh suamiku juga yang tanam.

Uri amir dulu, abahnya yang tanam.

Uri si icah(anak buahku) mak yang tanam. 

Mak kata, orang tua-tua cakap, mulut budak ni macam orang yang tanam urinya.

Icah becok. amir pendiam

Aku gelak je hahaha.

0 Comments

Amir (lagi!)

10.18.11 (3:34 am)   [edit]

Memang sejuk je perut ibu mengandung kalau si anak sikit-sikit nak ngaji.

"Nak aji" "Nak aji"

Siap cari pensil untuk penunjuk, lepas tu baca doa, tapi dia sebut ntah apa-apa. Hahaha.

Yer lah. Duduk rumah atok, hari-hari atok ajar abang dengan kakak mengaji. Bawa pengaruh juga dekat amir.

Tapi mama lak yang geram kalau kat rumah dia cakap nak ngaji.

Pasal yang dia nak mesti al-quran mama.

Belikan muqaddam, taknak pulak dia dengan kitab tu. Hadeii.

Amir, ni al-quran abah belikan buat hantaran kahwin tau huhuh.

2 Comments

Aku pon dah pergi BBW Book sale tu!

10.15.11 (9:56 am)   [edit]

Tadi petang aku half day. Sebab nak pergi tengok sendiri Big Bad Wolf Book Sale 2011 dekat MAEPS tu. Gigeh mak okay, parking betul-betul belakang hall tu, dan panjat tangga. (Bila tang balik, betul-betul flat -_- letih banyak berdiri)

Balik-balik bawak dua plastik beg.

Ni dari plastik pertama. Aku cakap dengan en Suami, beli ni dengan harga RM20. Beli dengan harapan, bersyukur dengan kerja yang ada sekarang. hahaha. (i bersyukur okay, kalau tak takkan la dah 6++thn masih lagi setia disini)

Plastik kedua.

Banyak novel hahaha. 2 dari atas tu buku untuk amir (sampai meleleh air liur dia masa pertama kali tengok isi buku tu, mamat tu kan suka kenderaan jentera berat ni)dan buku kaler pink tu, ialah komik! Siapa-siapa suka baca section komik dekat The Star mesti tau pasal a baby blues punya kartun tu.

En Suami tanya aku, berapa ratus habis beli buku. Sebab aku bagitau harga buku photography tu je. Aku jawab RM72. Terkejut mamat tu hihi, mesti dia ingat bini dia nih kalo bab buku sanggup berhabis. Hahaha. (padahal barang baby tak habis beli lagi).

Anyway, memang puas hati jugak ler. Terima kasih bos sebab bagi half day. Hahaha.

0 Comments

Kenangan sambal telur

10.13.11 (4:34 am)   [edit]

Semalam balik kerja aku masak sambal telur dengan goreng ayam.

Kalau masak sambal telur ni memang terus teringat dekat arwah abah. Masa zaman susah dulu, abah pergi kerja hari-hari bawak bekal. Mak bangun pukul 6 masak. Aku hari-hari kena kejut, tunggu nasi masak(tanak atas dapur) sementara mak pergi solat subuh, lepas tu sambung balik masak aku sambung tidur . Abah pulak pergi kerja pukul 6.30 @ 6.45. Menu bekal abah, mesti ada pedas, tak sambal, mesti ada asam pedas. Sambal telur ni memang selalu mak masak untuk bawak bekal abah. Lauk tambahan selain sambal @ asam pedas, ikan goreng atau sayur goreng.

Susah-susah keluarga aku pon, belum pernah lagi putus beras. Alhamdulillah. Macam-macam cara mak dengan arwah abah nak cari duit, meniaga, ajar ngaji, mak bela anak orang. Ni semua nak sara hidup dulu. Paling tak lupa, mak gadai gelang emas dia untuk bayar yuran aku masuk SBP dulu. -_-

Kalau ingat kisah dulu-dulu memang rasa sedih je. Nak-nak pulak abah umur tak panjang, tak dapat tengok anak-anak dia kahwin, tengok cucu. Nasib baik sempat juga arwah duduk dekat rumah sekarang ni 6 bulan, asyik disebut-sebut, asyik pergi je construction site masa rumah tengah disiapkan. Oh sedih kalau ingat balik.

Cerita ni semua dekat en Suami. Tetiba dia cerita "Eleh, ada jugak arwah abah makan sambal, ada sekali tu abang balik makan nasi dengan lauk kicap je. Kicap tu abang bubuh cili potong, sedap jugak makan"

Eleh, tu sekali dua je bangggg, potong stim betul orang nak cerita sedih kat dia. Hehehe

1 Comments

amir botak

10.11.11 (4:12 am)   [edit]

Amir ni kategori pendiam budaknya. Kalau nak dengar suara dia, bila kat rumah je.

Bebel-bebel, ada faham, ada tak faham.

Kalau kat luar, automatik senyap sepi mulutnya. Sama macam abah dia.

Kalau pakai baju, memang reject awal-awal baju berkolar dan berbutang. Ni pon sama macam abah dia.

Ni gambar dua hari sebelum rambutnya dibotakkan. Si abah pon potong pendek rambut lepas rambut amir botak.

Muka pon sama dengan abah dia.

Masa baru lepas botak, balik-balik je rumah, aku suruh dia pergi tengok cermin, tersengih sengih tengok dirinya dah botak.

Yang paling kelakar, dia asyik pegang telinga. Hahaha, baru perasan ada telinga kot.

Ni gambar semalam. Dah cepat naik rambutnya.

Next botak? sekali dengan adik kot. Huahuaua. Mama kejam. Masa ni je la anak nak dibotak, nanti dah reti fashion, tak naknya dia botak.

3 Comments

Stretch Mark

10.10.11 (3:42 am)   [edit]

Mahap la, entry censored sikit hahaha.

Isteri : Bang, tolong tengok kat perut ni ada stretch mark tak?

Suami : Takde.

Isteri : Tau tak stretch mark tu ape?

Suami : Yang lemak pecah pecah tu kan?

Isteri : Bukanlaahhh.

Aku rasa suamiku refer pada selulit. Hadoi.

 

3 Comments

amir dan peti ais

10.03.11 (8:46 am)   [edit]

Amir tengah buka peti ais, cari benda untuk makan.

Mama nampak amir, lalu jerit dari depan bilik air, ajak amir mandi, sebab takmau dia buka peti ais lama-lama, dan kebetulan amir pulak baru lepas berrak. Amir pon berlari datang. Mama tanya amir "Dah tutup pintu peti ais ke belum?" Amir jawab "Dah".

Habis je mama bukakkan baju dan seluar amir, berlari semula dia ke arah dapur. Baru mama nak jerit suruh dia datang balik ke bilik air, mama nampak dia tutup pintu peti ais tu.

Bertuah punya anakkk.

1 Comments

update

10.01.11 (11:29 pm)   [edit]

Nak update pasal amir. tapi keja banyak sangat.

Nak carik data. Kejar orang nak dapatkan data. Ajar orang, walaupon diri sendiri terkedek-kedek jugak belajar software tu. Tajuk TnT yang baru tak kumpul lagi. Projek K yang tak settle-settle lagi. Hopefully E boleh catch up dengan cepat. Mesti boleh punya, E sekarang anak emas bos huahuahua. Teruklah E masa aku cuti bersalin nanti. Kihkihkihkih.

There is a few site visit bos nak pegi, aku nak ikut, tapi bos kata aku kena grounded, cehhhh, gua boleh lagi la bosss! (Saja nak jalan-jalan hahaha)

In 34weeks now. Kaki dah start bengkak. Due 9/11. En Suami cakap, entah-entah baby nak keluar raya haji. Choi betul mulut dia. Gua nak raya kat rumahlah bang.

Moga semuanya dipermudahkan.

Amir sangat-sangat clingy sekarang. Sikit-sikit nak dukung (tak abah, mama yang disuruhnya) asik-asik nak kiss mama. Setiap pagi sebelum pergi kerja, adalah drama air mata. Sabor jek la.

0 Comments

soalan tiada jawapan

09.27.11 (11:29 pm)   [edit]

Semalam masa aku tengah main game, tibe-tiba En Suami tanya

"Apa kepuasan main game tu?"

"Ok, saya tanya abang balik, apa kepuasan abang hisap rokok?"

"Tu lain" Sambil sengih sengih macam kerang busuk.

Caittt, sah-sah takde jawapankan. Sama jugak, suka main game pon takde jawapan spesific. Hihihihi.

0 Comments

Amir lagi.

09.22.11 (12:13 am)   [edit]

Dialog 1

Mama : Amir, jom mandi.

Amir : Nanak.

Mama : Pukul nak?

Amir : Nanak! (lagi keras bunyinya)

Mama : Amir, main air nak?

Amir : Air, air (sambil pimpin tangan mama ajak pergi bilik air)

Hei anak, sabar jek la.

Dialog 2.

Mama : Siapa nangis tadi??

Amir : Abahhhhhh

Abah pulak jadi mangsa, padahal dia yang nangis beriya. Syndrom melekat dengan mama dah habis. Gone. Finish. Sekarang, sikit sikit abah, abah, abah, abah. Abah nak lepak-lepak hisap rokok depan rumah pon tak senang. Hahaha, padan muka.

Inilah rupanya kalau kita suruh dia senyum. Selipar yang dipakainya tu ialah selipar favorite dia sekarang. Rm2.90 hahaha. Amir panggil, 'siper icah' sebab kak icah pon ada selipar yang sama. Video bawah ni mmg rutin dia time nak pakai dan cabut selipar. susun rapat2 baru pakai/cabut. hihih. Atok dia tengok gelak je.

2 Comments

Icah

09.15.11 (10:05 pm)   [edit]

Scene 1:

Icah : Mak nyah, mak nyah, ibu icah belikan icah ipun babi

Mak Ngah dan Atok : Hah? Siput babi?

Icah : Tipun babi laaa

Telefon barbie rupenya huhu.

Scene 2.

Icah : Mak nyah nak pergi mana tu?

Mak Ngah : Keluar jap, cari barang.

Icah : Nape nak bawak amir sekali?

Mak Ngah : Habis tu takkan la nak tinggalkan amir sorang-sorang kat rumah pulak.

Icah : Ooo, dia anak mak nyah ehh, sebab tu dia ikut mak nyah

Macam-macam budak nih hihi. Puas betulkan mak ngah, bukan mak nyah.

1 Comments

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x